AYER KEROH: Bekas Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Melaka didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan menerima suapan RM400 untuk kegunaan jabatan empat tahun lalu.
Tertuduh, Mohamad Yusof Kameh, 55, dijatuhi hukuman itu selepas membuat pengakuan bersalah atas satu pertuduhan pilihan di hadapan hakim Elesabet Paya Wan.
Mengikut pertuduhan kedua, tertuduh yang ketika kejadian merupakan Pengarah AADK Melaka telah menerima untuk dirinya RM400 tanpa balasan daripada seorang individu yang diketahui mempunyai hubungan kerja-kerja rasmi dengannya.
Kesalahan itu dilakukan di pejabat AADK Melaka di aras 2, Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Ayer Keroh, dalam daerah Melaka Tengah pada 22 Jun 2018 lalu.
Justeru, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Berdasarkan fakta kes, tertuduh telah meminta individu berkenaan hadir ke pejabatnya pada Mac 2018 untuk membincangkan kerja-kerja membekal dan mencetak beg kertas agensi itu.
Tertuduh kemudian telah mengarahkan lelaki itu supaya menaikkan sebut harga daripada RM4,230 kepada RM4,630 yang mana perbezaan tambahan RM400 itu adalah bahagian tertuduh untuk kegunaan AADK Melaka.
Terdahulu, prosiding pendakwaan yang dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Nur Syakila Yaacob memohon hukuman setimpal dikenakan mengambil kira jawatan tinggi tertuduh dan kesalahan serius dilakukan selain kepentingan awam dalam kes terbabit.
Tertuduh yang diwakili peguam Datuk Naran Singh bagaimanapun merayu anak guamnya diberikan hukuman denda yang rendah iaitu RM2,000 dan tidak dipenjara kerana telah menyesal dan insaf.
Tertuduh juga katanya, telah memberi perkhidmatan yang cemerlang selama 30 tahun bersama AADK sejak 1992 dan kesal dengan kejadian pertama kali itu berlaku ketika di tahun akhir persaraan.
Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM3,000 atau enam bulan penjara jika gagal bayar.
Shuhada Abdul Kadir
Wed Sep 28 2022
Mohamad Yusof (kiri) didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh kerana menerima suapan wang tunai, empat tahun lepas. - Astro AWANI
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Berhibur sambil 'pekena' ganja
Operasi khas Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sembilan dan Jabatan Imigresen Negeri Sembilan itu, menahan empat pengunjung lelaki yang didapati positif dadah jenis methamphetamine.