Lelaki yang dibicarakan bagi kes mencuri telefon bimbit di Plaza Low Yat tahun lepas, pada Jumaat didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan penyalahgunaan dadah.
Majistret Muhamad Faizal Ismail turut memerintahkan Shahrul Anuar Abdul Aziz, 22, dipenjara sebulan jika gagal membayar denda itu selain menjalani tempoh pengawasan polis selama dua tahun.
Dia membayar denda itu.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan memasukkan dadah jenis Methamphetamine ke dalam badan di tandas di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Dang Wangi di sini pada 4.15 petang pada 12 Julai lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 15 akta sama, yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun dan boleh dikenakan pengawasan polis sehingga tiga tahun.
Peguam tertuduh, Ihsan Busyro Zakaria, merayu mahkamah agar anak guamnya itu hanya dikenakan hukuman denda kerana bekerja dengan gaji harian sebagai pemunggah barang dan perlu menanggung ibunya yang bisu dan bapanya yang pekak.
Namun, Timbalan Pendakwa Raya S. Malini Anne memohon tertuduh dikenakan hukuman berat bagi memberi pengajaran kepadanya dan masyarakat.
Terdahulu, dalam perbicaraan kes curi telefon bimbit di Plaza Low Yat, Mahkamah Majistret diberitahu bahawa pihak polis tidak membuat siasatan lanjut mengenai di mana telefon bimbit itu berada selepas Shahrul Anuar ditangkap di plaza itu.
Pegawai Penyiasat, Inspektor Shahril Mohamad dari Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi berkata, beliau ada bertanyakan di mana telefon bimbit itu kepada dua anggota polis namun, mereka memberitahu telefon bimbit itu tiada dalam milikan tertuduh ketika kejadian.
Shahril, saksi kesembilan pendakwaan itu, memberi keterangan pada perbicaraan Shahrul Anuar yang didakwa mencuri telefon bimbit berharga RM800 di Techasia Boutique, Plaza Low Yat, Bukit Bintang pada 4.47 petang 11 Julai tahun lepas.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Shahril juga berkata pihaknya tidak bertanyakan tentang telefon itu kepada orang awam yang berada di tempat kejadian.
Perbicaraan di hadapan Majistret Nur'Aminahtul Mardiah bersambung pada 29 Feb ini.
Bernama
Sat Feb 13 2016

Shahrul Anuar didakwa melakukan kesalahan memasukkan dadah jenis Methamphetamine ke dalam badan di tandas di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Dang Wangi pada 12 Julai tahun lalu.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.

Tertuduh kes curi telefon bimbit didenda RM2,000 guna dadah
Shahrul Anuar Abdul Aziz didakwa melakukan kesalahan memasukkan dadah jenis Methamphetamine ke dalam badan di tandas di IPD Dang Wangi pada 12 Julai tahun lalu.