Seorang wanita meninggal dunia dalam kebakaran di rumahnya di Jalan Pokok Saga, Taman Lintang, Ayer Itam, awal pagi ini.
Mayat mangsa, Choi Hooi Hong, 50-an, ditemui anggota bomba di tingkat bawah rumah teres dua tingkat sejurus api berjaya dipadamkan.
Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.10 pagi.
Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong, BBP Jalan Perak dan BBP Bayan Baru yang bergegas ke tempat kejadian mendapati kebakaran melibatkan dua unit rumah teres dua tingkat.
"Sebaik tiba, api sedang marak dan rumah itu sudah 85 peratus musnah.
"Api berjaya dikawal pada pukul 3.05 pagi dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 6.42 pagi.
"Mangsa dipercayai tidak dapat menyelamatkan diri daripada pintu jeriji dan terperangkap di dalam rumah berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Rumah pertama mengalami kemusnahan akibat kebakaran kira-kira 85 peratus manakala rumah kedua pula 75 peratus.
Kebakaran turut menyebabkan sebuah kereta jenis Toyota Alpard dan sebuah motosikal hangus.
Punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Astro Awani
Thu Sep 10 2020
Kebakaran awal pagi ini melibatkan dua unit rumah teres dua tingkat. - Foto JBPM
Bau busuk bongkar skru tertanam dalam hidung
Doktor berjaya menemui objek mencurigakan berwarna hitam dalam rongga hidung kanak-kanak itu dan ia disahkan melalui imbasan CT di kepalanya.
[LAPOR LANGSUNG] Letupan baharu menggegarkan Beirut
Rakaman video menunjukkan letupan itu menerangi pinggir bandar selatan yang padat penduduk.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Letupan kuat itu bermula hampir tengah malam dan berterusan hingga Ahad.
#AWANIRingkas 6 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Oktober 2024
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
KPT sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua IPTA berada pada tahap tertinggi.
AWANI Ringkas: Keperluan tenaga boleh baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan, jumlah keseluruhan kini 17 orang dievakuasi
Wisma Putra dalam kenyataan segera memaklumkan, seramai enam orang lagi turut dijadualkan tiba di Malaysia malam ini.
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Wanita direman bantu siasatan kes guru maut
Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kes kematian seorang guru lelaki yang dipercayai telibat dalam satu pergaduhan.
Suami isteri ditahan kerana tanam pokok ganja di balkoni kondominium
Pasangan yang bekerja di sebuah stesen minyak itu menanam sendiri pokok ganja berkenaan selepas percubaan menyemai biji benih berjaya.
Tebing runtuh, dua kereta menggelongsor ke dalam sungai
Dua kereta yang diparkir di tepi jalan di Paya Terubong, Ayer Itam, di sini, menggelongsor ke dalam sungai akibat tanah runtuh di kawasan itu, pada Selasa.
Terperangkap di sebalik jeriji, wanita rentung dalam kebakaran
Choi Hooi Hong, 50-an, ditemui anggota bomba di tingkat bawah rumah teres dua tingkat sejurus api berjaya dipadamkan.
Bapa ratah anak sendiri hingga hamil
Berdasarkan siasatan anak perempuannya didapati mengandung dan mengaku telah melakukan hubungan seks dengan bapanya.
Separuh anggota badan lelaki ditemui terapung
Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan mengerikan apabila hanya separuh anggota badannya ditemui terapung di Sungai Pinang.