MELAKA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka menahan seorang Pengarah Bahagian Pengurusan Fasiliti di sebuah universiti awam selepas dipercayai menerima rasuah sebuah kereta bernilai lebih RM170,000.
Pengarahnya, Mohd Shahril Che Saad berkata, suapan itu diterima daripada syarikat kontraktor di Klang, Selangor sebagai dorongan untuk memperoleh tender terbuka bernilai lebih RM1.6 juta.
Katanya, suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu ditahan kira-kira pukul 3 petang tadi di pejabat SPRM Melaka di Alai selepas diminta hadir untuk memberi keterangan.
“Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Melaka pada petang ini telah menahan Pengarah Bahagian Pengurusan Fasiliti, Gred J52 di salah sebuah universiti awam ketika diminta hadir membantu siasatan.
“Suspek disyaki telah menerima sebuah kenderaan jenis Honda Accord yang dianggarkan bernilai RM174,500 daripada seorang pemilik syarikat kontraktor di Klang, Selangor sebagai dorongan untuk memperoleh tender terbuka bernilai RM1,654,350,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Tambah beliau, suspek akan dibawa ke Kompleks Mahkamah Ayer Keroh pada pagi Selasa bagi mendapatkan perintah tahanan reman.
Siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM 10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
Shuhada Abdul Kadir
Mon Sep 19 2022

Pengarah SPRM Melaka, Mohd Shahril Che Saad berkata, suapan itu diterima daripada syarikat kontraktor di Klang, Selangor sebagai dorongan untuk memperoleh tender terbuka bernilai lebih RM1.6 juta.
Agenda AWANI: Penubuhan Majlis Media Malaysia
Adakah penubuhan Majlis Media Malaysia dapat memastikan kebebasan media dalam konteks landskap politik yang semakin dinamik di Malaysia, antara mengimbangi keperluan untuk kawal selia dan risiko penapisan yang berlebihan dalam industri media? Diskusi 9 malam

Putera Mahkota Arab Saudi, Presiden Lubnan adakan perbincangan di Riyadh
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman mengadakan perbincangan rasmi dengan Presiden Lubnan Joseph Aoun di Riyadh pada Isnin malam.

Thailand terima 7 juta pelancong dua bulan pertama 2025
China kekal sebagai pasaran terbesar Thailand dengan 1.05 juta pelawat, diikuti Malaysia (879,864), dan Rusia (504,449).

Kadar zakat fitrah di Kedah RM7 dan RM14
Pengerusi LZNK Datuk Seri Norizan Khazali berkata kadar zakat fitrah yang ditetapkan adalah sebanyak RM7 dan RM14.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.

MWC 2025: EDOTCO komited percepat pelaksanaan 5G, luaskan ketersambungan luar bandar
Kumpulan EDOTCO terus memperkukuh komitmennya terhadap transformasi digital Malaysia dengan mempercepatkan pelaksanaan rangkaian 5G.

Ringgit ditutup sedikit tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik sedikit kepada 4.4635/4680 berbanding 4.4640/4680 ketika ditutup pada Isnin.
Sidang tergempar negara Arab bincang beberapa isu penting
Ia termasuk fasa kedua gencatan senjata Hamas-Israel, pembinaan semula Gaza, serta penubuhan sebuah negara Palestin yang berdaulat.
KWSP Kekal Kukuh dengan Strategi Pelaburan Seimbang
KWSP terus menunjukkan prestasi kukuh melalui strategi pelaburan seimbang, memastikan pulangan kompetitif kepada pencarum meskipun dalam keadaan pasaran yang tidak menentu.
[TERKINI] Ismail Sabri beri keterangan di SPRM esok - Azam Baki
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dirinya.

Tuntutan palsu: Enam penjawat awam direman
Enam penjawat awam wanita di sebuah jabatan kerajaan ditahan reman bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu membabitkan jumlah RM13,586.

SPRM tahan bekas CEO kemuka dokumen palsu
SPRM Melaka menahan seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkaitan anak syarikat kerajaan negeri Melaka hari ini bagi membantu siasatan membabitkan tuntutan palsu pelupusan kenderaan.

Salah guna kuasa, rasuah dalam kalangan penjawat awam di Melaka menurun
Antara pendekatan diambil ialah penganjuran Ikrar Bebas Rasuah dalam kalangan penjawat awam bagi meningkatkan tahap integriti.

Dua individu direman palsukan dokumen darjah kebesaran
Kedua-dua mereka dipercayai mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu.

Terima rasuah kereta, SPRM Melaka tahan pegawai kanan universiti awam
Suapan diterima daripada syarikat kontraktor sebagai dorongan untuk memperoleh tender terbuka bernilai lebih RM1.6 juta.

SPRM Melaka tahan bekas pengarah agensi kerajaan disyaki terima rasuah
Suspek berusia 55 tahun itu ditahan pada pukul 4.55 petang Khamis ketika hadir ke Pejabat SPRM Melaka.

Tiga anggota polis termasuk ketua balai ditahan SPRM
Kesemua suspek termasuk seorang Ketua Polis Balai (OCS) berusia 57 tahun ditahan lewat petang Selasa dalam serbuan di sebuah balai polis di Melaka.

Seleweng dana: ADUN Sungai Rambai ditahan SPRM, dihadap ke mahkamah esok
Mereka dikehendaki hadir di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh untuk dituduh pada Selasa.

Bekas pembantu tadbir seleweng wang biasiswa RM2.5 juta ditahan SPRM
SPRM Melaka mendapati suspek telah memasukkan wang biasiswa pelajar di sebuah sekolah agama milik kerajaan negeri ke akaun peribadinya.