SEREMBAN: Seorang lelaki mabuk yang bertindak menyerang pemandu bas di tepi pondok hentian bas berhadapan Klinik Kesihatan Port Dickson, dekat sini, semalam, ditahan oleh pemandu berkenaan sebelum diserahkan kepada polis.
Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 8.30 malam semasa pemandu bas itu memberhentikan kenderaan di tepi pondok hentian bas, apabila dia diserang secara tiba-tiba oleh seorang lelaki yang memecahkan cermin pintu bas itu, sebelum bergelut dengan pemandu.
Beliau berkata pemandu bas yang merupakan pesara tentera dengan pengalaman tempur tanpa senjata (TTS) itu berjaya menundukkan lelaki berkenaan, dan membawanya ke Balai Polis Port Dickson untuk diserahkan kepada polis.
"Semasa pergelutan, pemandu bas itu merampas parang daripada lelaki berkenaan, namun dia mengalami kecederaan luka di jari tangan kanan dan muka, selain mengalami kerugian kira-kira RM1,000 akibat cermin pintu bas rosak dan pecah," katanya.
Aidi Sham berkata lelaki berumur 24 tahun dengan satu rekod jenayah lampau itu ditahan reman selama empat hari, dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 26 2021

Suspek berumur 24 tahun dengan satu rekod jenayah lampau itu ditahan reman selama empat hari. - Gambar/ Sinar Harian
LCS 1 diserah Ogos 2026, pembinaan LCS 2-5 ikut jadual
Kapal Tempur Pesisir (LCS) 1 bakal diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Ogos 2026, manakala LCS 2 hingga 5 sedang dalam pembinaan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

MOTAC perkasa inap desa, tingkat kemahiran pengusaha
Kerajaan terus komited memperkasa komuniti inap desa dengan meningkatkan kemahiran pengusaha melalui bantuan pembangunan kapasiti khususnya dalam program Pengalaman Homestay Malaysia (PPHM).

Rasuah pendaftaran kelahiran: 12 individu direman, empat dibebaskan dengan jaminan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman 12 individu bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan pendaftaran lewat kelahiran.

Wartawan portal berita didakwa tuduhan rasuah Jumaat ini - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika mengesahkan perkara itu berkata tindakan tersebut diambil selepas perkara itu dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini.

Wakil wanita dalam pengurusan kanan dijangka turun kepada 36.2 peratus pada 2025
Laporan bertajuk Women in Business oleh Grant Thornton mendedahkan berlaku penurunan yang membimbangkan melibatkan perwakilan wanita dalam jawatan pengurusan kanan di Malaysia.

1,821 veteran terima kenaikan kadar pencen hilang upaya
Sebanyak 1,821 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengalami kecederaan semasa dalam perkhidmatan menerima Kenaikan Kadar Pencen Hilang Upaya (PHU) yang berkuat kuasa 1 Jan lepas.
AWANI Borneo [12/3/2025] – Peruntukan baik pulih| Balik kampung| Pendidikan Tinggi Percuma
AWANI Borneo bersama Assim Hassan
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.

Panel dinding stesen LRT Masjid Jamek runtuh, tiada kemalangan jiwa - Rapid Rail
Insiden terbabit bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan kerosakan besar pada struktur binaan stesen.
Thailand ramal jana RM131 bilion Sambutan Tahun Baharu
Festival Songkran menarik minat ramai pelancong khususnya daripada kalangan pelawat antarabangsa, tidak ketinggalan juga rakyat Malaysia.
Agenda AWANI: Mengurus perpaduan, cakap baik-baik
Apa cabaran terbesar dalam menguruskan perpaduan dan mempromosi hidup bersama dalam budaya damai di Malaysia? Jadikan media sosial sebagai platform semai kecintaan, bukan kebencian? Diskusi 8.30 malam

Bintang Smallville ditahan, memandu dalam keadaan mabuk
Welling ditahan polis hujung minggu lalu kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol.

Kes mengamuk guna parang di Telok Panglima Garang
Seorang lelaki mengamuk dengan bersenjatakan parang gara-gara ditegur muntah dan buang sampah keluar dari kenderaannya di Telok Panglima Garang di sini pada Sabtu.

Memandu dalam keadaan mabuk, jurulatih badminton didakwa sebabkan kematian penunggang motosikal
Seorang jurulatih badminton sambilan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal.

Lelaki maut dipukul rakan sekerja ketika mabuk
Gara-gara perselisihan faham akibat mabuk, seorang lelaki warga asing maut dipukul rakan sekerja dalam kejadian di sebuah kilang dekat Pulau Meranti di sini pada Jumaat.

Lelaki warga asing ditemukan lemas di Tasik Kota Kemuning
Lelaki itu dipercayai terjun ke tasik dalam keadaan mabuk berdasarkan penemuan beberapa botol arak di lokasi kejadian.

Wanita maut dibakar suami sendiri
Seorang wanita maut dipercayai dibakar suaminya sendiri dalam kejadian di Kampung Tinagalan, Sook, dekat Keningau Jumaat lalu.

Berang pasang muzik kuat, lelaki kelar leher rakan
Seorang lelaki warga Myanmar diberkas selepas dipercayai mengelar leher rakannya menggunakan pisau pemotong sayur di sebuah asrama pekerja di Jalan Pantai Puteri, pada petang Khamis.

Anak bunuh bapa mabuk di Port Dickson
Seorang lelaki maut dipercayai dipukul oleh anak lelakinya dalam kejadian di rumah mereka di Taman DAmbang Kota, Lukut di sini tengah malam tadi.

Berenang dalam keadaan mabuk, lelaki warga Nepal ditemukan lemas di lombong
Mangsa ke lokasi kejadian bersama dua rakannya sebelum bertindak terjun dan berenang di lombong berkenaan seorang diri.

Baik pulih trek joging, pantau individu mabuk waktu malam di Padang Ipoh
Terdapat aduan yang mendakwa padang itu menjadi tempat segelintir pihak meneguk arak dan mabuk pada malam hari.