KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan telah mengarahkan Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) Angkatan Tentera Malaysia (ATM), untuk melihat kesahihan laporan sebuah portal antarabangsa, mengenai dakwaan ancaman kumpulan Tentera Diraja Sulu (RSA) untuk menyerang Sabah.
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, biarpun tahap kesahihannya belum dibuktikan, namun beliau tetap memandangnya sebagai perkara yang serius.
Jelas Ahli Parlimen Sembrong itu lagi, Panglima Medan Timur, Panglima Armada Timur dan Panglima Wilayah Udara Dua telah diarah untuk meningkatkan kesiapsiagaan paling tinggi di negeri berkenaan, terutama di Pantai Timur Sabah.
“Sebarang ancaman, sama ada boleh dipercayai atau tidak, mestilah disahkan secara bebas dan mesti dianggap serius. Saya ikuti kenyataan Ketua Polis Negara dan Komander ESSComm semalam, dan saya juga dah mengarahkan Bahagian Risik ATM untuk beri perhatian kepada laporan yang dibuat,” katanya lagi.
BACA: Tentera Sulu: Perjumpaan 19 'datuk bandar' berkaitan usaha jaga keselamatan - Polis
Hishammuddin berkata, buat masa ini, tiada perincian daripada laporan berkenaan yang memerlukan negara membuat tindakan paling drastik.
Selain itu, beliau berkata, rakyat Sabah diminta bertenang dan jangan bimbang, selain perlu melaporkan sebarang maklumat kepada pihak berkuasa dalam usaha mengelakkan insiden serangan di Lahad Datu pada 2013 berulang.
Baru-baru ini South China Morning Post melaporkan, RSA merancang operasi untuk menyerang Sabah selepas beberapa siri pertemuan rahsia antara 19 orang datuk bandar dari selatan Filipina.
“Seramai 19 datuk bandar telah bersetuju untuk merekrut sekurang-kurangnya 600 orang anggota bersenjata bagi melaksanakan misi tersebut.
“Kos peluru dan logistik yang dianggarkan sebanyak AS$10,000 telah ditanggung oleh pegawai tinggi kerajaan,” menurut laporan itu.
Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, beliau akan terus mengukuhkan hubungan diplomasi pertahanan yang erat dengan Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto dan Setiausaha Pertahanan Filipina, Delfin Lorenzana.
“Dalam perbincangan saya dengan mereka, kita bersetuju dalam bulan Januari ini, kita bertiga akan jumpa dan hidupkan semula Trilateral Indonesia-Malaysia-Filipina (TCA) yang sebelum ini tergendala akibat COVID-19.
“Saya ingatkan mereka, COVID -19 tak bermakna pengganas duduk diam diri. Jadi mereka bersetuju memikirkan cara menangani isu yang telah dilaporkan, dan juga untuk masa hadapan, dan kita akan memperkukuhkan hubungan trilateral antara Malaysia, Indonesia dan Filipina, khususnya untuk menangani ancaman di Laut Sulu,” katanya lagi.
Hishammuddin berkata, isu mengenai ancaman kumpulan RSA itu telah pun dimaklumkan dalam mesyuarat Kabinet awal hari ini.
Firdaus Azil
Fri Dec 10 2021

Hishammuddin berkata, beliau akan terus mengukuhkan hubungan diplomasi pertahanan yang erat dengan Menteri Pertahanan Indonesia dan Setiausaha Pertahanan Filipina. - Foto BERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Sembilan tahun berlalu, Dewan Rakyat beri penghormatan kepada wira insiden Lahad Datu
Dewan Rakyat pada Isnin memberikan penghormatan kepada semua wira-wira negara itu yang disuarakan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Tentera Sulu: Rakyat Sabah jangan gusar, buat kerja seperti biasa, nasihat Timbalan KPN
Tiada apa yang perlu digusarkan rakyat di Negeri Di Bawah Bayu itu berikutan laporan berkenaan tidak benar serta telah dimanipulasikan.

Tentera Sulu: Perjumpaan 19 'datuk bandar' berkaitan usaha jaga keselamatan - Polis
Perjumpaan 19 'datuk bandar' dari selatan Filipina baru-baru ini adalah berkaitan usaha menjaga keselamatan dan rancangan mempertahankan kawasan itu dari elemen yang menggugat keselamatan.

Polis sangkal laporan plot terbaharu tawan Sabah dari selatan Filipina
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah menafikan dakwaan berhubung 19 "datuk bandar" dari selatan Filipina terlibat dalam plot baharu untuk menawan negeri itu adalah tidak benar.

Kerajaan pandang serius laporan tentera Sulu rancang serang Sabah
South China Morning Post melaporkan RSA merancang operasi untuk menyerang Sabah selepas beberapa siri pertemuan rahsia antara 19 orang datuk bandar dari selatan Filipina.