Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim yakin kerajaan akan meneruskan keprihatinan terhadap keperluan Tentera Darat (TD) pada pembentangan Bajet 2018, Jumaat ini.
Ini katanya berdasarkan keperluan semasa yang menuntut pasukan itu dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amnya berada pada tahap kesiapsiagaan yang tinggi.
"Kalau kita lihat Menteri Pertahanan (Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein) memaklumkan hasrat supaya kerajaan menimbangkan dalam bajet (Bajet 2018) ini untuk meningkatkan sebahagian daripada keupayaan elemen-elemen Tentera Darat.
"Antara yang disebut Menteri Pertahanan ialah Grup Gerak Khas dilengkapkan dengan kelengkapan yang membolehkan mereka melaksanakan tugas dengan lebih berkesan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda di Pusat Latihan Asas Tentera Darat di sini, hari ini.
Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat Lt Jen Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd. Nawawi dan Panglima Medan Barat Lt Jen Datuk Azizan Md Delin.
Mengulas lanjut, Zulkiple berkata beliau melihat keutamaan perlu diberi kepada keperluan dalam menangani ancaman serantau dan juga dunia pada masa kini yang lebih menjurus kepada operasi-operasi tidak konvensional melibatkan kumpulan-kumpulan khusus yang mengancam keselamatan negara.
"Yang lebih penting bagi TD ialah kesiapsiagaan kami untuk digerakkan ke mana-mana untuk apa-apa keperluan dan juga operasi dan kita berdiri teguh sebagai tonggak pertahanan negara," katanya.
Terdahulu, Zulkiple memeriksa Perbarisan Kawalan Kehormatan bagi perbarisan tamat latihan Perajurit Muda Lelaki Siri 183/2017 dan Wanita Siri 43/2017.
Pada majlis itu, seramai 1,359 perajurit muda menamatkan latihan selama enam bulan yang bermula 8 April lalu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 21 2017
![Tentera Darat percaya kerajaan prihatin dalam Bajet 2018 Tentera Darat percaya kerajaan prihatin dalam Bajet 2018](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/51483800474_ZulkipleKassim.jpg)
Tan Sri Zulkiple Kassim yakin kerajaan akan meneruskan keprihatinan terhadap keperluan Tentera Darat (TD) pada pembentangan Bajet 2018.
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![Isu pekerjaan, kos sara hidup harapan generasi muda Isu pekerjaan, kos sara hidup harapan generasi muda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/71518060569_MRT.jpg)
Isu pekerjaan, kos sara hidup harapan generasi muda
Generasi muda mahu supaya isu peluang pekerjaan dan kos sara hidup menjadi antara intipati utama kerajaan pada pembentangan Bajet 2019, yang dijadualkan bulan depan.
![PIKOM gesa kerajaan tangani isu jejas pertumbuhan industri ICT PIKOM gesa kerajaan tangani isu jejas pertumbuhan industri ICT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/71460548286_internet.jpg)
PIKOM gesa kerajaan tangani isu jejas pertumbuhan industri ICT
Dengan kerajaan baru mengemudi negara, penekanan dan masa perlu diberikan untuk melaksanakan inisiatif bagi pertumbuhan industri serta menawarkan pelbagai faedah untuk sektor industri lain.
![Kaji semula Pangkor sebagai pulau bebas cukai - MB Perak Kaji semula Pangkor sebagai pulau bebas cukai - MB Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/81531497347_Pangkor.jpg)
Kaji semula Pangkor sebagai pulau bebas cukai - MB Perak
Cadangan untuk menjadikan Pulau Pangkor sebagai pulau bebas cukai perlu dikaji semula sebelum memutuskan sama ada ia akan dilaksanakan atau tidak.
![ADAM50: Tahniah! Bayi Nora Danish, Siti Nurhaliza bakal terima insentif RM200 ADAM50: Tahniah! Bayi Nora Danish, Siti Nurhaliza bakal terima insentif RM200](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/51519288906_adam.jpg)
ADAM50: Tahniah! Bayi Nora Danish, Siti Nurhaliza bakal terima insentif RM200
Lima artis popular tempatan bakal menerima RM200 di bawah skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50).
![Kad Diskaun Siswa: 3 perkara yang diinginkan mahasiswa Kad Diskaun Siswa: 3 perkara yang diinginkan mahasiswa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/41518690031_kadsiswa.jpg)
Kad Diskaun Siswa: 3 perkara yang diinginkan mahasiswa
Berikut tiga perkara yang diinginkan mahasiswa untuk penambahbaikan kad siswa, terutamanya jika kerajaan berhasrat untuk membuka permohonan kepada pelajar baharu.
![Hit #mythrowbaek2017 anda Hit #mythrowbaek2017 anda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/71454062105_KLCCNewYear.jpg)
Hit #mythrowbaek2017 anda
Sudah 60 tahun berlalu sejak laungan kemerdekaan -Merdeka- bergema di Dataran Merdeka, Melaka. Tahun 2017 merupakan tahun yang mencatatkan banyak pencapaian yang cemerlang. Apa #mythrowbaek2017 anda?
![Pemandu e-hailing boleh peroleh RM7,000 sebulan, tanpa enjin elektrik. Kenapa? Pemandu e-hailing boleh peroleh RM7,000 sebulan, tanpa enjin elektrik. Kenapa?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/71515671260_teksi.jpg)
Pemandu e-hailing boleh peroleh RM7,000 sebulan, tanpa enjin elektrik. Kenapa?
Pemandu teksi tiada pilihan kecuali memikirkan pendekatan lebih inovatif untuk kekal relevan dalam mendepani realiti masa depan.
![Pendidikan peringkat rendah dan menengah masa kini percuma - PM Najib Pendidikan peringkat rendah dan menengah masa kini percuma - PM Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/51506821535_Bajet.jpg)
Pendidikan peringkat rendah dan menengah masa kini percuma - PM Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kos pendidikan di peringkat rendah dan menengah bagi ibu bapa pada masa kini adalah percuma dengan kerajaan membelanjakan purata RM8,900 bagi setiap pelajar setahun.
![TVET mampu lonjak Malaysia setaraf Jerman TVET mampu lonjak Malaysia setaraf Jerman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-08/71503907913_DatukSeriDrSalleh.jpg)
TVET mampu lonjak Malaysia setaraf Jerman
Kerajaan mahu perkasa pembangunan modal insan Malaysia setaraf Jerman melalui TVET
![Pelaburan dilulus turun 26 peratus bagi sembilan bulan pertama Pelaburan dilulus turun 26 peratus bagi sembilan bulan pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/71513327992_KUALALUMPUR.jpg)
Pelaburan dilulus turun 26 peratus bagi sembilan bulan pertama
Malaysia merekodkan pelaburan dilulus bernilai RM113.5 bilion melibatkan sektor pembuatan, perkhidmatan dan sektor utama bagi tempoh 9 bulan pertama 2017.