IPOH: Kejadian tular kenderaan pelbagai guna (MPV) merempuh sebuah premis di sebuah pasar raya besar di Meru Raya di sini, dipercayai berpunca daripada pemandunya yang tertekan pedal minyak.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, siasatan awal mendapati insiden itu berlaku pada jam 10.35 pagi tadi.
Katanya, kejadian itu berlaku ketika pemandu iaitu seorang lelaki berusia 43 tahun sedang meletakkan kenderaan di lot parkir berhadapan premis tersebut.
"Semasa pemandu lelaki itu meletak kereta di lot parkir, tiba-tiba dia tertekan pedal minyak dan meluncur melanggar motosikal jenis Honda yang diparkir di hadapannya.
"Seterusnya pemandu itu terlanggar premis perniagaan di situ.
"Punca kemalangan adalah disebabkan pemandu kereta itu gagal mengawal kenderaan dan tertekan pedal sehingga merempuh motosikal dan premis," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Bagaimanapun katanya, kemalangan itu tidak membabitkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.
"Seorang wanita berusia 31 tahun yang merupakan pemilik motosikal tidak mengalami kecederaan, sama juga dengan seorang wanita berusia 25 tahun selaku penyelia premis," katanya.
Mohd Yusri berkata, susulan kejadian itu turut mengakibatkan kerosakan teruk pada mesin, peralatan dan kabinet di premis tersebut.
Beliau berkata siasatan lanjut berhubung kes itu masih diteruskan, dan kes diklasifikasikan mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).
Aida Aziz
Thu Oct 13 2022
Kejadian itu berlaku ketika pemandu iaitu seorang lelaki berusia 43 tahun sedang meletakkan kenderaan di lot parkir berhadapan premis tersebut. - Gambar/ Media sosial
Thailand, Malaysia sasar perdagangan AS$30 bilion menjelang 2027
Malaysia dan Thailand mengukuhkan hubungan bilateral dengan rancangan bercita-cita tinggi untuk mencapai sasaran perdagangan dua hala sebanyak AS$30 bilion menjelang 2027.
Arsenal hilang khidmat Bukayo Saka
Bukayo Saka, dijangka akan diketepikan selama lebih dua bulan selepas menjalani pembedahan kecederaan hamstring, kata pengurus pasukan itu, Mikel Arteta.
Heroin base RM1.2 juta dirampas, seorang lelaki ditahan
Polis menahan seorang lelaki dan merampas dadah jenis heroin base seberat 13.3 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM1.2 juta dalam dua serbuan pada 23 Dis dan semalam.
Ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri hingga malam ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya hingga 9 malam ini.
Fokus Minggu Depan: Israel bermaharajalela di Asia Barat
Ikuti ulasan Prof. Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof. Dr. Kamaruzzaman Yusoff berkenaan situasi semasa di Asia Barat yang menyaksikan peningkatan serangan rejim zionis Israel.
Ketua WHO antara terperangkap dalam serangan udara Israel di Yaman
Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berdepan detik cemas susulan serangan udara yang dilancarkan Israel terhadap lapangan terbang utama Yaman pada Khamis.
Pitbull buat kejutan bersihkan bola kristal terakhir di Times Square
Penyanyi rap terkenal, Pitbull membuat kejutan di bangunan One Times Square New York apabila dilihat membersihkan bola kristal terakhir yang dipasang menjelang sambutan tahun baharu pada Jumaat.
Rasa durian MS88 setanding 'Black Torn', diperluas ke pasaran global
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menjenamakan semula varieti durian MDUR 88 kepada MARDI Super 88 atau MS88.
Kerajaan jamin bekalan kelapa mencukupi tampung keperluan perayaan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi jaminan bekalan kelapa mencukupi untuk menampung keperluan beberapa perayaan awal tahun depan.
Sebatan di khalayak: Kepentingan awam lebih utama daripada aib pesalah
Tindakan sebatan syariah di khalayak ramai yang dilaksanakan di Terengganu semalam tidak melanggar perintah Islam yang menyeru menutup aib individu kerana ia bersifat kepentingan awam.
Namun, peguam syarie dan sivil, Dr Ahmad Jailani Abdul Ghani berpendapat, ada hukuman yang lebih berkesan seperti khidmat kaunseling kerana kebiasaannya pesalah ini datang daripada keluarga yang runtuh.
Namun, peguam syarie dan sivil, Dr Ahmad Jailani Abdul Ghani berpendapat, ada hukuman yang lebih berkesan seperti khidmat kaunseling kerana kebiasaannya pesalah ini datang daripada keluarga yang runtuh.
Tertekan pedal minyak punca MPV rempuh premis di pasar raya besar
Kejadian tular kenderaan pelbagai guna (MPV) merempuh sebuah premis di sebuah pasar raya besar di Meru Raya di sini, berpunca daripada pemandunya yang tertekan pedal minyak.