PETALING JAYA: Tempoh kelulusan projek pembangunan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi syarikat perumahan akan dipendekkan kepada tempoh tertentu.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, perkara itu akan dibawanya dalam mesyuarat bersama Yang Dipertua Majlis Perbandaran serta Datuk Bandar minggu depan.
"Jadi saya kata bagaimana nak cepat (projek perumahan), dia (pemaju) kata kelulusan satu tahun, kos pegangan tinggi, menteri mahu harga diturunkan.
"Maka dalam mesyuarat minggu depan saya panggil semua YDP Majlis Perbandaran, Datuk Bandar dan saya beri arahan untuk perubahan rakyat," jelasnya.
Ujarnya, langkah itu dijangka mengurangkan bebanan yang terpaksa ditanggung syarikat perumahan ekoran tempoh kelulusan yang lama sebelum ini.
Mengulas lanjut, jelas Anwar, beliau menyedari isu perumahan menjadi masalah utama rakyat di negara ini.
"Perumahan awam adalah masalah utama, terlalu ramai rakyat kita tidak berdaya dalam erti kata tiada kapasiti kewangan untuk dapat memiliki atau menyewa rumah yang baik.
"Terdapat cabaran, salah satu masalah utama yang perlu dilakukan oleh jentera kerajaan untuk mempercepatkan proses kelulusan ini adalah cabaran kepada Nga Kor Ming (Menteri KPKT).
"Beliau lebih dinamik dan lebih muda, dia perlu lebih baik daripada apa yang saya lakukan pada tahun 90-an. Apabila ia selesai, kos boleh diturunkan dan perkhidmatan yang lebih baik untuk rakyat," jelasnya lagi.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Makan malam sempena 50 tahun Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) di Petaling Jaya pada Rabu.
Fareez Azman
Wed Mar 15 2023
![Tempoh kelulusan projek pembangunan bagi syarikat pemaju akan dipendekkan - PM Tempoh kelulusan projek pembangunan bagi syarikat pemaju akan dipendekkan - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61677765167_anwar.jpg)
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau akan membawa isu itu dalam mesyuarat bersama Yang Dipertua Majlis Perbandaran serta Datuk Bandar dalam satu mesyuarat minggu depan. -Gambar BERNAMA
![BNM terbit kertas perbincangan cadangan dasar strategi literasi kewangan kebangsaan 2026-2030 BNM terbit kertas perbincangan cadangan dasar strategi literasi kewangan kebangsaan 2026-2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732100394_BankNegaraMalaysia.jpg)
BNM terbit kertas perbincangan cadangan dasar strategi literasi kewangan kebangsaan 2026-2030
BNM melalui Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) menerbitkan kertas perbincangan yang menggariskan cadangan dasar bagi Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan (NSFL) kedua (2026 - 2030).
PTPK sasar RM 450 juta kutipan pinjaman balik
Kementerian Sumber Manusia memperuntukan dana pinjaman rm 500 juta buat perbadanan tabung pembangunan kemahiran (ptpk) dijangka manfaatkan seramai 20,000 peminjam
MyGAS 2025 fokus atasi cabaran pembiayaan gas asli
Simposium Gas Malaysia (MyGAS 2025) edisi keempat membuka pentas perbincangan mengenai cabaran pembiayaan industri gas sambil memastikan usaha peralihan tenaga bersih mampu dicapai.
Ancaman gajah: Penduduk hidup dalam kebimbangan
Penduduk beberapa kampung di Hulu Terengganu hidup dalam kebimbangan susulan serangan gajah yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.
![Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701417872_MONEYCHANGE.jpg)
Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual
Pada 6 petang, ringgit naik 145 mata peratusan kepada 4.4535/4600 berbanding dolar AS daripada 4.4680/4725 ketika ditutup pada Rabu.
Muhyiddin saran kerajaan wujudkan kertas putih industri padi, beras
Kerajaan disaran mewujudkan kertas putih industri padi dan beras negara bagi memastikan bekalan putih tempatan mencukupi di pasaran.
Wanita maut bersama empat anak, hamil lima bulan
Wanita yang maut dalam kebakaran bersama empat lagi anaknya di Kampung Berangan Enam, Umbai, Jasin, sedang hamil lima bulan.
![1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi 1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729756465_TanSriAzamBaki.jpg)
1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.
Dialog Tiga Penjuru: CPI: Kita boleh jadi top ‘25’
Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2024 Malaysia kekal dengan skor 50 pada kedudukan ke-57.
Sejauh mana skor CPI 2024 beri kesan kepada sasaran Kerajaan untuk mencapai tangga ke-25 CPI menjelang 2033?
Apakah isu-isu utama yang harus diberi perhatian dengan segera untuk pastikan skor CPI kembali meningkat?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Sejauh mana skor CPI 2024 beri kesan kepada sasaran Kerajaan untuk mencapai tangga ke-25 CPI menjelang 2033?
Apakah isu-isu utama yang harus diberi perhatian dengan segera untuk pastikan skor CPI kembali meningkat?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
![KWAP catat pendapatan bersih tertinggi sebanyak RM12.9 bln pada 2024 KWAP catat pendapatan bersih tertinggi sebanyak RM12.9 bln pada 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51698383331_KWAP.jpg)
KWAP catat pendapatan bersih tertinggi sebanyak RM12.9 bln pada 2024
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) merekodkan pendapatan bersih tertinggi, mencecah rekod sebanyak RM12.9 bilion pada 2024 dengan pulangan keseluruhan 12.0 peratus.
![Tempoh kelulusan projek pembangunan bagi syarikat pemaju akan dipendekkan - PM Tempoh kelulusan projek pembangunan bagi syarikat pemaju akan dipendekkan - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61677765167_anwar.jpg)
Tempoh kelulusan projek pembangunan bagi syarikat pemaju akan dipendekkan - PM
Tempoh kelulusan projek pembangunan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi syarikat perumahan akan dipendekkan dalam tempoh tertentu.