KUALA LUMPUR: Terowong Lebuhraya SMART kini dibuka semula kepada laluan trafik bermula pukul 7 pagi tadi.
Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) dalam kenyataan hari ini berkata proses pengepaman keluar air dan pencucian terowong telah dilakukan sejak semalam dan kerja pembersihan telah selesai dijalankan hari ini.
"Proses pemeriksaan dan rektifikasi mekanikal dan elektrikal juga telah dijalankan bagi memastikan semua peralatan berada di dalam keadaan baik dan selamat sebelum terowong Lebuhraya SMART dibuka semula untuk pengguna," menurut kenyataan tersebut.
Pasukan dan pengurusan terowong SMART akan terus memantau keperluan operasi SMART dan memastikan tahap kesiapsiagaan pasukan berada dalam keadaan terbaik bagi menghadapi sebarang kemungkinan keperluan operasi.
Pada 22 Nov lepas, terowong tersebut ditutup berikutan hujan lebat di sekitar ibu kota bagi mengaktifan sistem banjir disusuli pelepasan air banjir ke dalam sistem takungan terowong Lebuhraya SMART.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 25 2021

Proses pengepaman keluar air dan pencucian terowong telah dilalukan sejak semalam dan kerja pembersihan di Terowong SMART telah selesai dijalankan hari ini.- Gambar fail/BERNAMA

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.
Rundingan sempadan maritim dan darat terima kerjasama baik
Kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai isu penting dalam hubungan dua hala antara malaysia dan Indonesia.

Stesen Jana Kuasa Pulau Indah telah beroperasi, jana RM1.6 bilion tahun hadapan
Stesen jana kuasa Pulau Indah (PIPP) di Klang yang dibina empat tahun lepas telah beroperasi secara komersial bermula 1 Mac lepas.
Menara loceng Romanesque terbesar siap selepas 15 tahun
Thailand mempersembahkan menara loceng Romanesque terbesar dunia setinggi tiga tingkat di bandar Wat Ban Dong Yai.

Terowong SMART ditutup bagi persediaan operasi banjir
Terowong Lebuhraya SMART ditutup sepenuhnya kepada pengguna bagi persediaan operasi banjir susulan hujan lebat sejak petang tadi.

Banjir: Kerajaan Selangor teliti pelaksanaan terowong SMART - MB
Kerajaan Negeri Selangor menyambut baik sebarang cadangan sebagai langkah mengatasi bencana alam itu.

Terowong SMART dibuka semula hari ini
Terowong Lebuhraya SMART kini dibuka semula kepada laluan trafik bermula pukul 7 pagi tadi.

RTB Sungai Bunus 'lupa' diselenggara punca KL terus banjir?
Astro AWANI mendedahkan status terkini RTB berkenaan yang terletak di kawasan PULAPOL Kuala Lumpur di Jalan Semarak, di sini.

Lebuhraya SMART dibuka semula petang tadi
Lebuhraya SMART dibuka semula sepenuhnya kepada lalu lintas bermula 6.37 petang tadi selepas ditutup sejak pukul 4 petang Khamis lepas.