Kes baharu jangkitan HIV di Malaysia mencatatkan penurunan lebih 50 peratus dalam tempoh 11 tahun iaitu daripada 6,978 kes dilaporkan pada 2002 kepada 3,393 kes pada tahun lepas, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
Beliau berkata kes baharu jangkitan HIV dalam kalangan pengguna dadah yang menggunakan kaedah menyuntik iaitu golongan berisiko tinggi dijangkiti HIV yang sebelum ini mencatatkan jumlah tertinggi, turut mencatatkan penurunan secara konsisten.
"Ini adalah hasil program Pengurangan Kemudaratan (Program Pertukaran Jarum dan Alat Suntikan dan Terapi Gantian Metadon) yang dilancarkan secara bersama oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis AIDS Malaysia serta ahli gabungan pada 2006.
"Sejak program tersebut dilancarkan, jangkitan baharu HIV setiap tahun di kalangan pengguna dadah juga telah menurun daripada 53 peratus pada tahun 2006 kepada hanya 22 peratus tahun lepas - penurunan lebih separuh dalam tempoh masa yang amat singkat," katanya dalam ucapan pada perasmian mesyuarat dwitahunan kali ke-12 Majlis AIDS Malaysia di sini, hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman.
Dr Subramaniam berkata kerajaan yakin akan dapat mencapai Matlamat Pembangunan Milenium yang meletakkan sasaran membasmi 11 jangkitan baharu bagi setiap 100,000 penduduk menjelang tahun 2015.
Beliau menambah dalam meraikan pencapaian yang amat positif ini, Malaysia tidak seharusnya lupa akan situasi yang semakin serius yang membelenggu epidemik HIV di Malaysia iaitu peningkatan jangkitan HIV disebabkan transmisi seksual.
"Jangkitan seks telah menyumbangkan lebih 74 peratus kes baharu tahun lepas - satu peningkatan yang drastik berbanding hanya 32 peratus kes lima tahun sebelumnya," katanya.
Dr Subramaniam berkata seks dalam konteks HIV merupakan satu isu yang amat sensitif dan kompleks untuk ditangani, justeru beliau meminta pegawai kementerian berusaha dengan giat bagi mencari kaedah penyelesaian yang menyeluruh dalam membanteras jangkitan melalui seksual.
Antara yang akan dilaksanakan adalah penubuhan Jawatankuasa Bertindak bagi menangani transmisi seksual HIV, menggalakkan berkhatan dalam kalangan lelaki berikutan kaedah itu diakui berjaya menurunkan kadar jangkitan HIV sebanyak 64 peratus, katanya.
"Adalah diharapkan juga, mereka yang dijangkiti HIV bertindak secara jujur dan bertanggungjawab untuk tidak menularkan HIV kepada pasangan mereka," kata Dr Subramaniam.
Timbalan Pengarah Kawalan Penyakit (Penyakit Berjangkit) dan Ketua Sektor (AIDS/STI) Dr Sha'ari Ngadiman dalam sidang akhbar selepas majlis perasmian itu berkata pada tahun 80-an dan 90-an, 70 peratus daripada jangkitan HIV adalah melalui jarum suntikan penyalahgunaan dadah.
Namun kini sebahagian besar daripada jangkitan HIV adalah melalui hubungan seksual melibatkan pekerja seks, hubungan seks antara lelaki dan lelaki dan jangkitan melalui pasangan, katanya.
Jelas beliau, kumpulan umur yang mencatatkan peningkatan dalam kes jangkitan baharu ialah mereka yang berusia 13 hingga 29 tahun dan golongan berusia 50 tahun ke atas.
Faktor utama mendapat jangkitan adalah aktif melakukan seks dan tidak mengamalkan seks secara selamat, kata Sha'ari.
Bernama
Sat May 24 2014

Virus HIV - Gambar Hiasan

Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri
Muhammad Sufi Abdul Aziz, 36, menerima sumbangan itu daripada wakil Perdana Menteri, Pengarah Pejabat ICU Kedah Zaiton Yahya.
Sumbangan PMX: lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan PM
Seorang lelaki yang tular menjual daging salai bagi mengumpul dana untuk membiayai kos pembedahan memasang implan tempurung kepala, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyalurkan sumbangan RM15,000 kepadanya.

Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar
Perkara itu antara dibangkitkan pada kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota dan PM Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
-Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan
-Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
-Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam
-Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan
-Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
-Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam

Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Lee minta Perdana Menteri menyatakan inisiatif kerajaan dalam memperkasakan golongan muda yang berminat dalam pembelajaran berasaskan kemahiran

Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar
Selain usaha pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.

Johor komited bangunkan industri nanas
Kerajaan negeri akan terus memperkasa kegemilangan Johor sebagai pengeluar utama nanas di peringkat nasional dan antarabangsa.
![[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika [KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738841420_DonaldTrump.jpg)
[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika
Masalah kos sara hidup rakyat Amerika pasti meningkat dan ia mungkin diperburuk lagi oleh tarif tinggi yang dikenakan ke atas produk import.

Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala langkah bantu rakyat Gaza
Kedua-dua negara menekankan keperluan untuk langkah-langkah yang diselaraskan oleh negara-negara Islam untuk menyokong rakyat Gaza.

Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan
Bagaimanapun, Yusri berkata, ia bukan tugas mudah lebih-lebih lagi JDT baru sahaja mengecap kejayaan mara ke pusingan 16 ACLE.

Terapi Metadon dan Program Pertukaran Jarum bantu turunkan jangkitan HIV sehingga 50 peratus
Kes baharu jangkitan HIV di Malaysia mencatatkan penurunan lebih 50 peratus dalam tempoh 11 tahun iaitu daripada 6,978 kes dilaporkan pada 2002 kepada 3,393 kes pada tahun lepas.