KUALA LUMPUR: Seseorang pegawai dan anggota polis harus menerapkan sifat empati dan berperikemanusiaan dalam memberikan khidmat kepada masyarakat selain menguatkuatkuasakan undang-undang, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Nik Ezanee Mohd Faisal.
Beliau berkata konsep seperti humanizing the badge perlu ada dalam setiap pegawai dan anggota polis yang berkhidmat sebagai pasukan keselamatan negara.
"Saya menerapkan konsep sedemikian (menyantuni masyarakat) sewaktu saya menjawat jawatan sebagai Ketua Polis Daerah Petaling Jaya sebelum ini.
"Dengan cara ini, banyak kejayaan yang dilakarkan polis menerusi pelbagai maklumat (kes jenayah) yang diberi orang awam kepada polis antaranya rampasan dadah berkilo-kilo, bernilai jutaan ringgit, tangkapan operasi dan lain-lain lagi," katanya semasa menjadi tetamu program Ruang Bicara 'Kita Jaga Syawal' di Bernama TV, di sini, semalam.
Beliau berkata demikian semasa mengulas mengenai usaha polis untuk meningkatkan imej polis kepada masyarakat.
Nik Ezanee berkata apabila operasi dan kejayaan ini diperoleh, ia akan menaikkan imej polis dan mengembalikan keyakinan rakyat kepada pasukan itu.
"Dalam menjalankan tugas, sebagai polis kita perlu memiliki sifat kemanusiaan dan kebaikan yang boleh dibuat seperti menolong orang tua melintas jalan, tolong mengangkat barang dan tukar tayar kereta. Ia memang bukan tugas polis tetapi tidak ada salahnya kerana kita tambah nilai dengan berbuat kebaikan," katanya.
Dalam pada itu, Nik Ezanee menjelaskan pihak polis tidak pernah sesekali tersinggung dengan sebarang makian oleh sesetengah pihak.
"Saya mengakui diri ini tidak sempurna dan pihak polis telah bersumpah untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
"Kami tidak pernah menyerah diri daripada membaiki kelemahan. Kalau kami menyerah, maknanya kami tidak bertanggungjawab. Setiap kelemahan kami akan perbaiki dari semasa ke semasa.
"Kami tetap di sini membantu (malah) ada komen yang (dikatakan) polis tidak benarkan (rentas negeri) dan ada yang (dikenakan tindakan). Banyak kali telah diberitahu, kalau ada pelanggaran prosedur operasi standard, kami akan keluarkan kompaun," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 13 2021
![Terap sifat empati, perikemanusiaan beri khidmat kepada masyarakat - Nik Ezanee Terap sifat empati, perikemanusiaan beri khidmat kepada masyarakat - Nik Ezanee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51620869663_NikEzaneeMohdFais.jpg)
Nik Ezanee berkata apabila operasi dan kejayaan meningkatkan imej polis diperoleh, ia akan menaikkan imej polis dan mengembalikan keyakinan rakyat kepada pasukan itu. - Gambar fail BERNAMA
Sarawak tarik pelaburan RM4.2 bilion
Sarawak berjaya menarik RM4.2 bilion dalam pelaburan yang diluluskan pada suku pertama 2024, bahagian penting dalam Agenda Pertumbuhan Negara berikutan pelancaran Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.
RUU Perubatan (Pindaan) 2024 diluluskan
Rang Undang-Undang (RUU) Perubatan (Pindaan) 2024 bertujuan menambah baik peruntukan untuk melaksanakan proses kelulusan dan kepakaran pengamal perubatan, diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.
Kerjasama dengan Ericsson mampu angkat Malaysia - PM Anwar
Kerjasama dengan Ericsson mampu angkat Malaysia - PM Anwar
Suspek dibebaskan dengan jaminan polis
Seorang pekebun lelaki yang direman bagi membantu siasatan kes dua beradik maut akibat termakan keropok beracun minggu lalu, akan tamat pada Khamis dan tidak akan disambung semula.
Gara-gara mabuk, rakan serumah tikam lelaki 11 tikaman
Seorang lelaki cedera ditikam dengan 11 tikaman orang rakan serumahnya yang mabuk di Desa mentara, Sungai Way Petaling Jaya pada Rabu.
27 anjing mati disyaki diracun, JPV kesal tiada aduan awal
Kematian 27 anjing liar dalam tempoh tiga hari dipercayai diracun di sekitar kawasan sebuah pangsapuri di Tanjong Bungah, George Town awal bulan ini mungkin dilakukan pihak yang tidak berpuas hati dengan pertambahan populasi haiwan tersebut di situ.
Adik kepada Zayn Rayyan masih dalam jagaan sementara JKM
Adik kepada kanak-kanak autistik Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin masih dalam jagaan sementara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor.
Genap 10 tahun lalu, dunia masih menunggu keadilan untuk MH17
Tarikh 17 Julai, 2024, menandakan genap 10 tahun sejak tragedi melibatkan pesawat Malaysia Airlines MH17, yang telah mengorbankan 298 nyawa, dengan 42 daripadanya adalah rakyat Malaysia.
KPDN Kelantan rampas 744 kg gula pasir kasar
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan merampas sebanyak 744 kilogram (kg) gula pasir kasar di dalam dua buah kereta ketika cuba diseludup ke Thailand, semalam.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678788517_MahkamahUtama.jpg)
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
![Undang-undang kawal selia pengendali media sosial mampu cegah jenayah dalam talian - Pakar Undang-undang kawal selia pengendali media sosial mampu cegah jenayah dalam talian - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51719888848_mediasosial.jpg)
Undang-undang kawal selia pengendali media sosial mampu cegah jenayah dalam talian - Pakar
Kerajaan perlu bertegas dengan pengendali platform media sosial dan meletakkan mereka bersama-sama bertanggungjawab untuk menapis kandungan yang dimuat naik.
![Undang-undang perlu diperkemas untuk tangani jenayah scam dengan lebih berkesan - Raja Muda Kedah Undang-undang perlu diperkemas untuk tangani jenayah scam dengan lebih berkesan - Raja Muda Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719534361_SarafudinBadlishah.jpg)
Undang-undang perlu diperkemas untuk tangani jenayah scam dengan lebih berkesan - Raja Muda Kedah
Baginda bertitah hukuman dan denda yang lebih tinggi haruslah dikenakan agar jenayah itu dapat dibanteras.
![14,490 kes penipuan dalam talian direkodkan enam bulan pertama tahun ini - Kulasegaran 14,490 kes penipuan dalam talian direkodkan enam bulan pertama tahun ini - Kulasegaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719503464_MKulasegaran.jpg)
14,490 kes penipuan dalam talian direkodkan enam bulan pertama tahun ini - Kulasegaran
Sebanyak 14,490 kes penipuan dalam talian dengan jumlah kerugian melebihi RM581 juta direkodkan bagi tempoh Januari hingga 15 Jun lepas.
![Jepun gubal undang-undang sekat penjenayah seks daripada pekerjaan berkaitan kanak-kanak Jepun gubal undang-undang sekat penjenayah seks daripada pekerjaan berkaitan kanak-kanak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718805671_TBBOJjpg.jpg)
Jepun gubal undang-undang sekat penjenayah seks daripada pekerjaan berkaitan kanak-kanak
Sekolah, pusat jagaan harian dan tadika akan dikehendaki merujuk pemohon pekerjaan untuk semakan rekod kesalahan seks oleh Agensi Kanak-Kanak dan Keluarga.
![K-Colly tidak teragak-agak ambil tindakan undang-undang kepada pemfitnah K-Colly tidak teragak-agak ambil tindakan undang-undang kepada pemfitnah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718453344_KCollyPC.jpg)
K-Colly tidak teragak-agak ambil tindakan undang-undang kepada pemfitnah
K-Colly tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap dua individu yang telah memfitnah produk tersebut pada bulan lalu di laman sosial jika tiada sebarang permohonan maaf dibuat.
![Tiada istilah lindungi penjenayah - PM Anwar Tiada istilah lindungi penjenayah - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718295185_TBANWARUCAP.jpg)
Tiada istilah lindungi penjenayah - PM Anwar
Anwar tegaskan setiap tindakan harus diambil berdasarkan bukti serta fakta, dan bukan mengikut persepsi semata-mata.
![PM luang masa tonton filem Sheriff Narko Integriti PM luang masa tonton filem Sheriff Narko Integriti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718203078_TBANWARSHERIF.jpg)
PM luang masa tonton filem Sheriff Narko Integriti
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini meluangkan masa untuk menonton filem Sheriff Narko Integriti di sini.
![JSJK kesan trend iklan produk palsu salah guna imej individu terkenal JSJK kesan trend iklan produk palsu salah guna imej individu terkenal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61714719669_TBRamliMohamedYoosu.jpg)
JSJK kesan trend iklan produk palsu salah guna imej individu terkenal
Polis menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dalam melakukan pembelian barangan kesihatan menerusi internet.
![Jepun gubal undang-undang pindaan untuk penyingkiran segera kandungan fitnah dalam talian Jepun gubal undang-undang pindaan untuk penyingkiran segera kandungan fitnah dalam talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715343917_TechnologyGeneric.jpg)
Jepun gubal undang-undang pindaan untuk penyingkiran segera kandungan fitnah dalam talian
Undang-undang ini akan berkuat kuasa dalam masa setahun.