KUALA LUMPUR: Pembukaan terowong bawah tanah Tun Razak Exchange (TRX) sepanjang lima kilometer mulai 29 Nov ini dijangka mengurangkan trafik masuk ke pusat bandar sebanyak 30 peratus, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Beliau berkata terowong TRX yang mempunyai akses langsung kepada Jalan Tun Razak serta Terowong SMART akan membentuk satu pusingan dan memudahkan kenderaan keluar dan masuk dari kawasan pembangunan TRX.
"Dengan mengelakkan jalan raya yang sibuk, kenderaan yang menuju ke TRX tidak akan menambah kepada jumlah trafik sedia ada di jalan-jalan sekitarnya.
"Kenderaan yang masuk ke TRX melalui terowong pusingan ini akan terus ke tempat letak kenderaan di bawah bangunan dalam kawasan itu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja bagi meninjau infrastruktur jalan raya di sekitar TRX di sini hari ini.
Turut hadir Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Kamarulzaman Mat Salleh dan Ketua Pegawai Eksekutif TRX City Sdn Bhd Datuk Azmar Talib.
Terowong TRX yang dibina oleh Gadang Engineering (M) Bhd dan WCT Berhad, terdiri daripada dua aras dikhaskan untuk lalu lintas kenderaan dan satu aras bagi perkhidmatan utiliti.
Bagi keselamatan dan keselesaan pengguna jalan TRX, Waze Beacon dipasang dalam terowong untuk menjamin navigasi tanpa gangguan di dalam kawasan tersebut.
Nanta berkata rangkaian jalan raya terowong TRX akan turut menghubungkan kawasan TRX kepada 12 lebuh raya serta jalan utama seperti Jalan Sultan Ismail, Lebuhraya Maju Expressway (MEX) dan Lebuhraya Setiawangsa-Pantai Expressway (SPE).
"Sudah tentunya ( kawasan TRX) akan memberi satu suntikan yang sangat penting bagi kita merancakkan ekonomi setempat," katanya.
Pembukaan terowong TRX pada 29 Nov serentak dengan pembukaan pusat beli-belah The Exchange TRX dan Taman Bandar TRX seluas 4 hektar.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 22 2023

Pembukaan terowong bawah tanah Tun Razak Exchange (TRX) sepanjang lima kilometer mulai 29 Nov ini dijangka mengurangkan trafik masuk ke pusat bandar sebanyak 30 peratus. - Foto BERNAMA
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.

RM400,000 diperuntuk bagi kerja naik taraf terowong bawah tanah di Seremban
Loke berkata laluan pejalan kaki yang berusia 15 tahun sejak dibuka pada 2008 itu perlu dilakukan penambahbaikan bagi memastikan laluan berkenaan berada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan.

Terowong TRX dibuka 29 Nov, kurangkan trafik ke bandar 30 peratus
Pembukaan terowong bawah tanah Tun Razak Exchange (TRX) sepanjang lima kilometer mulai 29 Nov ini dijangka mengurangkan trafik masuk ke pusat bandar sebanyak 30 peratus.

DBKL, JPS cadang bina terowong simpanan air bawah tanah atasi banjir kilat di Kuala Lumpur
Ia kaedah penyelesaian jangka panjang yang akan mengambil tempoh tiga hingga lima tahun untuk disiapkan.

Projek MRT3 bukan dibatal, hanya ditangguh - Anthony Loke
Kabinet akan menentukan bila proses menyambung semula pembinaan MRT3 akan dibuat namun menegaskan projek utama seperti MRT3 akan diberi keutamaan sekiranya kedudukan kewangan negara pulih.

Keengganan LGE berdebat akan manfaatkan MCA - Penganalisis
Dr. Sivamurugan Pandian berpendapat, pengundi khususnya golongan Cina dan atas pagar akan menilai sendiri bagaimana Ketua Menteri Pulau Pinang itu bertindak dalam mempertahankan kedudukannya.

Bagaimana keadaan hidup di Gaza sebelum serangan terbaru Israel ini?
Terowong bawah tanah merupakan nadi kehidupan penduduk Gaza untuk mendapatkan barang keperluan mereka di Mesir.

Tiada terowong bawah tanah ditemui - Polis
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib menafikan dakwaan penceroboh memasuki Kampung Tanduo menerusi terowong bawah tanah.