KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meminta suapan sebanyak 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh pemilik syarikat Consortium Zenith Beijing Urban Construction Group (CZBUCG) dalam projek pembinaan jalan utama dan terowong dasar laut di negeri itu.
Perkara itu didedahkan sendiri oleh pemilik CZBUCG iaitu Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli, 62, ketika membacakan pernyataan saksinya pada perbicaraan kes rasuah Lim yang berdepan empat pertuduhan membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan projek pembinaan jalan utama di negeri itu bernilai RM6.3 bilion.
CZBUCG merupakan syarikat usaha sama dengan Beijing Urban Construction Group Sdn Bhd (BUCG) yang telah dilantik bagi menjalankan projek tersebut.
Saksi pendakwaan ke-23 itu berkata, beliau agak terkejut apabila perkara (suapan 10 peratus) itu keluar daripada mulut Ahli Parlimen Bagan itu menyebabkan beliau berfikir sejenak tentang permintaan Lim kerana tidak menyangka ia keluar daripada mulutnya yang selama ini menentang rasuah.
"Apa yang saya faham, 10 peratus adalah wang rasuah berjumlah 10 peratus daripada harga keuntungan syarikat saya yang perlu saya memberikan kepada Lim apabila saya dianugerahkan projek itu. Kemudian saya pun bersetuju dengan permintaan tersebut.
"Lim kelihatan senyum setelah saya mengatakan akan bersetuju memberikan peratus keuntungan projek itu dan YB Lim memberitahu, beliau atau pegawai-pegawainya akan memberikan bantuan dalam memberikan apa-apa maklumat yang diperlukan untuk projek ini kepada saya," katanya sambil menambah perbincangan itu berlaku dalam keretanya semasa beliau dan Lim dalam perjalanan ke Hotel Gardens di Mid Valley, pukul 12 malam, pada Mac 2011.
Zarul Ahmad berkata Lim memberitahunya bahawa Perdana Menteri China akan membuat lawatan ke Malaysia dan beberapa perjanjian persefahaman (MOU) akan ditandatangani dan Lim mencadangkan supaya beliau mengaturkan satu MOU antara BUCG dengan Kerajaan Pulau Pinang, yang akan disaksikan Perdana Menteri China.
Beliau berkata Lim juga memberitahunya bahawa jika beliau dapat melaksanakan majlis MOU itu, projek itu akan diberikan kepadanya secara rundingan terus.
"Ketika itu saya rasa sangat teruja. Hanya saya dan Lim yang berada dalam kereta saya itu. Saya memberikan persetujuan kepada Lim untuk menjayakan majlis MOU seperti yang dicadangkan oleh Lim. Saya merasa gembira, yakin dan percaya dengan apa yang dikatakan Lim kepada saya untuk memberikan projek yang dianggarkan bernilai RM7 bilion itu," katanya.
Saksi itu berkata pada Mei 2011, beliau telah berjumpa dengan Lim dan menuntut janji beliau untuk menganugerahkan kepada syarikatnya secara rundingan terus, namun sebaliknya Lim menyatakan beliau terpaksa memanggil tender terbuka untuk projek tersebut.
"Saya merasa kecewa kerana YB Lim telah membuat pusingan U. Tetapi beliau berjanji dengan saya ketika itu bahawa beliau akan membantu saya untuk dianugerahkan projek tersebut dengan memberi arahan kepada pegawai-pegawainya supaya memberi kerjasama penuh kepada saya dalam hal ini.
"Lim juga meminta supaya permintaan untuk cadangan (RFP) dipercepatkan dan meminta pihak BUCG membantu pegawai-pegawainya dan Datuk Lim Hock Seng (bekas Exco Pulau Pinang) dalam penyediaan RFP tersebut kelak.
"Di dalam kes ini, walaupun award telah diubah secara tender terbuka, syarikat saya telah memenangi tender tersebut dan saya amat terhutang budi dengan Lim dan Hock Seng yang banyak membantu saya serta syarikat saya di dalam membuat persediaan yang lebih awal di dalam persaingan di antara petender lain," katanya.
Menceritakan mengenai hubungannya dengan Lim, saksi itu berkata bekas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz telah memperkenalkannya kepada Lim sekitar Januari 2011 di Hotel Shangri La.
"Ketika itu, kami bertukar-tukar nombor telefon. Saya pun mengambil kesempatan untuk menawarkan khidmat BUCG kepada Lim sekiranya ada projek infrastruktur di Pulau Pinang yang boleh saya mengambil bahagian bagi pihak BUCG dan Lim juga nampak berminat. Lim memberitahu beliau akan menghubungi saya, " katanya dan menambah pada Februari 2011 beliau telah berjumpa Lim di pejabatnya di Komtar untuk menerima taklimat daripada beliau sendiri berkenaan pembinaan tiga jalan utama dan terowong dasar laut.
Zarul Ahmad berkata Lim menjelaskan tentang projek itu secara umum dan memberitahu projek berkenaan akan dibiayai secara pertukaran tanah, iaitu kerajaan negeri akan membuat pembiayaan menggunakan tanah dan bukan bayaran seperti pembinaan biasa.
Lim berdepan pertuduhan pindaan menggunakan kedudukan sebagai ketua menteri Pulau Pinang untuk menerima rasuah RM3.3 juta dalam membantu syarikat milik Zarul Ahmad mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6,341,383,702 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, Komtar, George Town antara Januari 2011 hingga Ogos 2017.
Bagi pertuduhan pindaan kedua, Lim didakwa meminta suapan daripada Zarul Ahmad sebanyak 10 peratus daripada keuntungan diperoleh syarikat itu sebagai penghargaan mendapatkan projek itu dan dituduh melakukan perbuatan berhampiran The Garden Hotels, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, di sini pada Mac 2011.
Setiausaha Agung DAP itu turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah bernilai RM208.8 juta milik kerajaan Pulau Pinang dilupuskan kepada dua syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengan projek terowong dasar laut itu.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang, Tingkat 21, Komtar pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017.
Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung 23 Mac 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 17 2021
Guan Eng hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini, bagi perbicaraan empat pertuduhan rasuah yang dihadapinya membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan jalan utama di Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion. - Foto BERNAMA
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Saksi dakwa Lim akan beri projek terowong jika atur MoU dengan syarikat China
Pengarah ZCSB mendakwa Lim akan memberinya Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang secara rundingan terus, jika beliau dapat mengaturkan MoU dengan sebuah syarikat dari China.
Kenyataan Muhyiddin gambarkan Guan Eng salah guna kuasa dalam kes cukai Yayasan Albukhary - Peguam
Kenyataan Muhyiddin dikatakan berunsur fitnah dan mencemarkan reputasi Lim Guan Eng apabila menggambarkannya telah menyalahgunakan kuasa.
Perbicaraan kes terowong dasar laut Lim Guan Eng ditangguh ke 19 Sept
Perbicaraan kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Lim Guan Eng ditangguhkan ke 19 September.
Rakan Lim Guan Eng janjikan tanah untuk kajian kemungkinan terowong - Saksi
Seorang saksi perbicaraan kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Guan Eng, memberitahu mahkamah syarikatnya dihimpit masalah kewangan sehingga menyebabkan beliau terpaksa mencari sumber dana lain.
Dana syarikat arak: Akmal pertahan kenyataan Fadhlina
Garis panduan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhubung kutipan dana sekolah adalah untuk menjaga sensitiviti agama dan bangsa di negara ini.
AGC tolak representasi Guan Eng untuk gugur empat pertuduhan rasuah
Representasi dikemukakan bekas Guan Eng untuk menggugurkan empat pertuduhan rasuah membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan jalan utama di Pulau Pinang ditolak Jabatan Peguam Negara (AGC).
Tiada dokumen buktikan Guan Eng batal pengecualian cukai Yayasan Albukhary - Saksi
Tiada dokumen yang menunjukkan bahawa Lim Guan Eng telah membatalkan pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary semasa beliau memegang jawatan Menteri Kewangan.
Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin
Muhyiddin memberitahu bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary.
Kes terowong dasar laut: Guan Eng kemuka representasi gugur pertuduhan rasuah
Lim Guan Eng telah mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara bagi menggugurkan empat pertuduhan rasuah terhadapnya.
Perincian jumlah pelaburan BlackRock di Malaysia tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Jumlah pelaburan BlackRock dan syarikat berkaitannya di Malaysia antara yang menjadi tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.