KUALA LUMPUR: Tempoh kuarantin wajib di Labuan bagi pengembara yang sudah lengkap divaksinasi dipendekkan kepada lima hari.
Bagaimanapun, semua kemasukan wajib menjalani ujian saringan Rt-PCR tiga hari sebelum melakukan perjalanan selain digalakkan lengkap dua dos vaksin.
Menurut kemas kini Majlis Keselamatan Negara (MKN) Labuan, peraturan itu berkuatkuasa mulai semalam (1 September).
‘’Kuarantin lima hari melibatkan penduduk asal Labuan yang menjalankan kuarantin di rumah dan warga luar Labuan yang menjalani kuarantin di hotel.
‘’Malah ia juga terpakai kepada penjawat awam yang menjalani kuarantin sama ada di rumah atau hotel,’’ katanya.
BACA: PPN: Labuan kini Fasa 4, Negeri Sembilan masuk Fasa 2
Bagaimanapun, MKN Labuan turut memaklumkan, ujian saringan RTK Antigen wajib dilakukan pada hari keempat kuarantin.
Manakala bagi tiga kategori tersebut yang belum mendapatkan vaksinasi lengkap wajib menjalani kuarantin 10 hari dan melakukan ujian RTK Antigen pada hari kelapan kuarantin.
Selain itu, kuarantin dikecualikan kepada mereka memasuki labuan menerusi Green Buble dan kurang daripada tempoh tiga hari atas urusan rasmi.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Labuan menjadi wilayah pertama yang memasuki Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Syafik Shukri Jalil
Thu Sep 02 2021
Kuarantin dikecualikan kepada mereka memasuki labuan menerusi Green Buble dan kurang daripada tempoh tiga hari atas urusan rasmi. - Gambar BERNAMA
Mesyuarat ASEAN jadi pemangkin promosi pelancongan di Port Dickson
Pemilihan Port Dickson sebagai satu daripada lokasi Mesyuarat ASEAN dijangka memberi impak besar kepada sektor pelancongan di daerah itu.
Kepengerusian ASEAN: Kementerian Perpaduan anjur pelbagai program perkukuh perpaduan serantau
Kementerian Perpaduan Negara akan menganjurkan pelbagai program bagi memperkukuh perpaduan serantau sepanjang tempoh Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025.
Amerika sekat waran tangkap ICJ buat Netanyahu
Dewan Perwakilan Amerika Syarikat pada Khamis secara majoritinya bersetuju untuk menyekat Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu serta bekas menteri pertahanannya atas jenayah perang di Gaza. Ia dilaksanakan dalam proses undian di Dewan Perwakilan yang menyaksikan sebanyak 243 berbalas 140 menyokong tindakan untuk membenarkan ICJ melaksanakan waran tangkap terhadap pemimpin rejim zionis berkenaan.
Romi, robot khas tangani depresi
Syarikat teknologi Amerika Syarikat, Nevada by Mixi Incorporation memperkenalkan rekaan robot yang berfungsi untuk menangani masalah kemurungan atau depresi. Robot yang dikenali sebagai Romi Lacatan itu mempunyai multi-fungsi yang dicipta khas dengan menggabungkan elemen dalam rumah memastikan ia berkomunikasi menggunakan empati serta berkomunikasi secara semula jadi.
China berhubung rapat dengan WHO
Jurucakap Kementerian Luar Negeri, Guo Jiakun, berkata, Kerajaan China memandang serius kesihatan rakyat dan warga asing di negara itu.
Sejarah dan budaya Itali diketengah Dolce&Gabbana di Paris
Jenama fesyen Itali, Dolce&Gabbana mengadakan pameran yang menampilkan 200 rekaan asli di Paris pada Jumaat.
Mahkamah AS henti perjanjian dengan dalang serangan 9/11
Mahkamah mengeluarkan perintah tangguh sementara, penggantungan prosiding secara peruntukan, yang menjadikan semua langkah berkaitan perjanjian itu jeda sehingga keputusan muktamad dicapai.
Kerajaan sedang teliti RUU digital tangani 'scam'
Kerajaan sedang meneliti cadangan untuk meminda rang undang-undang berkaitan kuasa digital bagi mengawal media sosial dalam menangani scam atau penipuan dalam talian.Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cadangan pindaan itu antara lain memasukkan syarikat telekomunikasi sebagai antara pihak yang bertanggunjawab untuk mengekang jenayah berkenaan dengan dikoordinasikan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
KPKM nafi dakwaan harga belian diturunkan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menafikan terdapat sebarang arahan atau keputusan berkaitan penurunan harga belian padi seperti didakwa Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah).
Empat PPS dibuka di Kota Tinggi
Empat pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Kota Tinggi Johor.
Tempoh kuarantin di Labuan dipendekkan kepada lima hari
Tempoh kuarantin wajib di Labuan bagi pengembara yang sudah lengkap divaksinasi dipendekkan kepada lima hari.
Kerajaan umum bantuan tambahan kepada penduduk Labuan
Empat kumpulan terjejas di Labuan akan menerima bantuan tambahan khusus bagi mereka yang terkesan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di wilayah itu.