IPOH: Seorang pesara polis marin didenda RM100,000 oleh Mahkamah Sesyen Ipoh pada Khamis atas tujuh pertuduhan pilihan menerima rasuah membabitkan jumlah suapan sebanyak RM20,700, empat tahun lalu.
Hakim M. Bakri Abd Majid menjatuhkan hukuman itu ke atas Zubairi Abdul Mutalib, 60, selepas dia mengaku bersalah atas semua pertuduhan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara 57 bulan jika dia gagal bayar denda itu.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan sebagai Ketua Jentera Ronda PSC 16 di Pengkalan Polis Marin, Kampung Kampung Acheh, Sitiawan telah memperolehi wang berjumlah RM20,700 daripada seorang lelaki.
Wang itu diperoleh melalui akaun bank miliknya yang mana dia mengetahui lelaki itu mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasminya yang melibatkan penguatkuasaan di bawah Akta Perikanan 1985 ke atas bot bernombor pendaftaran vessel PKFA 9710.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di pusat bandar Sri Manjung antara 2 Mac 2017 hingga 29 Sept 2017 daripada individu yang sama.
Hakim turut memerintahkan wang simpanan berjumlah RM18,494.75 termasuk faedah sehingga hari ini di dalam akaun Maybank Islamic Berhad adalah dilucuthakkan kepada Kerajaan Malaysia.
Bagaimanapun dia dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan-pertuduhan selebihnya yang telah dipertimbangkan sebagai Take Into Consideration (TIC) oleh pihak mahkamah mengikut Seksyen 171A Kanun Prosedur Jenayah.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Maziyah Mansor manakala Zubairi diwakili peguam, Mohd Shahrullah Khan Nawab Zadah Khan.
Dalam pertuduhan sebelum ini, Zubairi pernah didakwa atas 144 pertuduhan menerima wang RM389,390 yang membabitkan lapan individu.
Abd Razak Mohd Ali
Thu Nov 25 2021
![Terima suapan, pesara polis marin didenda RM100,000 Terima suapan, pesara polis marin didenda RM100,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71637829963_ZubairiAbdulMutal.jpg)
Pesara koperal polis marin, Zubairi Abdul Mutalib didenda RM100,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan pilihan menerima rasuah membabitkan jumlah suapan sebanyak RM20,700. - Foto BERNAMA
![Suami isteri maut kemalangan dua kenderaan di Lipis Suami isteri maut kemalangan dua kenderaan di Lipis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720161058_TBLOGOPDRM.jpg)
Suami isteri maut kemalangan dua kenderaan di Lipis
Sepasang suami isteri maut selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda.
![Basikal Raleigh Chopper Sultan Ibrahim tarikan pameran Raja Kita Basikal Raleigh Chopper Sultan Ibrahim tarikan pameran Raja Kita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721958539_PameranRajaKita.jpg)
Basikal Raleigh Chopper Sultan Ibrahim tarikan pameran Raja Kita
Basikal berkenaan merupakan antara koleksi peribadi Seri Paduka Baginda dan ia dibawa khas dari Johor.
![Muhammad Alif dituduh bunuh Nur Farah Kartini Muhammad Alif dituduh bunuh Nur Farah Kartini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721962521_Suspek.jpg)
Muhammad Alif dituduh bunuh Nur Farah Kartini
Tertuduh didakwa membunuh Nur Farah Kartini yang berusia 25 tahun dan merupakan graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
![Sebutan semula kes ibu bapa Zayn Rayyan pada 18 September Sebutan semula kes ibu bapa Zayn Rayyan pada 18 September](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721961900_ZaynRayyan.jpg)
Sebutan semula kes ibu bapa Zayn Rayyan pada 18 September
Hakim Syahliza Warnoh menetapkan tarikh itu bagi serahan laporan bedah siasat dan rakaman litar kamera tertutup (CCTV).
![Lapan kawasan rekod cuaca panas berjaga-jaga Lapan kawasan rekod cuaca panas berjaga-jaga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710599205_Cuacapanas.jpg)
Lapan kawasan rekod cuaca panas berjaga-jaga
Lapan kawasan di Semenanjung merekodkan cuaca panas Tahap 1 atau berjaga-jaga pada pagi Jumaat.
AWANI Ringkas: Suspek didakwa hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![UKM lancar perkhidmatan SIHAT @ UKM, tingkat kesihatan masyarakat UKM lancar perkhidmatan SIHAT @ UKM, tingkat kesihatan masyarakat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721903876_tbKPTUKM.jpg)
UKM lancar perkhidmatan SIHAT @ UKM, tingkat kesihatan masyarakat
Fakulti Sains Kesihatan (FSK) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melancarkan perkhidmatan baharu bagi meningkatkan tahap kesihatan masyarakat melalui program SIHAT @ UKM.
Rumusan terkini KDNK, inflasi & subsidi
Meneliti pertumbuhan KDNK Malaysia suku ke-2 2024 yang mengatasi jangkaan pasaran, impak inflasi terhadap ekonomi, dan dasar subsidi RON95. Analisis oleh Pakar Ekonomi, MIDF Research, Abdul Mui'zz Morhalim membincangkan mengenai prospek pertumbuhan ekonomi dan kemungkinan tindakan Bank Negara.
SEZ Indonesia: Pengecualian cukai rangsang pelaburan strategik
Indonesia akan menyediakan pengecualian cukai yang lebih lama serta manfaat fiskal dan bukan fiskal lain kepada pelabur di Zon Ekonomi Khas (SEZ) mereka, menurut seorang pegawai kanan kerajaan. Apakah aspek yang perlu dipertimbangkan dalam pengecualian cukai dan manfaat tambahan yang diperluaskan untuk pelabur di SEZ?
Kupasan lanjut bersama Ahli Ekonomi Kanan, Samuel Sekuritas Indonesia, Dr Fithra Faisal Hastiadi.
Kupasan lanjut bersama Ahli Ekonomi Kanan, Samuel Sekuritas Indonesia, Dr Fithra Faisal Hastiadi.
KDNK AS: Dijangka naik 2.8% pada ST2 2024, impak kadar faedah
Ekonomi Amerika Syarikat (AS) berkembang pada kadar tahunan dianggarkan 2.8 peratus pada suku kedua 2024, dua kali ganda dari suku pertama, kata Jabatan Perdagangan pada Khamis dalam bacaan awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tempoh berkenaan yang mengatasi ramalan Wall Street pada dua peratus.
!['Menteri bebas rasuah berdasarkan pemantauan pihak berkuasa' - Anwar jawab Syed Saddiq 'Menteri bebas rasuah berdasarkan pemantauan pihak berkuasa' - Anwar jawab Syed Saddiq](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51689658457_AnwarIbrahim.jpg)
'Menteri bebas rasuah berdasarkan pemantauan pihak berkuasa' - Anwar jawab Syed Saddiq
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman agar meneliti ucapannya berhubung barisan menteri Kabinet yang bersih daripada rasuah.
![Tuntutan palsu: SPRM tahan lima penjawat awam di Sabah Tuntutan palsu: SPRM tahan lima penjawat awam di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81688640632_SPRMMDBrasuah.jpg)
Tuntutan palsu: SPRM tahan lima penjawat awam di Sabah
Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
![Dakwaan bukan Islam paling ramai rasuah, Sanusi perlu mohon maaf - Anthony Dakwaan bukan Islam paling ramai rasuah, Sanusi perlu mohon maaf - Anthony](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41689150672_TBLOKESANUSI.jpg)
Dakwaan bukan Islam paling ramai rasuah, Sanusi perlu mohon maaf - Anthony
DAP mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Muhammad Sanusi yang mengaitkan masyarakat bukan Islam sebagai pemberi dan penerima rasuah terbanyak.
![Rasuah: Ramai terpalit, nak cari yang bersih cukup susah - PM Anwar Rasuah: Ramai terpalit, nak cari yang bersih cukup susah - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61688463170_TBAnwarIbrahim.jpg)
Rasuah: Ramai terpalit, nak cari yang bersih cukup susah - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertekad tidak akan mengizinkan amalan rasuah melibatkan barisan menteri Kabinet di bawah kepimpinannya.
![Jenayah rentas sempadan: Negara anggota FBINAA perlu ada set undang-undang seragam - Zahid Jenayah rentas sempadan: Negara anggota FBINAA perlu ada set undang-undang seragam - Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41685445776_TBzahid.jpg)
Jenayah rentas sempadan: Negara anggota FBINAA perlu ada set undang-undang seragam - Zahid
Kerjasama antara negara anggota mampu mengekang daripada membuka pintu untuk menyebarkan aktiviti haram, tegas TPM.
![Kes Jana Wibawa: SPRM sedang kesan 'Datuk Roy' Kes Jana Wibawa: SPRM sedang kesan 'Datuk Roy'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673360424_SPRMLogoSPRM.jpg)
Kes Jana Wibawa: SPRM sedang kesan 'Datuk Roy'
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi hari ini mengesahkan perkara itu.
![Seorang penguat kuasa ditahan SPRM terima suapan RM1,800 Seorang penguat kuasa ditahan SPRM terima suapan RM1,800](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71676360493_TahanremanKuching.jpg)
Seorang penguat kuasa ditahan SPRM terima suapan RM1,800
Pegawai penguat kuasa ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kerana disyaki menerima rasuah berjumlah kira-kira RM1,800.
![Rasuah: Langkah gergasi untuk sebuah transformasi Rasuah: Langkah gergasi untuk sebuah transformasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51675169898_SPRMGDL.jpg)
Rasuah: Langkah gergasi untuk sebuah transformasi
Keputusan skor Malaysia yang jatuh 1 mata daripada tahun 2021 menunjukkan skor persepsi rasuah amat dipengaruhi oleh beberapa perkara.
![Penjawat awam berdepan 16 pertuduhan terima rasuah RM45,000 Penjawat awam berdepan 16 pertuduhan terima rasuah RM45,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41674018752_menerimarasuah.jpg)
Penjawat awam berdepan 16 pertuduhan terima rasuah RM45,000
Seorang penjawat awam dihadapkan ke Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu di sini hari ini atas 16 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM45,000, pada tujuh dan enam tahun lalu.
![SPRM tahan lelaki terlibat kes penipuan bernilai RM730,000 SPRM tahan lelaki terlibat kes penipuan bernilai RM730,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71664268712_SPRM.jpg)
SPRM tahan lelaki terlibat kes penipuan bernilai RM730,000
Seorang lelaki ditahan SPRM Sabah dipercayai terlibat dengan satu penipuan bernilai RM730,000.