SHAH ALAM: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mendahului senarai 104 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-77 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini.
Tengku Zafrul antara dua penerima dikurniakan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) yang membawa gelaran Datuk Seri.
Sementara itu, Mufti Selangor Datuk Dr Anhar Opir dikurniakan Darjah Kebesaran Datuk Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S.) yang membawa gelaran Datuk Setia.
Sepuluh penerima dikurniakan Darjah Kebesaran-Datuk Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S) yang membawa gelaran Datuk bagi ahli lelaki dan Datin Paduka bagi ahli wanita antaranya Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom dan Ireland Utara Datuk Zakri Jaafar dan Duta Besar Malaysia ke Jepun Shahril Effendi Abd Ghany.
Turut menerima Darjah Kebesaran D.P.M.S adalah Naib Canselor Universiti Putra Malaysia Profesor Datuk Dr Mohd Roslan Sulaiman, Penasihat Undang-Undang Selangor Datuk Salim Soib@ Hamid dan Hakim Mahkamah Tinggi Seremban Azizul Azmi Adnan.
Darjah Kebesaran Datuk-Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S) yang turut membawa gelaran Datuk bagi ahli lelaki dan Datin Paduka bagi ahli wanita, dikurniakan kepada 11 individu antaranya Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis, Pengarah Jabatan Perhutanan Selangor Datuk Ahmad Fadzil Abdul Majid dan Pengarah Urusan KDEB Waste Management Ramli Mohd Tahir.
Sultan Sharafuddin turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran-Setia Mahkota Selangor (S.M.S) kepada 19 penerima yang tidak membawa apa-apa gelaran antaranya Timbalan Panglima 10 Briged (PARA) Kolonel Khairul Anwar Soib, Pengarah Perancangan dan Pembangunan Markas Tentera Laut Kepten Jamsari Tahir dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor ACP Ahmad Jefferi Abdullah.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Selangor Nor Aziah Jaafar dan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Zalinah Said adalah antara 19 individu terpilih untuk dianugerahkan Darjah Kebesaran Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.I.S).
Sempena ulang tahun keputeraan itu juga, Johan Tilawah (Qariah) Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Antarabangsa (MTHQA) 2022 Sofizah Mousin dan Johan Tilawah (Qariah) MTHQA 2019 Nor Farhatul Fairuzah Panut termasuk antara 17 individu dikurniakan Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (A.M.S).
Sebanyak 15 individu dikurniakan Darjah Kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah (A.I.S) manakala tiga pemenang pingat emas Sukan SEA 2022 turut dikurniakan Bintang Kecemerlangan Sukan Selangor (B. K. S.) iaitu atlet karate R. Sharmendran dan C. Shahmalarani serta atlef golf Marcus Lim Pang Chuen.
Tujuh individu turut dikurniakan Bintang Perkhidmatan Cemerlang (B.P.C) sempena ulang tahun keputeraan baginda.
Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran serta Pingat tersebut dilaksanakan di Istana Alam Syah, Klang dekat sini sekitar 8 pagi hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 11 2022
Tengku Zafrul antara dua penerima dikurniakan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) yang membawa gelaran Datuk Seri.- Foto BERNAMA
Dakwaan rasuah: Adani Group hilang projek lapangan terbang, tenaga di Kenya
Adani Group dari India kehilangan projek pembesaran lapangan terbang dan tenaga di Kenya selepas pengasasnya, Gautam Adani didakwa di Amerika Syarikat.
Lelaki Myanmar mengaku bersalah korek mata
Warga Myanmar yang mengorek biji mata kiri seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Butterworth hari ini.
Rexy kecewa Wei Chong-Kai Wun terlepas tiket ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Katanya, gandingan di ranking ke-14 dunia itu mempunyai peluang cerah apabila sebelum ini berada dalam kumpulan lapan terbaik.
Pantau Belanjawan: Usaha Malaysia kekal kompetitif dalam ekonomi ASEAN
Menurut artikel Forbes bertajuk "Looking To Trade In Southeast Asia?", Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ASEAN sebagai platform perdagangan strategik dengan akses mudah ke 10 pasaran serantau. Ikuti perbincangan untuk menilai sejauh mana Malaysia benar-benar menonjol berbanding negara jiran seperti Indonesia dan Vietnam yang turut menjadi destinasi popular pelaburan langsung asing (FDI).
Pulau Pinang sambut ketibaan penerbangan terus pertama HK Express dari Hong Kong
Penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pukul 8.30 malam semalam.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Padah bakar bunga api, dua beradik didakwa di mahkamah
Dua beradik dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dan melakukan khianat membakar bunga api sehingga menyebabkan kebakaran di Dewan Arena Square Teluk Intan.
Tiada maklumat Jho Low berada di Myanmar - KPN
PDRM yakin kerjasama baik dengan rakan setugas di peringkat antarabangsa mampu merungkai pencarian ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Lawatan negara Anwar ke Pakistan raih potensi perdagangan RM2.65 bilion - Tengku Zafrul
Pakistan turut beri komitmen untuk tingkat import minyak kelapa sawit dari Malaysia dan import produk berasaskan kayu, baja, petrokimia.
UMNO perlu bersatu padu, jauhi sifat serang sesama sendiri
Tengku Zafrul berkata kritikan, jika perlu disampaikan, sebaiknya menerusi platform yang disediakan.
Kerjasama TNB, Siemens Energy pemangkin teroka teknologi guna hidrogen hijau - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul juga menyifatkan langkah itu selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Kebangsaan (NETR).
MC13 WTO: Malaysia kekal komited kepada rangkaian perdagangan global yang lebih saksama, mampan
Malaysia kekal komited kepada rangkaian perdagangan global yang lebih saksama dan mampan.
Dua misi ke Jepun bawa pulang hampir RM30 bilion - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata kedua-dua misi ke negara matahari terbit itu telah memperoleh potensi pelaburan berjumlah RM29.6 bilion dan RM2.8 bilion potensi eksport tahun ini.
Prestasi pelaburan Malaysia lebih baik - Tengku Zafrul
Bagi 2024, MITI sasar peningkatan pelaburan 5%, dengan menyasarkan destinasi pelaburan eksport baharu seperti Afrika dan Amerika Selatan.
Kerajaan umum cara mohon rebat RM2,400 bagi motosikal elektrik 8 Dis ini
Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik memberikan rebat sehingga RM2,400 kepada pembeli motosikal elektrik.
Kadar pelaburan direalisasikan cecah hampir 80 peratus - Tengku Zafrul
Bagi tempoh sama, jumlah pelaburan diluluskan bernilai RM753.9 bilion bagi sektor perkilangan dan perkhidmatan di bawah seliaan MIDA.
Tengku Zafrul teruja bakal terajui BAM
Tengku Zafrul berasa rendah diri diberi kepercayaan untuk menerajui Persatuan Badminton Malaysia sebagai presiden baharu mulai awal tahun depan.
MITI akan tubuh jawatankuasa percepat pelaksanaan komitmen FDI, DDI
Tengku Zafrul berkata, JTPPP akan melapor secara terus kepada Majlis Pelaburan Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri.