Sektor pelancongan kini kembali melonjak dengan tempahan hotel di seluruh negara menunjukkan peningkatan sehingga 30.74 peratus, setakat bulan lalu.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata hotel mula dipenuhi pelancong domestik, sekali gus membantu memulihkan ekonomi negara yang dilanda pandemik COVID-19.
"Dari segi tempahan hotel, dari Mac, kadar penghunian hotel ialah 18.29 peratus, April menurun kerana kemuncak (COVID-19 di Malaysia) 8.86 peratus dan Mei masa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, 9.63 peratus.
"Tetapi sehingga 30 Jun, (tempahan) melonjak kepada 30.74 peratus. Ini menandakan rakyat kita telah mula keluar, mereka berani keluar kerana keadaan di negara agak selamat," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata pihak kementerian sentiasa bekerjasama dengan pemain industri dalam sektor pelancongan bagi menangani kesan COVID-19.
"Kami sentiasa mengadakan sesi keterlibatan, berbincang dengan penggiat industri pelancongan dan mereka memberi idea, dan kita guna juga sebagai maklum balas untuk kita serahkan kepada kerajaan," katanya.
Sementara itu, ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam tadi, beliau memaklumkan kementeriannya akan mendapatkan panduan daripada Kementerian Kesihatan, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Luar bagi membantu mengenal pasti zon hijau di negara luar yang boleh dilaksanakan langkah gelembung perjalanan.
"Sebagai contoh, kita tidak merujuk negara Australia secara menyeluruh, mungkin Perth sahaja," katanya.
BACA: SOP 'green bubble' perlu diteliti - KKM
BACA: Tiada cadangan longgarkan sempadan negara selagi penularan COVID-19 tidak terkawal
Konsep 'Green bubble' atau 'laluan hijau' melibatkan pelonggaran sekatan perjalanan antara dua atau lebih negara yang mana jangkitan dan kes tempatan COVID-19 adalah rendah.
Tambah Nancy, kementeriannya juga akan berbincang dengan syarikat penerbangan bagi tujuan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 08 2020
Nancy berkata kementeriannya sentiasa bekerjasama dengan pemain industri dalam sektor pelancongan bagi menangani kesan COVID-19. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (8 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 9 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dakwa atau tangkap, Presiden Yoon sedia dibicara - Peguam
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol akan ditahan setelah mahkamah melanjutkan tempoh waran tangkap terhadapnya atas pertuduhan melaksanakan undang-undang tentera secara tidak sah, Disember lalu.
Peguam, Yun Gap-keun menyatakan bahawa anak guamnya, Suk Yeol bersedia untuk hadir ke mahkamah jika didakwa namun mereka tidak akan mematuhi waran yang dianggap tidak sah.
Peguam, Yun Gap-keun menyatakan bahawa anak guamnya, Suk Yeol bersedia untuk hadir ke mahkamah jika didakwa namun mereka tidak akan mematuhi waran yang dianggap tidak sah.
Myanmar musnah 563 ekar ladang candu
Pihak berkuasa Myanmar telah memusnahkan 563 ekar ladang candu di negeri Shan di timur Myanmar.
Seorang wanita nekad redah api selamatkan rumah
Dengan kebakaran Eaton Fire yang terus mengganas, seorang jururawat, Lynne Levin Guzman nekad meredah api untuk menyelamatkan rumah ibu bapanya daripada hangus dijilat api.
Pendaki ditemui dua minggu selepas hilang
Seorang pelajar yang hilang hampir dua minggu ketika mendaki di kawasan pergunungan Australia ditemukan selamat pada Rabu. Hadi Nazari, 23 tahun, pelajar perubatan dari Melbourne itu hilang dari rakan-rakannya ketika mendaki di Taman Negara Kosciuszko pada 26 December 2024.
Suspek kes tembak ahli politik Kemboja di Bangkok diburu
Polis Thailand mengeluarkan waran tangkap ke atas seorang lelaki bersenjata yang disyaki menembak mati seorang ahli politik pembangkang Kemboja dalam serangan di pusat bandar Bangkok.
Pengambilan pegawai berteras prinsip meritokrasi - KPPA
Urusan pengambilan pegawai dalam perkhidmatan awam berteraskan prinsip meritokrasi serta kesaksamaan peluang.
PM Anwar galak pelaburan perusahaan Indonesia di Malaysia
Malaysia mengalu-alukan pelaburan langsung daripada perusahaan Indonesia serta menggalakkan kolaborasi strategik seperti penggabungan antara syarikat milik entiti kedua-dua negara itu.
TMM2026: Anwar Ibrahim tarikan sebenar pelancong ke Malaysia
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tarikan sebenar untuk pelancong hadir memeriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Presiden Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MiTDA), Kapten Mahadzir Mansor berpendapat, nama Malaysia makin terkenal kerana Anwar menjadi simbol kepimpinan luar biasa di mata dunia.
Presiden Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MiTDA), Kapten Mahadzir Mansor berpendapat, nama Malaysia makin terkenal kerana Anwar menjadi simbol kepimpinan luar biasa di mata dunia.
KWSP peruntuk RM97 bilion bagi pelaburan domestik pada 2023 - MoF
KWSP peruntuk RM97 bilion atau 83 peratus daripada jumlah peruntukan dana untuk pelaburan domestik pada tahun ini.
Kejelasan dasar penting untuk raih keyakinan pelabur asing, domestik - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kejelasan dasar penting untuk meraih keyakinan pelabur asing dan juga domestik.
Air Selangor harap pelarasan tarif air dilaksanakan secepat mungkin
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyatakan harapan agar pelarasan tarif air bagi kategori domestik dapat dilaksanakan secepat mungkin.
Tarif air domestik di Semenanjung dan Labuan kekal, bukan domestik dilaraskan
Faktor peningkatan kos sara hidup yang dihadapi rakyat pada waktu ini turut mendapat perhatian Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA).
GDEX alami kerugian bersih RM1.9 juta pada suku pertama 2022
GDEX Bhd merekodkan kerugian bersih sebanyak RM1.9 juta berbanding keuntungan bersih RM5.58 juta
Pelabur asing kembali jual RM56.9 juta ekuiti minggu lalu
Laporan menunjukkan, pelabur runcit kekal menjadi pembeli bersih bagi minggu kelima berturut-turut sebanyak RM234.8 juta.
Perjalanan udara naik sedikit pada Jun 2021 - IATA
Prestasi permintaan penumpang pada Jun 2021 menunjukkan sedikit peningkatan dalam pasaran perjalanan udara antarabangsa dan domestik.
IATA: Permintaan perjalanan udara catat peningkatan kecil pada Mei 2021
Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) mengumumkan permintaan perjalanan antarabangsa dan domestik mencatatkan sedikit peningkatan pada Mei 2021 berbanding bulan sebelumnya.
9.1 juta pelanggan TNB nikmati diskaun bil elektrik di bawah PEMULIH
TNB memaklumkan pemberian diskaun antara lima hingga 40 peratus akan dinikmati 7.4 juta pengguna domestik.
Kerajaan memperuntukkan RM147.1 bilion bantu PKS, sejak 2020 - PM
Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM147.1 bilion khusus untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menerusi beberapa pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan sejak 2020.