Ia susulan hujan lebat di bandar raya ini sejak awal pagi tadi.
Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) menerusi catatan di platform X memaklumkan pengguna dinasihatkan memandu dengan berhati-hati.
"Pengguna Terowong SMART dinasihatkan memandu dengan berhati-hati. Sila rancang perjalanan anda dan patuhi arahan lalu lintas," jelasnya.