Ahli dan penganalisis politik menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mempertimbangkan cadangan mereka untuk memperkenalkan proses atau tempoh pengundian lebih singkat dan tempoh bertenang selama tiga hari.
Mereka mencadangkan agar SPR mendapat padangan yang menyeluruh sebelum ia dilaksanakan supaya berlaku adil kepada parti politik dan pengundi.
Naib Presiden PAS Salahudin Ayub tidak mahu pihak SPR tergesa-gesa dengan cadangan ini agar boleh mendapat maklumbalas dari semua parti politik.
"SPR tidak perlu tergesa-gesa kerana perlu mengambil kira pandangan semua parti politik. Mereka juga perlu mengambil kira keadaan dan situasi seperti keluasan tempat mengundi terutama sekali mereka yang tinggal di pedalaman seperti di Sabah dan Sarawak," kata Salahudin ketika dihubungi Astro AWANI.
Apabila ditanya tentang tempoh bertenang, beliau merasakan ia tidak adil untuk mengikut Indonesia yang mempunyai sistem yang sama.
"Di Indonesia, parti kerajaan dan pembangkang diberi ruang di media massa. Sebagai parti pembangkang kami merasa tempoh berkempen begitu terhad. Kita tidak dibenarkan untuk menggunakan media massa. Jadi cadangan ini tidak adil," katanya.
Ahli Parlimen Setiawangsa dari Barisan Nasional Datuk Ahmad Fauzi Zahari juga tidak bersetuju. Beliau berkata SPR perlu mengambil kira keadaan semasa seperti cuaca.
"Ambil contoh keadaan cuaca. Ia tidak boleh dikawal. Kalau hujan pada jam 12 tengah hari, mereka kemudian ada masa yang singkat untuk keluar rumah dan mengundi. Biarkan sahaja ia tamat pada jam 5 petang. Pengundi tidak perlu terburu-buru. Jangan hentikan hak mereka untuk keluar mengundi pada waktu petang," kata Ahmad Fauzi.
Beliau juga bersetuju dengan cadangan tempoh bertenang, tetapi berharap ia hanya dilakukan untuk satu hingga dua hari supaya boleh menenangkan keadaan," katanya.
Namun Ahmad Fauzi mencadangkan supaya hari penamaan calon dapat dimansuhkan.
"Hari penamaan calon inilah yang memberi ketegangan. Biar calon daftar nama dan terus berkempen seperti pemilihan UMNO. Tidak perlu ada hari khusus seperti hari penamaan calon. Ini yang sepatutnya dimansuhkan," tambah Ahmad Fauzi.
Penganalisis politik James Chin juga tidak setuju dengan kedua-dua cadangan.
"Ia cadangan yang tidak bijak. Kita sendiri tahu tentang budaya Malaysia dimana kita sering melakukan sesuatu pada saat-saat akhir. Jadi ini akan menghadkan mereka yang datang lambat. Tempoh mengundi sepatutnya tutup pada jam 6 petang bagi mereka yang datang lambat atau mengubah fikiran pada saat-saat akhir.
"Lagipun pilihan raya diadakan sekali dalam lima tahun. Mereka tidak dibenarkan mengundi hanya kerana mereka datang lamba?" tanya James Chin.
Beliau juga tidak setuju dengan cadangan tempoh bertenang kerana ia akan memberi sebarang kesan, malah akan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional.
"Ia tidak bagus untuk demokrasi," tambah beliau.
Penganalisis politik Sivamurugan Pandian bersetuju dengan cadangan SPR jika ia boleh meningkatkan sistem pengundian. Namun beliau berharap SPR mendapat maklum balas dari beberapa pihak.
"Ini bagi mengelakkan dari sebarang kritikan apabila ia dilaksanakan. SPR perlu berbincang bersama parti politik, ahli parlimen, dan juga orang awam. Dapatkan pandangan mereka jika ini boleh dilaksanakan," katanya.
Beliau juga bersetuju dengan tempoh bertenang yang dicadangkan supaya pengundi boleh membuat pilihan dengan tenang.
Pada Rabu, pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata suruhanjaya berkenaan sedia mengkaji dan memperkenal peraturan baharu itu jika terbukti dapat menjadikan sistem pilihan raya di Malaysia lebih efektif.
"Kedua-dua perkara ini adalah peraturan yang boleh dipinda tanpa perlu meminda (perkara-perkara berkaitan pilihan raya) seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Beliau berkata SPR yang mendapat penghormatan menjadi tetamu rakan setugasnya di Indonesia, Komisi Pemilihan Umum (KPU), memuji perjalanan pilihan raya umum di negara itu yang disifatkannya dilaksanakan dalam keadaan 'tertib dan hormat'.
Syafique Shuib
Thu Apr 10 2014
-Gambar fail
MCMC rakam percakapan ADUN Sungai Burong mengenai hantaran di Facebook
MCMC telah merakam percakapan ADUN Sungai Burong Dr Mohd Zamri Mohd Zainuldin pada 7 Jan lepas, berhubung suatu hantaran palsu mengenai Perdana Menteri.
Israel kenakan sekatan baharu ke atas liputan media
Israel mengenakan sekatan baharu terhadap media yang membuat liputan operasi serangan rejim zionis itu untuk mengelakkan kebocoran tindakan yang menyalahi undang-undang.
Bayi cedera digigit: Pemilik, pembantu taska ditahan
Polis menahan tiga wanita bagi membantu siasatan berhubung kes seorang bayi yang cedera dipercayai digigit.
UK akan perkenalkan sekatan baharu sasar dalang sindiket penyeludupan manusia
United Kingdom akan memperkenalkan undang-undang baharu bagi menyekat kemasukan pendatang asing tanpa izin dengan menyasarkan dalang penyeludupan manusia.
Kemiskinan tegar di Kelantan dinoktahkan, lebih 14,000 keluar kategori
Seramai 14,041 ketua isi rumah telah berjaya dikeluarkan daripada kategori miskin tegar di Kelantan tahun lalu.
[TERKINI] Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 akan dihasilkan semula - Tiong
Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 akan dihasilkan semula dengan lebih terpirinci untuk mempromosi setiap negeri secara sistematik dan dijangka siap dalam tempoh seminggu.
Indonesia nyata hasrat bantu Malaysia dalam Kepengerusian ASEAN - PM Anwar
Perdana Menteri berkata Indonesia telah menyatakan komitmen untuk membantu dan memberi kerjasama kepada Malaysia dalam Kepengerusian ASEAN tahun ini.
Wanita dipenjara tiga tahun miliki bahan berkaitan kumpulan Daish
Seorang bekas pegawai pemasaran dijatuhi hukuman penjara tiga tahun kerana memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daish.
Terbuka Malaysia: Tang Jie-Ee Wei mara ke suku akhir penuh bergaya
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Petronas Terbuka Malaysia 2025 dengan penuh bergaya.
[TERKINI] MCMC rakam keterangan ADUN Sungai Burong
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam percakapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong, Mohd Zamri Mohd Zainuldin berkaitan hantaran yang didapati palsu dalam platform Facebook mengenai Perdana Menteri.
DBKL peruntuk RM700,000 naik taraf jalan raya sekitar Setiawangsa
Anggota Parlimennya Datuk Ahmad Fauzi Zahari berkata ia dilaksanakan bagi menjamin keselamatan serta memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya.
Tempoh mengundi lebih singkat, ramai tidak setuju
SPR perlu mendapat pandangan yang menyeluruh sebelum ia dilaksanakan supaya berlaku adil kepada parti politik dan pengundi.