Bekas menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor didakwa semula, kali ini atas pertuduhan menerima rasuah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan berhubung tugas rasminya, dua tahun lalu, lapor Bernama hari ini.
Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Azman Ahmad membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim untuk melepas tanpa membebaskan Tengku Adnan, 68 tahun, daripada pertuduhan kedua di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan, yang dihadapinya pada 15 Nov lalu.
“Kami mendapati fakta dalam pertuduhan itu (pertuduhan pertama dan kedua) tidak berkaitan dan tidak sewajarnya dibicarakan bersama, bagaimanapun kami akan memfailkan semula pertuduhan kedua itu dan akan dibacakan semula sebagai pertuduhan berasingan yang baharu,” kata Julia.
Peguam Datuk Tan Hock Chuan yang mewakili Tengku Adnan tidak membantah permohonan itu namun memohon wang jaminan RM1 juta yang dikenakan terhadap anak guamnya bagi kedua-dua pertuduhan sebelum ini dikurangkan kepada RM500,000 dengan seorang penjamin.
Tan berkata ia bagi membolehkan Tengku Adnan yang juga Bendahari UMNO itu membayar wang jaminan terhadap pertuduhan yang akan difailkan semula oleh pihak pendakwaan tersebut.
Mahkamah membenarkan permohonan Tan dan mengurangkan wang jaminan daripada RM1 juta kepada RM500,000 namun mengekalkan syarat tambahan sama iaitu pasport antarabangsa dan pasport diplomatik tertuduh perlu diserahkan kepada mahkamah.
Selepas setengah jam prosiding itu selesai, mahkamah kemudiannya bersidang semula di mana pertuduhan kedua yang baharu dibacakan kepada Tengku Adnan dan dia mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu.
Mengikut pertuduhan itu, Tengku Adnan sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Wilayah Persekutuan didakwa telah menerima untuk diri sendiri suatu barang berharga dengan tiada balasan, iaitu wang berjumlah RM2 juta daripada Chai Kin Kong melalui cek Hong Leong Islamic Bank bernombor 136822 milik syarikat Aset Kayamas Sdn Bhd yang telah didepositkan ke dalam akaun CIMB Bank milik Tadmansori Holding Sdn Bhd no akaun 8001179747 yang di dalamnya beliau mempunyai kepentingan, yang diketahui bahawa syarikat Aset Kayamas Sdn Bhd ada perhubungan dengan kerja-kerja rasminya.
Tengku Adnan didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Berhad, Cawangan Pusat Bandar Damansara, Level 1, Lot A4, Block A, Pusat Bandar Damansara, Kuala Lumpur, pada 14 Jun 2016, mengikut seksyen 165 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Pertuduhan itu adalah sama dengan pertuduhan terdahulu yang dihadapi oleh Tengku Adnan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM500,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Jan 2019 untuk sebutan semula kes.
Terdahulu, mahkamah membenarkan permohonan Tengku Adnan untuk mendapatkan sementara pasportnya yang diserahkan kepada mahkamah bagi membolehkannya mendapatkan pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital di Melbourne, Australia.
Menurut Tan, Tengku Adnan mempunyai beberapa siri pemeriksaan kesihatan dan temu janji itu telah ditetapkan lebih awal iaitu sebelum tertuduh didakwa selain pakar yang akan merawat Tengku Adnan juga telah dinamakan.
Azman membenarkan pelepasan sementara pasport itu bermula hari ini dan memerintahkan tertuduh mengembalikan semula pasportnya kepada mahkamah pada 7 Jan 2019.
Tan turut memaklumkan pihaknya telah membuat permohonan untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi mengikut Seksyen 417 Kanun Prosedur Jenayah dan pendengaran bagi permohonan itu ditetapkan pada 14 Dis ini.
Pada 15 Nov lepas, Tengku Adnan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menerima rasuah dan satu pertuduhan pilihan menerima rasuah berjumlah RM1 juta, berhubung kelulusan permohonan sebuah syarikat untuk menaikkan ratio berkaitan pembangunan di Jalan Semarak Kuala Lumpur pada tahun 2013.
Bagi pertuduhan pertama, Tengku Adnan, yang juga Anggota Parlimen Putrajaya, 68, didakwa secara rasuah menerima bagi dirinya suatu suapan, iaitu wang berjumlah RM1 juta daripada Tan Eng Boon melalui cek Public Bank bernombor 300109 milik syarikat Pekan Nenas Industries Sdn Bhd yang telah didepositkan ke dalam akaun CIMB Bank no. akaun 14200008384058 miliknya.
Perbuatan itu dilakukan sebagai upah bagi dirinya kerana telah melakukan suatu perkara yang sebenar, iaitu meluluskan permohonan Nucleus Properties Sdn Bhd (sekarang dikenali sebagai Paragon City Development Sdn Bhd) untuk menaikkan ratio plot berkaitan dengan pembangunan Lot 228, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Tengku Adnan didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Berhad, Cawangan Pusat Dagangan Dunia Putra, Level 2, Podium Block, Pusat Dagangan Dunia Putra, Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur, pada 27 Dis 2013 mengikut perenggan 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (SPRM) [Akta 694] yang boleh dihukum di bawah subseksyen 24(1) Akta yang sama.
Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
Tengku Adnan juga didakwa terhadap pertuduhan pilihan di tempat dan tarikh yang sama iaitu sebagai seorang Menteri Wilayah Persekutuan, telah menerima untuk diri sendiri suatu barang berharga dengan tiada balasan, iaitu wang berjumlah RM1 juta daripada Tan melalui cek Public bank bernombor 300109 milik syarikat Pekan Nenas Industries Sdn Bhd yang telah didepositkan ke dalam akaun CIMB Bank no. akaun 14200008384058 miliknya, yang diketahui Tan sebagai seorang Pengarah di syarikat Nucleus Properties Sdn Bhd (sekarang dikenali sebagai Paragon City Development Sdn Bhd) ada perhubungan dengan kerja-kerja rasminya.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Astro Awani
Wed Dec 12 2018
![Tengku Adnan didakwa semula, terima rasuah RM2 juta Tengku Adnan didakwa semula, terima rasuah RM2 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/71544601595_TBTENGKUADNAN.jpg)
Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hadir di Mahkamah Sesyen hari ini. - Foto BERNAMA
![Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721021538_TBSHAMSUL.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
![PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024 PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710922383_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
[TERKINI] Speaker DUN Melaka tunggu surat rasmi Muhammad Jailani
DUN Melaka masih menunggu surat rasmi daripada Pas berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
![Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720789446_Wanitadihempapkay.jpg)
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
![90,000 kamera CCTV dipasang di Kabul, Afghanistan 90,000 kamera CCTV dipasang di Kabul, Afghanistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/51646029087_suasanadiKabulAf.jpg)
90,000 kamera CCTV dipasang di Kabul, Afghanistan
Kira-kira 90,000 kamera CCTV telah dipasang di kawasan sensitif, tempat sesak, dataran dan persimpangan jalan di Kabul.
![Tiada istilah lindungi penjenayah - PM Anwar Tiada istilah lindungi penjenayah - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718295185_TBANWARUCAP.jpg)
Tiada istilah lindungi penjenayah - PM Anwar
Anwar tegaskan setiap tindakan harus diambil berdasarkan bukti serta fakta, dan bukan mengikut persepsi semata-mata.
![Indonesia tahan buruan Thailand paling dikehendaki di Bali Indonesia tahan buruan Thailand paling dikehendaki di Bali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717246629_ChaowalitThongduang.jpg)
Indonesia tahan buruan Thailand paling dikehendaki di Bali
Chaowalit mempunyai rekod jenayah termasuk sabitan atas cubaan membunuh dan pemilikan senjata api secara haram.
![Ejen insurans didakwa atas kesalahan merompak dan mencederakan Ejen insurans didakwa atas kesalahan merompak dan mencederakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716291856_mahkamah.jpg)
Ejen insurans didakwa atas kesalahan merompak dan mencederakan
Tertuduh, Mohammad Hasbullah Mustafa Kamal, 33, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim, Hamidah Mohamed Deril.
![Pemandu teksi cedera disamun empat penjenayah menyamar sebagai penumpang Pemandu teksi cedera disamun empat penjenayah menyamar sebagai penumpang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713444999_teksi.jpg)
Pemandu teksi cedera disamun empat penjenayah menyamar sebagai penumpang
Teksi jenis Proton Iswara milik mangsa berusia 72 tahun itu, turut dilarikan kumpulan penyamun tersebut, selain dompet dan barangan peribadi lain.
![Anggota polis maut dipercayai dipukul Anggota polis maut dipercayai dipukul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71702454555_HusseinOmarKhan.jpg)
Anggota polis maut dipercayai dipukul
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata mangsa yang ditemukan sekitar 3 pagi tadi itu berkhidmat dengan Kontinjen Kuala Lumpur.
![Malaysia sita RM990 juta harta berkaitan jenayah dadah sejak 2019 - Saifuddin Nasution Malaysia sita RM990 juta harta berkaitan jenayah dadah sejak 2019 - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710470405_TBCPMKUMARSMUT.jpg)
Malaysia sita RM990 juta harta berkaitan jenayah dadah sejak 2019 - Saifuddin Nasution
Malaysia kekal teguh melaksanakan strategi berkesan untuk memerangi ancaman jenayah dadah melalui penguatkuasaan undang-undang yang ketat.
![Dilema 'Darkside': Masyarakat harus main peranan, bantu bendung maksiat siber Dilema 'Darkside': Masyarakat harus main peranan, bantu bendung maksiat siber](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709724867_SocialMedia.jpg)
Dilema 'Darkside': Masyarakat harus main peranan, bantu bendung maksiat siber
Sinergi yang baik daripada masyarakat untuk bersama membendung maksiat siber amat dituntut oleh JAKIM dan MCCA.
![Polis kesan empat lelaki dikehendaki bersabit jenayah di Kota Bharu Polis kesan empat lelaki dikehendaki bersabit jenayah di Kota Bharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709518440_lelakiKelantan.jpg)
Polis kesan empat lelaki dikehendaki bersabit jenayah di Kota Bharu
Mereka ialah Mohd Fared Abdul Ghani, Mohd Izani Ibrahim, Mohd Haziman Hikamarhakimi dan Wan Sharilazry Wan Mohd Sukry.
![Selangor rekod 588 kes jenayah kanak-kanak tahun lepas - Exco Selangor rekod 588 kes jenayah kanak-kanak tahun lepas - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703262443_AnfaalSaari.jpg)
Selangor rekod 588 kes jenayah kanak-kanak tahun lepas - Exco
Rekod berdasarkan laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu menunjukkan bahawa jenayah paling tinggi dicatatkan ialah merusuh, yang membabitkan 138 orang, dan curi seramai 112 orang.