KUALA LUMPUR: Tempoh sah lesen kenderaan perkhidmatan awam dan perdagangan kini dilanjutkan kepada antara tiga hingga lima tahun berbanding setahun dan dua tahun sebelum ini.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata langkah itu bertujuan meringankan beban yang dipikul oleh pemain-pemain industri pengangkutan akibat pandemik COVID-19.
"Semua pengendali berlesen bagi kenderaan perkhidmatan awam dan kenderaan perdagangan boleh memohon untuk mendapatkan kelulusan bagi tempoh sah lesen pengendali sehingga lima tahun sekiranya memenuhi kesemua syarat yang dikenakan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata antara syaratnya ialah mematuhi Piawaian Keselamatan, setiap kenderaan adalah berdaftar dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), dilengkapi dengan GPS, dan syarikat perlu memastikan tiada sebarang rekod saman sama ada daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang aktif bagi semua kenderaan syarikat.
Menurutnya syarikat juga perlu mengemukakan laporan audit tahunan terkini, mempunyai permit aktif dengan kenderaan dan memastikan semua dokumen yang diperlukan adalah lengkap.
Sekiranya syarat-syarat itu tidak dipenuhi, kelulusan bagi tempoh sah laku lesen pengendali hanya akan diberikan untuk tempoh tiga tahun, berbanding dengan kelulusan sebelum ini hanya diberikan bagi tempoh minimum selama setahun sahaja.
Tempoh sah laku lesen pengendali juga adalah tertakluk kepada syarat seperti tidak melebihi tempoh sah laku lesen Pengendalian Pelancongan dan Agensi Pengembaraan, tidak melebihi had usia kenderaan dan tidak melebihi tarikh sah laku lesen pengendali bagi proses memperbaharui permit kenderaan.
"Penetapan kriteria ini bertujuan untuk memastikan tahap keselamatan kenderaan dan tahap kualiti perkhidmatan yang tertinggi kepada pelanggan selain memastikan imej industri ini terjamin," katanya.
Beliau berharap perubahan dasar berkenaan dapat memberi kelegaan dan manfaat kepada para pemain industri.
"Kementerian Pengangkutan akan terus mendengar dan mendapatkan pandangan serta cadangan daripada pemain industri bagi menambah baik polisi berkaitan dari semasa ke semasa untuk kebaikan bersama," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 07 2021
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata langkah itu bertujuan meringankan beban yang dipikul oleh pemain-pemain industri pengangkutan akibat pandemik COVID-19. - Gambar fail
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Tempoh sah lesen kenderaan perkhidmatan awam dan perdagangan dilanjutkan
Tempoh sah lesen kenderaan perkhidmatan awam dan perdagangan kini dilanjutkan kepada antara tiga hingga lima tahun berbanding setahun dan dua tahun sebelum ini.