Terengganu terus merekodkan peningkatan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) iaitu sebanyak 772 kes setakat Isnin (13 Ogos) sejak kes pertama mula dikesan pada 24 Jun lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Dr Alias Razak berkata ia meningkat 274.8 peratus berbanding 206 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas.
"Daripada 772 kes ini, daerah Kuala Terengganu mencatatkan kes tertinggi iaitu 200 kes diikuti Marang (124 kes), Dungun (108), Setiu (96), Kuala Nerus (88), Besut (72), Hulu Terengganu (52) dan Kemaman (32).
"Sepanjang tempoh itu juga, 15 wabak HFMD dilaporkan di Terengganu iaitu lima di Kuala Terengganu, Setiu (dua), Marang (empat), Kuala Nerus (dua) dan masing-masing satu di Hulu Terengganu dan Besut," katanya kepada Bernama hari ini.
Penyakit HFMD paling banyak dikesan di kalangan kanak-kanak berumur lingkungan satu hingga enam tahun iaitu 679 kes diikuti bawah umur setahun (64), tujuh hingga 12 tahun (27 kes) dan masing-masing satu untuk kategori umur 13 hingga 18 tahun dan 18 tahun ke atas.
Dr Alias berkata kes HFMD dikesan paling banyak berlaku di rumah persendirian iaitu 422 kes diikuti kanak-kanak yang tinggal di taska (128), rumah pengasuh (112 kes), tadika (41), prasekolah (24), sekolah rendah (24), Tadika PASTI (17), tabika (tiga) dan madrasah (satu).
"Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu telah melakukan pelbagai aktiviti untuk mencegah penyakit ini daripada terus merebak, termasuk melakukan pemeriksaan di premis seperti rumah kediaman, taska, tadika, tabika serta sekolah rendah dan setakat ini semua premis yang diarah tutup sebelum ini sudah pun beroperasi seperti biasa.
"Jabatan turut menjalankan aktiviti disinfeksi di premis-premis tersebut selain mengambil 20 sampel untuk dianalisis dan memberikan pendidikan kesihatan dengan mengedarkan risalah, ceramah dan nasihat kepada keluarga pesakit ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 16 2018
![Terengganu rekod 772 kes HFMD setakat 13 Ogos Terengganu rekod 772 kes HFMD setakat 13 Ogos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/41532611414_TBHFMD.jpg)
Kes HFMD di Terengganu dikesan paling banyak berlaku di rumah persendirian iaitu 422 kes. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Lebih 10,000 gagal hadir janji temu vaksin COVID-19 di Terengganu Lebih 10,000 gagal hadir janji temu vaksin COVID-19 di Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/71622540665_PusatVaksinasiDewa.jpg)
Lebih 10,000 gagal hadir janji temu vaksin COVID-19 di Terengganu
Lebih 10,000 individu yang mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19 di Terengganu didapati gagal menghadiri sesi janji temu vaksinasi setakat ini, kata Exco Kesihatan Negeri Dr Alias Razak.
![Rentas negeri punca peningkatan kes positif COVID-19 di Terengganu - Exco Rentas negeri punca peningkatan kes positif COVID-19 di Terengganu - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/71610274286_LPT.jpg)
Rentas negeri punca peningkatan kes positif COVID-19 di Terengganu - Exco
Perjalanan rentas negeri menjadi penyumbang peningkatan kes COVID-19 di Terengganu menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Dr Alias Razak.
![COVID-19: Terengganu batal penganjuran bazar Ramadan COVID-19: Terengganu batal penganjuran bazar Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/81585548971_Ramadan.jpg)
COVID-19: Terengganu batal penganjuran bazar Ramadan
Kerajaan Negeri Terengganu hari ini mengumumkan pembatalan penganjuran bazar Ramadan pada tahun ini bagi mengekang penularan jangkitan COVID-19.
![87 individu dikuarantin di Terengganu selepas disyaki dijangkiti wabak COVID-19 87 individu dikuarantin di Terengganu selepas disyaki dijangkiti wabak COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/81579387158_DrAliasRazak.jpg)
87 individu dikuarantin di Terengganu selepas disyaki dijangkiti wabak COVID-19
Seramai 87 individu dikuarantin di Hospital Hulu Terengganu selepas disyaki dijangkiti wabak COVID-19.
![Terengganu rekod 772 kes HFMD setakat 13 Ogos Terengganu rekod 772 kes HFMD setakat 13 Ogos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/41532611414_TBHFMD.jpg)
Terengganu rekod 772 kes HFMD setakat 13 Ogos
Terengganu terus merekodkan peningkatan penyakit HFMD iaitu sebanyak 772 kes setakat 13 Ogos sejak kes pertama dikesan pada 24 Jun.