Seramai 30 mahasiswa Kelab Media Massa Universiti Malaysia Pahang (UMP) mengadakan lawatan ke Studio Astro AWANI melalui Program AWANI Rangers UMP dalam mendapatkan pendedahan serta pengalaman mengenai dunia baharu bidang penyiaran dan kewartawanan.
Lawatan turut disertai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Datuk Dr. Yuserrie Zainuddin dan Ketua Pegawai Eksekutif UMP Advanced, Dr. Mohamad Rozi Hassan.
Dalam program ini, sesi taklimat disampaikan oleh penyampai TV, Hilal Azmi dan Syed Farradino Omar yang memberi penerangan mengenai peranan Astro AWANI sebagai satu platform penyampaian maklumat yang tepat serta pantas kepada penonton.
Mereka juga berkongsi pengalaman serta panduan dalam proses mendapatkan maklumat secara berkesan.
Awani Rangers UMP merupakan satu kerjasama strategik antara Astro AWANI dan UMP untuk melatih pelajar dalam bidang kewartawanan serta pemberitaan dengan mengupas isu-isu semasa dan pengalaman kampus universiti.
Penghasilan berita itu akan diterbitkan dalam portal Astro AWANI selepas melalui proses suntingan pihak Bahagian Komunikasi Korporat UMP.
Menurut Hilal, UMP menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam penghasilan berita.
Sebagai contoh, berita bertajuk 'Jam Zaman Purba Lokasi Tumpuan Graduan' hasil nukilan Awani Rangers Nazmi Nasir, Amirul Aiman, dan Ahmad Taqiyuddin berjaya mendapat carian tertinggi selepas sebulan disiarkan di astroawani.com.
"Bagi saya, ini merupakan pencapaian yang sangat membanggakan apatah lagi UMP merupakan sebuah institusi yang tidak menawarkan program pengajian komunikasi dan media," katanya.
Sementara itu, bagi pengarah program, Ummi Amirah Mohamad Mansor, mereka teruja dapat mempelajari pengalaman baharu yang luar dari bidang pengajian dan paling menarik perhatian adalah studio skrin hijau yang menggunakan teknologi 'augmented reality'.
Mahasiswa turut berpeluang menyaksikan sendiri rakaman dan penyiaran dengan mengoptimumkan ruang secara optimum serta kondusif.
Tambah menyeronokkan mereka juga dapat menyaksikan sesi rakaman siaran Agenda Awani secara langsung dalam studio yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarang Astro AWANI, Kamarul Baharin Haron bersama Prof Datuk Dr. Yuserrie dan Dr. Mohamad Rozi yang membincangkan tentang Mendepani Industri 4.0: Manfaat Peluang, Kreatif dan Inovasi.
Sesi lawatan berakhir dengan aktiviti penyampaian cenderamata serta bergambar kenangan di ruang legar Astro AWANI.
_______________________________________________________________________________
*Laporan ini disediakan oleh Nur Laila Afandi dan Awani Rangers UMP, Khairunnisa Zafirah Hidzir @ Azmi yang disunting oleh Bahagian Komunikasi dan Korporat.
**Awani Rangers ialah inisiatif Astro AWANI bagi menggalakkan pelajar Institut Pengajian Tinggi untuk berkongsi cerita serta menghasilkan bahan berita dan informasi dalam era kewartawanan moden.
***AwaniRangers UMP ialah inisiatif kerjasama strategik Astro AWANI dan Universiti Malaysia Pahang.
AWANI Rangers UMP
Fri Mar 09 2018
![Terokai bidang penyiaran bersama Astro AWANI Terokai bidang penyiaran bersama Astro AWANI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/81520584195_UMP.jpg)
AWANI Rangers UMP turut berpeluang menyaksikan sendiri rakaman dan penyiaran dengan mengoptimumkan ruang secara optimum dan kondusif - Foto AWANI Rangers UMP
![Tingkah laku rasis dan kenyataan diskriminasi tiada tempat dalam masyarakat - Gobind Tingkah laku rasis dan kenyataan diskriminasi tiada tempat dalam masyarakat - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739278343_TBGobind.jpg)
Tingkah laku rasis dan kenyataan diskriminasi tiada tempat dalam masyarakat - Gobind
Gobind berkata, tindakan sedemikian bukan sahaja menyakitkan hati tetapi juga merosakkan keharmonian kaum.
![SOSMA perlu diperhalusi, tidak jejaskan keadilan dan martabat manusia - Lee Lam Thye SOSMA perlu diperhalusi, tidak jejaskan keadilan dan martabat manusia - Lee Lam Thye](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51669556500_Leelamthye.jpg)
SOSMA perlu diperhalusi, tidak jejaskan keadilan dan martabat manusia - Lee Lam Thye
Lee berkata, walaupun objektifnya mengekalkan keselamatan dan kestabilan, ia tidak boleh mengorbankan hak asasi manusia dan kebebasan sivil.
Pemotong rumput jumpa bom tangan di LPT2
Ketua Polis Daerah Dungun Supt Maizura Abdul Kadir berkata lelaki itu menemukan satu objek yang mencurigakan pada pukul 12.50 tengah hari dan menghampirinya sebelum mendapati ia adalah sebutir bom tangan ketika sedang memotong rumput di lokasi berkenaan.
Polis kesan pemandu pacuan empat roda sengaja rempuh kereta
Polis sedang mengesan seorang pemandu pacuan empat roda berwarna kelabu yang disyaki dengan sengaja merempuh sebuah kereta dalam kejadian di Taman Manggis, Teluk Intan, pada Jumaat.
![Polis campur tangan protes serangan rempuhan kereta Munich Polis campur tangan protes serangan rempuhan kereta Munich](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739748481_GermanyProtest.jpg)
Polis campur tangan protes serangan rempuhan kereta Munich
Rakaman menunjukkan pegawai menggunakan kekerasan terhadap beberapa individu yang terlibat dalam tunjuk perasaan oleh kumpulan sayap kanan.
Zelenskyy tiba di UAE, situasi perang antara tumpuan utama
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, dan isterinya, Olena, tiba di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada ahad.
Ukraine menyatakan lawatan rasmi itu akan memberi keutamaan kepada program kemanusiaan Olena Zelenska untuk memastikan lebih ramai rakyat negara itu dapat pulang dari tahanan selain membincangkan pelaburan serta kerjasama ekonomi.
Ukraine menyatakan lawatan rasmi itu akan memberi keutamaan kepada program kemanusiaan Olena Zelenska untuk memastikan lebih ramai rakyat negara itu dapat pulang dari tahanan selain membincangkan pelaburan serta kerjasama ekonomi.
Trump yakin dapat bertemu Putin bincang perang Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menyatakan pada hari Ahad bahawa beliau yakin boleh bertemu Presiden Rusia, Vladimir Putin, dalam masa terdekat.
Pertemuan itu adalah bagi membincangkan usaha menamatkan perang di Ukraine.
Pertemuan itu adalah bagi membincangkan usaha menamatkan perang di Ukraine.
Turkiye bantu Syria baik pulih Lapangan Terbang Damsyik
Pasukan teknikal terdiri daripada 25 anggota dari Turkiye telah mula bekerja di Syria untuk membaik pulih Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik.
Menurut Menteri Pengangkutan Dan Infrastruktur Turkiye Abdulkadir Uraloglu pada Ahad, ini kerana lapangan terbang tersebut mengalami kerosakan teruk dan tidak dapat beroperasi akibat perang saudara Syria selama 13 tahun.
Menurut Menteri Pengangkutan Dan Infrastruktur Turkiye Abdulkadir Uraloglu pada Ahad, ini kerana lapangan terbang tersebut mengalami kerosakan teruk dan tidak dapat beroperasi akibat perang saudara Syria selama 13 tahun.
Hezbollah desak Israel berundur sepenuhnya dari Lubnan
Ketua kumpulan bersenjata Hezbollah di Lubnan menegaskan bahawa tentera Israel mesti berundur sepenuhnya dari wilayah Lubnan sebelum 18 Februari,
Setiausaha Agung Hezbollah, Naim Qassem turut menyatakan bahawa Israel tidak mempunyai alasan untuk mengekalkan kehadiran tenteranya di selatan negara itu.
Setiausaha Agung Hezbollah, Naim Qassem turut menyatakan bahawa Israel tidak mempunyai alasan untuk mengekalkan kehadiran tenteranya di selatan negara itu.
Trump ulangi sokongan terhadap tindakan Israel
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengulangi pada Ahad sokongannya terhadap tindakan seterusnya Israel di Gaza.
![Cabaran industri media? Ini cara pelajar UUM persiapkan diri Cabaran industri media? Ini cara pelajar UUM persiapkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/51529565181_UUMGeneric.jpg)
Cabaran industri media? Ini cara pelajar UUM persiapkan diri
Graduan media pada hari ini pula mula beralih arah untuk melakukan aktiviti GIG Ekonomi
![Mengenali potensi anak-anak OKU Mengenali potensi anak-anak OKU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/51575956869_TBAWANIRANGERS.jpg)
Mengenali potensi anak-anak OKU
Penganjuran kali ini mendapat kerjasama baik dengan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK), Seri Kemunting, Masjid Tanah.
![Inspirasi Polycuisine Bakery pupuk semangat keusahawanan Inspirasi Polycuisine Bakery pupuk semangat keusahawanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/41553050572_POLYCUISINEBAKERY.jpg)
Inspirasi Polycuisine Bakery pupuk semangat keusahawanan
Dengan inkubator ini, secara tidak langsung dapat memberi inspirasi kepada pelajar untuk lebih cenderung terhadap bidang keusahawanan
![Lawatan akademik ke Pulau Mutiara Lawatan akademik ke Pulau Mutiara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/41553049431_MENEROKAIKEINDAHAN.jpg)
Lawatan akademik ke Pulau Mutiara
Para pelajar telah bersepakat untuk mengenali dengan lebih dekat lagi negeri yang mendapat jolokan Pulau Mutiara ini.
![Zulhelmi Abdul Razak johan Majlis Tilawah Al Quran Politeknik Merlimau Zulhelmi Abdul Razak johan Majlis Tilawah Al Quran Politeknik Merlimau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/61553048930_TILAWAHALQURAN.jpg)
Zulhelmi Abdul Razak johan Majlis Tilawah Al Quran Politeknik Merlimau
Suntikan kerohanian melalui penghayatan Al Quran memberi impak positif serta inspirasi untuk lebih berusaha ke arah kebaikan
![Misi kemanusiaan Bravo Project lebarkan sayap ke Indonesia Misi kemanusiaan Bravo Project lebarkan sayap ke Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/61553048494_BravoProject.jpg)
Misi kemanusiaan Bravo Project lebarkan sayap ke Indonesia
Lokasi ini dipilih kerana penduduk setempat yang majoritinya berpendapatan rendah sedang mengalami krisis air.
![Ujian laluan berbasikal sempena GR PolyCC 2019 Ujian laluan berbasikal sempena GR PolyCC 2019](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/51551944413_PoliteknikMerlimau.jpg)
Ujian laluan berbasikal sempena GR PolyCC 2019
Pada sesi percubaan ini, seramai 15 peserta terlibat bagi menguji laluan yang telah dipilih untuk ujian penyesuaian.
![Kepuasan Melihat Keindahan Tasik Biru, Kangkar Pulai Kepuasan Melihat Keindahan Tasik Biru, Kangkar Pulai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/51551943550_TasikBiru.jpg)
Kepuasan Melihat Keindahan Tasik Biru, Kangkar Pulai
Keindahan tasik biru yang semakin hangat diperkatakan, pasti membuatkan ramai yang ingin melihat dengan visual sebenar mengenai keindahan tempat ini
![Polisi Hijau Universiti Malaysia Pahang galak semangat cintakan alam sekitar Polisi Hijau Universiti Malaysia Pahang galak semangat cintakan alam sekitar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/71551656527_UMPPolisiHijau.jpg)
Polisi Hijau Universiti Malaysia Pahang galak semangat cintakan alam sekitar
Pembentukan jawatankuasa kelestarian kampus telah ditubuhkan bagi memastikan inisiatif kelestarian kampus dapat dipantau
![UMP Cipta Kecemerlangan bersama Industri, Perkasa Keusahawanan UMP Cipta Kecemerlangan bersama Industri, Perkasa Keusahawanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/51551152940_UMP.jpg)
UMP Cipta Kecemerlangan bersama Industri, Perkasa Keusahawanan
Amanat Tahunan Naib Canselor 2019 bertemakan Meraikan Kejayaan, Mendampingi Industri dan Menyuburi Keusahawanan