KAJANG: Tatkala sebahagian besar tumpuan diberikan kepada isu kesihatan dan ekonomi rakyat yang terjejas teruk akibat penularan COVID-19, ada segelintir kumpulan dalam masyarakat yang sebenarnya amat memerlukan perhatian, namun atas faktor-faktor tertentu mereka ini terpinggir.
Antaranya ialah kelompok pesakit yang sedang mengikuti Rawatan Terapi Gantian (RTG) metadon, iaitu rawatan bagi memulihkan mereka daripada ketagihan dadah, khususnya jenis opiat seperti heroin.
Isu itu dibangkitkan oleh pengamal perubatan Dr Mohd Khafidz Mohd Ishak yang memberitahu Bernama bahawa sepanjang penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kedatangan pesakit dadah di tiga klinik beliau termasuk dua, iaitu di Kajang, Selangor dan Kampung Baru di sini yang menyertai program di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) itu, susut lebih 50 peratus.
Menurut beliau, faktor utama pesakit gagal datang ke klinik bagi mengambil metadon ialah rasa takut disebabkan banyak sekatan jalan raya, selain rondaan yang dilakukan oleh pihak polis dan tentera sepanjang PKP.
"Penagih takut polis sebab ujian air kencing mereka positif dan keduanya, pesakit ini biasanya tidak mempunyai lesen memandu ataupun cukai jalan sudah mati. Bagi mereka, daripada ditangkap polis lebih baik hisap dadah," jelas Dr Mohd Khafidz yang berpengalaman 21 tahun dalam merawat penagih dadah.
Beliau yang percaya senario serupa turut berlaku di klinik lain, baik swasta mahupun kerajaan, yakin majoriti pesakit terbabit sudah kembali terbabit dalam najis dadah kerana pengambilan metadon perlu dilakukan setiap hari.
METADON TANGANI GIAN
Menyifatkan tempoh PKP dan PKP Diperketatkan (PKPD) sebagai amat mencabar dalam kerjayanya, Dr Mohd Khafidz berkata permasalahan itu amat menggusarkan kerana pesakit yang berhenti mengambil metadon akan mengalami kesukaran untuk kembali meneruskan rawatan.
"Biasanya akan ambil masa tiga hingga empat bulan untuk 'memujuk' pesakit dadah ini mematuhi masa rawatan dan nasihat doktor," katanya dan menjelaskan pesakit yang belum stabil perlu mengambil metadon setiap hari mengikut dos yang tepat di bawah pengawasan doktor.
Menurut beliau, pengambilan metadon dalam dos yang tepat dapat menghilangkan rasa gian terhadap dadah selama 38 jam, sekali gus membolehkan individu berkenaan bekerja dan hidup bermasyarakat.
"Kerana itulah rawatan metadon ini tidak boleh terputus, sebab apabila tidak stabil mereka akan cari dadah balik untuk hilangkan gian tersebut. Ini yang membuatkan saya kecewa dan terkilan dengan apa yang berlaku," katanya, menambah seseorang penagih biasanya mengalami gian terhadap dadah setiap dua jam.
Dr Mohd Khafidz berkata lebih membimbangkan apabila pesakit mengambil apa sahaja dadah yang ada demi menghilangkan gian termasuk dadah sintetik seperti syabu kerana ketagihan dadah sintetik amat sukar dipulihkan berikutan belum ada rawatan khusus ditemukan.
Pada masa sama katanya dadah juga begitu mudah diperoleh semasa PKP termasuk dihantar ke rumah.
Hal ini ada kebenarannya kerana media sebelum ini melaporkan tentang sindiket pengedaran dadah dikesan beralih kepada perkhidmatan kurier serta e-hailing ketika pelaksanaan PKP, PKP Bersyarat serta PKP Pemulihan sejak tahun lepas.
Menjelaskan bahawa kebanyakan pesakit terbabit menunjukkan rekod yang baik dari segi pemulihan, Dr Mohd Khafidz yang juga Presiden Persatuan Insaf Murni Malaysia (IMAM), berkata pihaknya turut mengesan ada pesakit yang rata-ratanya daripada kumpulan B40, tidak meneruskan RTG metadon kerana faktor kewangan selepas mereka diberhentikan kerja semasa PKP.
Lebih menyedihkan katanya ada yang diberhentikan kerja atas alasan mempunyai rekod pemulihan penagihan dadah.
Menurut beliau, keadaan itu amat memberi kesan terhadap tahap keyakinan diri golongan berkenaan yang sebenarnya sedang berusaha untuk berubah.
"Masalah dibuang kerja, isu keluarga, hilang sistem sokongan disebabkan kehilangan ibu, ayah atau adik-beradik gara-gara COVID-19, membuatkan mereka murung, takut, gelisah kerana hilangnya tempat bergantung harap dan sumber pendapatan.
"Apabila mereka tertekan dan tidak pula (dapat) berjumpa doktor untuk konsultasi psikologi ketika rawatan metadon, akhirnya membuatkan golongan ini mudah untuk kembali terjebak dalam penagihan dadah," katanya.
Ditanya sebab pesakit dadah terbabit tidak meneruskan rawatan di klinik kerajaan yang tidak mengenakan sebarang caj, beliau berkata kesesakan di fasiliti kerajaan menyebabkan ramai pesakit memilih menjalani rawatan itu di klinik swasta selain waktu yang lebih fleksibel, sekali gus memudahkan mereka mengatur masa rawatan.
Jelas beliau, kerajaan membenarkan klinik swasta yang terlibat dalam program metadon di bawah KKM itu mengenakan caj pengurusan RM5 hingga RM15 bagi setiap pesakit.
"Metadon itu sebenarnya percuma (kerana dibekalkan oleh kerajaan), tetapi disebabkan kami pengamal perubatan swasta maka kerajaan benarkan kami kenakan caj pengurusan mengikut kadar yang ditetapkan.
"Bagaimanapun program ini juga ada yang khusus untuk klinik swasta, iaitu bekalan metadon kami beli sendiri dan tidak menerima subsidi daripada kerajaan. Dalam hal ini, kami akan kenakan caj mengikut kadar yang ditetapkan oleh klinik itu sendiri berdasarkan dos yang diberikan," jelasnya.
Menurut Dr Mohd Khafidz, program metadon KKM juga menetapkan kuota untuk klinik swasta iaitu hanya 100 pesakit.
TEMPOH PULIH, KEBIMBANGAN
Beliau berkata pengambilan metadon tersebut harus dilakukan secara berterusan selama dua hingga tiga tahun bagi menstabilkan pemikiran pesakit dan selepas itu, sekiranya pesakit telah bersedia, dos yang diberikan akan dikurangkan secara beransur-ansur.
"Kalau dia tidak bersedia, kita sambung lagi hingga tahun keempat. Sekiranya tahun keempat dia masih tidak bersedia, kita sambung tahun kelima. Selagi pesakit tidak bersedia untuk berhenti, kita jangan hentikan," katanya, menambah pada masa sama pesakit perlu menjalani kaunseling dan mengubah cara hidup selain mendalami ajaran agama bagi meningkatkan keyakinan diri.
"Di sini (kliniknya), ada 30 peratus pesakit telah berjaya berhenti metadon selepas pengambilan selama tiga hingga empat tahun. Bila dia bersedia untuk berhenti, kita kurangkan dos sehingga dia berhenti (sepenuhnya) dalam tempoh enam bulan. Selepas enam bulan dia okey," tambah beliau.
Dr Mohd Khafidz turut menegaskan isu pesakit RTG metadon kembali menagih dadah tidak boleh dipandang remeh kerana kebanyakan mereka adalah dalam kumpulan tenaga kerja produktif, iaitu berusia 22 hingga 55 tahun.
Selain itu, mereka yang kembali terbabit dalam penyalahgunaan dadah berisiko tinggi dijangkiti HIV/ AIDS serta hepatitis B dan C akibat berkongsi jarum suntikan kerana jarum itu sukar diperoleh, katanya, menambah risiko mereka dijangkiti HIV/AIDS dan hepatitis C masing-masing ialah 70 peratus dan 90 peratus.
Katanya berdasarkan pengalaman beliau, pesakit dadah juga tidak mengutamakan aspek kebersihan diri khususnya dari segi pencegahan COVID-19 kerana menganggap diri sudah dipinggirkan oleh masyarakat.
"Ini yang kita bimbang kerana penagih tidak duduk diam di rumah dan mereka akan melakukan pelbagai kerja untuk dapatkan duit beli dadah. Contohnya ambil upah potong rumput atau kutip tin, botol minuman, sekali gus berisiko dijangkiti COVID-19 dan menyebarkan virus itu kepada orang lain," katanya.
PERMUDAHKAN RAWATAN PEMULIHAN
Mengambil kira situasi semasa, Dr Mohd Khafidz berpandangan rawatan pemulihan dadah untuk golongan tersebut perlu dipermudahkan sepanjang tempoh pandemik ini termasuk membenarkan pesakit membawa pulang bekalan metadon agar mereka tidak perlu ke klinik setiap hari.
Golongan ini juga perlu diutamakan untuk mendapat pekerjaan bagi membolehkan mereka kembali ke pangkuan masyarakat dan membina kehidupan bersama keluarga, katanya.
"Jangan lihat pesakit dadah sebagai seorang manusia yang tidak ada moral atau bermasalah. Jangan pinggirkan mereka. Mereka juga boleh pulih sepenuhnya daripada ketagihan dadah dengan rawatan dan penerimaan masyarakat.
"Tanpa sokongan masyarakat, mereka akan kembali semula kepada rakan dadah lain kerana berasakan diri tidak dihargai," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 28 2021

Rawatan Terapi Gantian (RTG) metadon, iaitu rawatan bagi memulihkan mereka daripada ketagihan dadah, khususnya jenis opiat seperti heroin.
Wajib dapatkan permit langkah tepat jamin keselamatan ruang udara negara
Tindakan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang mewajibkan semua pengendali dron di negara ini untuk mendapatkan permit sebelum menerbangkan dron mereka merupakan tindakan tepat dalam memastikan keselamatan ruang udara negara terjamin.
MAVCOM: Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sekali lagi menegaskan bahawa penumpang syarikat penerbangan mempunyai pilihan untuk mendapatkan kembali bayaran tiket mereka sekiranya penerbangan mereka terlewat lebih lima jam.
Pendigitalan kesihatan: KKM cadang perluas EMR ke 16 hospital, 300 klinik kesihatan tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperluaskan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) ke 16 hospital dan 300 klinik kesihatan tahun ini.

Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak
Harga tanah berhampiran lokasi itu berpotensi melonjak daripada 20 hingga 30 peratus.
Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.

hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam
hMPV tidak mempunyai tahap jangkitan dan penyebaran tanpa gejala yang tinggi seperti mana COVID-19.