KUALA TERENGGANU: Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu akan menutup sementara semua Taman Eko-Rimba, laluan pendakian termasuk aktiviti rekreasi dalam Hutan Simpan Kekal di negeri ini bermula 1 November nanti.
Penolong Pengarah Hutan Lipur Jabatan Perhutanan Negeri, Zaida Zakaria berkata, penutupan selama empat bulan itu perkara biasa dilakukan setiap tahun kerana musim tengkujuh dan risiko berlaku kepala air.
"Tengkujuh dan kepala air boleh mengancam keselamatan pengunjung, jadi semua kawasan ini ditutup buat sementara waktu kepada kunjungan orang ramai sehingga 28 Februari dan akan dibuka semula pada 1 Mac nanti.
“Sepanjang tempoh tersebut, semua aktiviti bagi tujuan rekreasi, trekking, pacuan empat roda dan sebagainya di dalam Hutan Simpanan Kekal adalah tidak dibenarkan,” katanya ketika ditemui pemberita pada Rabu.
Sementara itu menurut Zaida, Jabatan Perhutanan negeri akan meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan di semua kawasan yang ditutup bagi mengelak berlakunya sebarang pencerobohan.
Beliau berkata, sebelum ini pihaknya ada mengesan aktiviti pencerobohan ke Taman Eko-Rimba dan hutan simpanan kekal dan sekiranya ditangkap mereka boleh dikenakan kompaun serta tindakan undang-undang.
Jadi, saya harap orang ramai dapat mematuhi larangan ini bagi menjamin keselamatan diri dan keluarga masing-masing,” katanya.
Katanya, terdapat tujuh Taman Eko-Rimba di Terengganu yang sering menjadi tumpuan pengunjung iaitu Taman Eko-Rimba Air Menderu, Chemerong, Lata Belatan, Lata Payung, Lata Tembakah, Sekayu dan Bandar Bukit Bauk.
“Mengikut rekod, tujuh Taman Eko-Rimba ini mencatatkan seramai 47,792 pengunjung sepanjang tahun lepas dengan Sekayu merekodkan pengunjung paling ramai iaitu 20,702 orang diikuti Air Menderu dan Bandar Bukit Bauk,” katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Sep 29 2022

Taman Eko-Rimba Air Menderu antara kawasan yang akan ditutup ketika tengkujuh nanti. -Foto Sinar Harian
Kenderaan barangan dilarang guna jalan raya
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan penguatkuasaan Larangan Pemanduan ke atas Kenderaan Barangan sempena sambutan Aidilfitri selama empat hari.
Hamas sahkan adakan perbincangan dengan wakil Amerika Syarkat
Hamas mengesahkan beberapa mesyuarat telah diadakan antara kepimpinan dan Wakil Amerika Syarkat di Doha Qatar.
Konflik Sudan: Badan amal sediakan juadah berbuka
Badan amal menyediakan dan mengedarkan juadah Iftar semasa Ramadan, ketika rakyat negara itu sekali lagi menyambut Ramadan dalam peperangan.
Rancangan serang rumah ibadat direka jenayah terancang
Polis Australia memaklumkan rancangan serangan palsu di rumah ibadat komuniti yahudi di Sydney menggunakan karavan yang dipenuhi bahan letupan direka untuk mengalihkan tumpuan dan sumber penugasan pasukan polis
Jepun adakan lelongan pertama beras simpanan - Laporan
Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Jepun telah melelong 150,000 tan beras daripada simpanan negara dalam tender pertama yang bertujuan untuk memerangi kenaikan harga.
Lima cedera pesawat ringan terhempas, terbakar
Lima termasuk juruterbang dilaporkan cedera selepas sebuah pesawat ringan terhempas dan terbakar di tempat letak kereta sebuah komuniti persaraan berhampiran lapangan terbang kecil di pinggir Pennsylvania.

Penyelidik UTeM berjaya cipta kaki palsu cetakan 3D, lebih ringan, selesa
Sekumpulan penyelidik Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berjaya mencipta kaki palsu cetakan 3D yang mempunyai pelbagai ciri terkini berbanding produk kaki palsu konvensional di pasaran.

Pastikan kenderaan perdagangan selamat digunakan - Loke
Loke mengingatkan pengendali kenderaan perdagangan untuk menitikberatkan aspek keselamatan kenderaan masing-masing supaya tidak membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Laman X berdepan gangguan, gagal diakses
Downdetector melaporkan, bilangan laporan gangguan meningkat kepada lebih 40,000 selepas berkurangan pada petang Isnin.

9 orang dimasukkan ke hospital di Singapura akibat penggunaan modafinil, armodafinil
Sembilan individu dimasukkan ke hospital di Singapura dalam tempoh setahun sejak Februari 2024 akibat reaksi kulit serius selepas mengambil modafinil atau armodafinil.

Tengkujuh: Taman Eko-Rimba, hutan simpan ditutup sementara
Penutupan selama empat bulan itu perkara biasa dilakukan setiap tahun kerana musim tengkujuh dan risiko berlaku kepala air.

Treler bawa balak saiz 'luar biasa' dari Terengganu, bukan Pahang - JPNP
Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) menjelaskan, treler bersama muatan kayu balak itu difahamkan dalam perjalanan dari Terengganu menghala ke sebuah kilang kayu di Selangor.

Lesen 17 kilang papan dibatalkan
17 kilang papan yang tidak beroperasi melebihi dua tahun di Terengganu telah dibatalkan.

15 individu ditahan, balak bernilai RM3.5 juta dirampas - Jabatan Perhutanan Terengganu
Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu menahan lima belas individu serta merampas 24 jentera dan balak bernilai kira-kira RM3.5 juta dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.