DUNGUN: Sebuah kolej al-Quran bernilai RM370 juta akan dibina di Terengganu dalam merintis jalan ke arah mewujudkan sebuah hub pendidikan Islam terunggul negara.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata pembinaan Kolej Al-Quran Terengganu (KQT) di kawasan seluas 121 hektar di Durian Mentangau dekat sini, dijangka akan dimulakan tahun hadapan selepas semua urusan tender oleh pihak berkaitan selesai.
Beliau berkata kolej berkenaan dijangka mengambil masa dua tahun untuk disiapkan, dan mengikut perancangan, fasa pertama pengambilan akan melibatkan seramai 1,000 pelajar.
"Pembinaan kampus itu bertujuan mewujudkan kembali institusi pengajian tinggi (IPT) Islam milik kerajaan negeri sebagai ganti kepada Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) yang menjadi kebanggaan negeri suatu masa dahulu.
"Kita juga sedang dalam proses permohonan kepada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) untuk menaik taraf KQT kepada kolej universiti," katanya selepas Majlis Pecah Tanah Kampus Tetap KQT dan Bandar Baharu Lestari Durian Mentangau dekat sini, hari ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Datuk Satipul Bahri Mamat.
Difahamkan kolej berkenaan dijangka dapat menampung sehingga 3,000 pelajar setelah ia siap sepenuhnya kelak.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 27 2022
Ahmad Samsuri Mokhtar (dua, kanan) meninjau pelan projek Kampus Tetap Kolej Al-Quran Terengganu (KQT) dan Bandar Baharu Lestari Durian Mentangau pada Majlis Perasmian Majlis Pecah Tanah di Jalan Durian Mentangau hari ini. - Bernama
AWANI Ringkas: Jenayah AMLA | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tiada pergaduhan dalam cubaan tahan Yoon - Ketua Keselamatan Presiden Korea Selatan
Ketua Perkhidmatan Keselamatan Presiden Korea Selatan (PSS) menegaskan bahawa sebarang usaha untuk menahan Presiden yang didakwa, Yoon Suk Yeol tidak seharusnya mengakibatkan pergaduhan.
Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Lima lelaki termasuk warga asing ditahan, 12 kg heroin dirampas
Satu sindiket pengedaran dadah tumpas selepas polis memberkas lima lelaki termasuk seorang warga asing dalam dua serbuan di Seberang Perai Utara, antara 1 tengah hari semalam hingga 4 pagi tadi.
Dua penganggur didakwa edar, miliki dadah
Seorang lelaki tempatan dan seorang wanita warga Singapura didakwa di tiga Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar serta memiliki pelbagai jenis dadah pada Disember tahun lepas.
Peluang keemasan Malaysia pimpin visi komuniti ASEAN 2045
Datuk Prof Dr Mohd Faiz Abdullah berkata platform ASEAN perlu menggunakan untuk mendapatkan hasil yang produktif dan kemajuan dalam mendorong penyelesaian melibatkan isu-isu di rantau ini.
AWANI 7:45 [10/01/2025] - Aksi Gengster | Kononnya Melayu Islam | Proses jual tanah jadi mudah | Reman enam hari
Lima lelaki aksi gengster, tetak sekumpulan lelaki dalam restoran.
PM minta belia jangan peduli remeh temeh, tangani isu bebanan rakyat.
Kartel ada orang dalam, punca jual tanah berleluasa.
Empat individu termasuk tiga pengarah syarikat direman, palsukan dokumen geran tanah.
PM minta belia jangan peduli remeh temeh, tangani isu bebanan rakyat.
Kartel ada orang dalam, punca jual tanah berleluasa.
Empat individu termasuk tiga pengarah syarikat direman, palsukan dokumen geran tanah.
NRES di peringkat akhir penyediaan Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) kini berada di fasa akhir penyediaan Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara (RUUPIN) sebelum dibawa ke Parlimen dalam masa terdekat.
2,000 penduduk bakal mendapat manfaat daripada projek jalan URDA: Nanta Linggi
Lebih 2,000 penduduk di Perkampungan Baleh, Nanga Benin, Nanga Pelagus, dan Pelagus Resort bakal menerima manfaat apabila projek jalan baharu di kawasan tersebut siap pada April 2027.
Kolej Al-Quran Terengganu mula beroperasi Januari 2016
Kolej Al-Quran Terengganu akan memulakan operasinya dengan status institusi pendidikan tinggi swasta yang bertaraf kolej pada 1 Jan tahun depan.