KUALA LUMPUR: Datuk dan nenek kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin ditahan polis petang ini di sebuah lokasi berdekatan Subang Bestari, Shah Alam di Selangor.
Kedua-dua mereka ditahan oleh anggota D9 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Selangor, sekitar jam 2.30 petang.
Pengesahan dibuat Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, pasangan itu ditahan jam 2.30 petang tadi, ketika dihubungi Astro AWANI pada petang Rabu.
Menurut Hussein. penahanan mereka dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan,
Kedua-dua mereka akan direman esok di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.
Media melaporkan nasib ibu bapa Zayn Rayyan yang direman selama 13 hari bagi membantu siasatan kes bunuh anak terbabit akan diketahui esok, sama ada didakwa atau dibebaskan dengan jaminan polis.
"Esok adalah hari terakhir (ibu bapa Zayn) direman, hari ke-13. Esok adalah keputusan, saya percaya kertas siasatan sudah sampai ke pihak Jabatan Peguam Negara (AGC)," kata peguam bela bapa kanak-kanak berkenaan, Fahmi Abdul Moin, ketika ditemui di lobi Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pada, Rabu.
"Mereka (AGC) akan mengakses dan meneliti serta lihat dan membuat keputusan esok sama ada lepas dengan jaminan polis atau dituduh.
"Semua kena bersabar dan kita tunggu esok. Penekanan kami seperti rakyat Malaysia ingin nasib arwah (Zayn Rayyan) dibela dan diberi keadilan," kata Fahmi.
Terdahulu, Astro AWANI melaporkan pegawai penyiasat polis dipercayai membawa ibu Zayn ke Mahkamah Majistret hari ini untuk memohon bagi mendapatkan pengakuan salah wanita itu berkaitan kes bunuh kanak-kanak autisme berkenaan.
Peguam bela ibu kanak-kanak itu, Mahmud Jumaat, dipetik berkata pihaknya membantah permohonan terbabit yang dibuat mengikut Seksyen 26(1) Akta Keterangan.
Beliau turut berkata, anak guam juga tidak membuat sebarang pengakuan dan perkara itu direkodkan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.
Mahmud turut berkata bahawa pasangan terbabit sama ada didakwa atau dibebaskan dengan jaminan polis akan diketahui esok.
"Saya mohon orang ramai memberi kerjasama dan tidak membuat apa-apa spekulasi. Kita perlu menghormati proses siasatan dan esok kita boleh mendengar dan melihat pertuduhan dibuat serta hasil siasatan," tambahnya.
Astro Awani
Wed Jun 12 2024
![[TERKINI] Datuk, nenek Zayn Rayyan ditahan [TERKINI] Datuk, nenek Zayn Rayyan ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718188384_tbCPOSelangorDatu.jpg)
Datuk dan nenek Zayn Rayyan ditahan polis petang ini di sebuah lokasi berdekatan Subang Bestari, Shah Alam di Selangor pada jam 2.30 petang Rabu. - Gambar fail

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

'Ibu bapa Zayn Rayyan mahu bersihkan nama mereka, kita tunggu perbicaraan nanti'
Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi dikemuka ibu bapa kepada kanak-kanak autisme, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin untuk menyemak dan menarik balik tuduhan mengabaikan anak.
![[TERKINI] Datuk, nenek Zayn Rayyan ditahan [TERKINI] Datuk, nenek Zayn Rayyan ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718188384_tbCPOSelangorDatu.jpg)
[TERKINI] Datuk, nenek Zayn Rayyan ditahan
Datuk dan nenek kepada kanak-kanak austistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin ditahan polis petang ini di sebuah lokasi berdekatan Subang Bestari, Sungai Buloh di Selangor.

Pembunuhan Zayn Rayyan: Forensik PDRM bawa keluar dua kotak, dipercayai berisi bahan bukti
Kotak berkenaan dipercayai berisi bahan bukti bagi membantu siasatan kes pembunuhan Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Pembunuhan Zayn Rayyan: Polis kesan pergerakan daripada ‘dashcam’
Bagaimanapun, beliau berkata pihak polis belum dapat memastikan lagi sama ada pergerakan tersebut melibatkan individu atau objek lain.