KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memaklumkan bahawa tempoh pengurangan kadar kompaun saman sebanyak 80 peratus telah dilanjutkan.

Pemakluman itu yang dibuat menerusi akaun Facebook rasmi JPJ lewat malam tadi menerima sambutan baik daripada pengguna platform sosial media tersebut.

Jelas JPJ, sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia, tempoh pengurangan kadar kompaun saman sebanyak 80 peratus kini dilanjutkan sehingga 15 Disember 2021.

Pembayaran tanpa tunai atau ‘cashless’ adalah digalakkan.

Tambahnya, pembayaran boleh dibuat di semua kaunter JPJ negeri, cawangan atau di Pusat Transformasi Bandar (UTC) seluruh negara.

 
Sumber Facebook jabatanpengangkutanjalanmalaysia