KUALA TERENGGANU: Terengganu tergolong dalam lima negeri di Malaysia yang mencatat kadar pertumbuhan tahunan penduduk paling rendah iaitu sekitar 1.3 peratus.
Empat negeri lain ialah Melaka, Putrajaya, Wilayah Persekutuan Labuan dan Perlis.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata jumlah penduduk Terengganu pada 2020 ialah 1.15 juta orang, hanya mewakili tiga peratus daripada jumlah penduduk Malaysia seramai 32.4 juta orang.
"Terengganu mengalami fenomena kurang penduduk. Penurunan pertumbuhan tahunan penduduk antaranya didorong oleh penghijrahan masyarakat ke luar untuk aktiviti ekonomi.
"Bagaimanapun, dengan Pelan Induk Pembangunan Sejahtera 2030 (PITAS 2030) yang dilancarkan oleh kerajaan negeri, mungkin akan berlaku perubahan apabila lebih banyak peluang pekerjaan dapat disediakan di negeri ini pada masa depan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan taklimat Siri Jelajah Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN): Penemuan Utama Banci Malaysia 2020 Negeri Terengganu, di Wisma Darul Iman hari ini.
Selain itu, Mohd Uzir berkata kadar perbandaran Terengganu juga meningkat daripada 59.3 peratus pada 2010 kepada 64.2 peratus pada 2020.
Justeru, kerajaan negeri perlu memberi lebih perhatian kepada implikasi atau isu seperti kemiskinan bandar, peningkatan kos sara hidup rakyat dan penyediaan perkhidmatan bagi kesejahteraan penduduk.
"Sektor perkhidmatan merupakan penyumbang utama Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Terengganu iaitu sekitar 53 peratus.
"Daripada 131.6 juta pelancong domestik seluruh negara, 7.4 juta pelawat disumbangkan oleh negeri Terengganu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 22 2022

Mohd Uzir berkata kadar perbandaran Terengganu juga meningkat daripada 59.3 peratus pada 2010 kepada 64.2 peratus pada 2020. - Gambar/ Bernama

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Sesi persekolahan 2025/2026 di Kedah, Terengganu, Kelantan bermula hari ini
Sesi persekolahan 2025/2026 di semua sekolah di Kedah, Terengganu dan Kelantan bermula seperti dijadualkan hari ini.

Penipuan pinjaman peribadi: Pegawai institusi kewangan antara tujuh ditahan
Polis menahan tujuh individu termasuk seorang pegawai wanita sebuah institusi kewangan semalam kerana disyaki menipu untuk mendapatkan pembiayaan peribadi berjumlah RM1.325 juta.

Sifat tamak, ingin cepat kaya dorong peningkatan kes mangsa pelaburan - Polis
Keinginan untuk cepat kaya dikenal pasti menjadi pendorong kepada peningkatan bilangan mangsa jenayah komersial terutamanya membabitkan pelaburan tidak wujud di Terengganu.

Polis tahan bomoh muda cabul kanak-kanak
Polis menahan seorang bomoh lelaki selepas didakwa mencabul seorang kanak-kanak perempuan di daerah Kemaman pada 31 Januari lepas.

Fenomena air pasang dan ombak besar berakhir, PPS di Terengganu ditutup
PPS terakhir, iaitu Balai Raya JPKK Bandar Paka yang dibuka pada 12 Jan, ditutup kira-kira 8 malam ini.

Bomba Terengganu pantau 21 lokasi hakisan
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu menjalankan rondaan di 21 lokasi pantai tumpuan ramai yang kini diancam bahaya akibat hakisan.

Ubur-ubur api terdampar di Terengganu bukan dari perairan tempatan
Ubur-ubur api atau Portuguese Man of War yang terdampar di Terengganu mempunyai sengatan berbisa dan boleh mendatangkan kesan kecederaan teruk serta berbahaya.

Tiga pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor
Tiga pekerja sebuah restoran dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas bocor di premis berkenaan di sini hari ini.

Banjir di Terengganu dan Kelantan semakin pulih, satu PPS Baharu dibuka di Johor
Situasi banjir di Kelantan dan Terengganu semakin pulih dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) kian berkurangan.

Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Kelantan dan Terengganu hingga esok
Beberapa kawasan di Kelantan melibatkan Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai.