KUALA LUMPUR: Prestasi permintaan penumpang pada Jun 2021 menunjukkan sedikit peningkatan dalam pasaran perjalanan udara antarabangsa dan domestik, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Bagaimanapun, katanya permintaan kekal jauh di bawah paras sebelum COVID-19 berikutan sekatan perjalanan antarabangsa.
"Jumlah permintaan untuk perjalanan udara pada Jun 2021, diukur dalam pendapatan penumpang mengikut kilometer (RPK), merosot 60.1 peratus berbanding Jun 2019. Ini adalah peningkatan kecil berbanding penurunan 62.9 peratus dicatatkan pada Mei 2021 berbanding Mei 2019," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut IATA, permintaan penumpang antarabangsa pada Jun sebanyak 80.9 peratus di bawah Jun 2019, meningkat daripada penurunan 85.4 peratus dicatatkan pada Mei 2021 berbanding dua tahun lepas.
"Semua rantau kecuali Asia Pasifik menyumbang kepada permintaan yang tinggi sedikit," katanya.
Menurut IATA, jumlah permintaan domestik turun 22.4 peratus berbanding paras sebelum krisis pada Jun 2019, naik sedikit berbanding penurunan 23.7 peratus dicatatkan pada Mei 2021 berbanding tempoh sama pada 2019.
"Prestasi pasaran domestik utama bercampur-campur dengan Rusia melaporkan peningkatan yang pesat manakala China kembali kepada julat negatif," katanya.
Ketua Pengarah IATA Willie Walsh berkata persatuan perdagangan untuk syarikat penerbangan dunia itu melihat pergerakan dalam hala tuju yang tepat, terutamanya untuk beberapa pasaran domestik utama.
"Bagaimanapun, situasi untuk perjalanan antarabangsa tidak berada pada paras yang sepatutnya. Bulan Jun sepatutnya menjadi permulaan kepada musim puncak untuk perjalanan, tetapi syarikat penerbangan hanya membawa 20 peratus daripada paras pada 2019.
"Itu bukan pemulihan. Ia adalah krisis yang berterusan disebabkan kurang tindakan daripada kerajaan," katanya.
Trafik antarabangsa untuk syarikat penerbangan Asia Pasifik pada Jun 2021 merosot 94.6 peratus berbanding Jun 2019, tidak berubah daripada penurunan 94.5 peratus pada Mei 2021 berbanding Mei 2019.
Rantau itu mencatatkan kemerosotan trafik yang ketara untuk 11 bulan berturut-turut, dengan kapasiti turun 86.7 peratus manakala faktor muatan berkurangan 48.3 mata peratusan kepada 33.1 peratus, terendah dalam kalangan rantau.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 29 2021
![Perjalanan udara naik sedikit pada Jun 2021 - IATA Perjalanan udara naik sedikit pada Jun 2021 - IATA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/71592821890_kapalterbang.jpg)
Permintaan penumpang antarabangsa pada Jun sebanyak 80.9 peratus di bawah Jun 2019, meningkat daripada penurunan 85.4 peratus dicatatkan pada Mei 2021 berbanding dua tahun lepas. - Gambar hiasan/Unsplash
![Perdana Menteri baharu Lubnan bentuk kerajaan yang lama dinanti Perdana Menteri baharu Lubnan bentuk kerajaan yang lama dinanti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736910279_NawafSalam.jpg)
Perdana Menteri baharu Lubnan bentuk kerajaan yang lama dinanti
Perdana Menteri Lubnan yang dilantik, Nawaf Salam mengumumkan pembentukan kerajaan baharu di Beirut pada Sabtu.
![Bursa Malaysia dijangka alami dagangan berhati-hati minggu depan Bursa Malaysia dijangka alami dagangan berhati-hati minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722341186_BursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia dijangka alami dagangan berhati-hati minggu depan
Bursa Malaysia dijangka mengalami dagangan secara berhati-hati minggu depan, dengan Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka berubah-ubah antara 1,580 dan 1,600 mata.
![China bantah usaha AS ganggu hubungan dengan Panama - Kementerian Luar China bantah usaha AS ganggu hubungan dengan Panama - Kementerian Luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739023938_ChinaPanamaFlag.jpg)
China bantah usaha AS ganggu hubungan dengan Panama - Kementerian Luar
China tegas menentang usaha Amerika Syarikat (AS) untuk menggugat hubungannya dengan Panama melalui tekanan dan ancaman.
![FMM minta pengilang maklumkan inisiatif perubatan terkini PERKESO kepada pekerja FMM minta pengilang maklumkan inisiatif perubatan terkini PERKESO kepada pekerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71725273822_SohThianLai.jpg)
FMM minta pengilang maklumkan inisiatif perubatan terkini PERKESO kepada pekerja
Pengilang diminta memaklumkan kepada pekerja mereka mengenai inisiatif terkini PERKESO dalam mempermudah proses rawatan perubatan bagi pekerja yang mengalami kecederaan berkaitan pekerjaan.
![TEKUN: RM3.6 juta sudah diagih kepada 143 usahawan India dalam tempoh dua minggu - Ramanan TEKUN: RM3.6 juta sudah diagih kepada 143 usahawan India dalam tempoh dua minggu - Ramanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81729680466_TBRamanan.jpg)
TEKUN: RM3.6 juta sudah diagih kepada 143 usahawan India dalam tempoh dua minggu - Ramanan
Sebanyak RM3.6 juta daripada RM100 juta peruntukan TEKUN Nasional sudah diagihkan kepada 143 usahawan komuniti India, selepas peruntukan itu diumumkan pada 14 Jan lepas.
![TUDM beri penekanan warganya kuasai teknologi AI TUDM beri penekanan warganya kuasai teknologi AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739009509_MohdAsgharKhan.jpg)
TUDM beri penekanan warganya kuasai teknologi AI
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memberi penekanan terhadap inovasi dan kreativiti warganya dengan penguasaan kemahiran baharu berasaskan teknologi khususnya kecerdasan buatan (AI).
![Sambutan Thaipusam inspirasi perpaduan dan keharmonian - Naib Presiden MIC Sambutan Thaipusam inspirasi perpaduan dan keharmonian - Naib Presiden MIC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739015792_NaibPresidenTMu.jpg)
Sambutan Thaipusam inspirasi perpaduan dan keharmonian - Naib Presiden MIC
Nilai pengorbanan, disiplin dan pengabdian dalam sambutan Thaipusam menjadi sumber inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mengukuhkan perpaduan dan bersama-sama membina negara yang lebih baik.
![Indeks pengeluaran industri Vietnam susut pada Januari Indeks pengeluaran industri Vietnam susut pada Januari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739020959_950x600.jpg)
Indeks pengeluaran industri Vietnam susut pada Januari
Indeks pengeluaran industri nasional Vietnam menyusut 9.2 peratus pada Januari berbanding bulan sebelumnya.
Lebih 18,000 pelarian kembali ke Afghanistan
Lebih 18,000 pelarian Afghanistan kembali ke tanah air dari negara jiran, Pakistan, bulan lepas, lapor Xinhua yang memetik media tempatan, Tolo, pada Sabtu.
Latvia henti kebergantungan grid elektrik Rusia
Latvia antara tiga negara baltik yang terbaharu mengambil keputusan dramatik memutuskan hubungan serta kebergantungan dengan grid kuasa elektrik dengan Rusia pada Sabtu. Pelan itu adalah sebagai sebahagian dari rancangan Latvia untuk memacu keselamatan dan mengintegrasikan hubungan dengan negara-negara dibawah Kesatuan Eropah (EU).
![11 penumpang maut, ramai cedera dalam nahas kereta api di Maharashtra, India 11 penumpang maut, ramai cedera dalam nahas kereta api di Maharashtra, India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737563747_penumpangmautr.jpg)
11 penumpang maut, ramai cedera dalam nahas kereta api di Maharashtra, India
Sekurang-kurangnya 11 penumpang maut manakala ramai lagi cedera selepas dilanggar oleh sebuah kereta api di negeri Maharashtra, India, pada Rabu.
![Lebih 200,000 tiket KTMB terjual sempena Tahun Baharu Cina Lebih 200,000 tiket KTMB terjual sempena Tahun Baharu Cina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736494161_tbAnthonyLoke.jpg)
Lebih 200,000 tiket KTMB terjual sempena Tahun Baharu Cina
Pihak KTMB menambah dua trip dalam sehari bagi perkhidmatan kereta api lokomotif untuk destinasi Kuala Lumpur-Butterworth, Pulau Pinang.
![Penumpang Jeju Air batalkan tiket penerbangan susulan nahas maut Penumpang Jeju Air batalkan tiket penerbangan susulan nahas maut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51735570221_JejuAir.jpg)
Penumpang Jeju Air batalkan tiket penerbangan susulan nahas maut
Jeju Air Co. mendedahkan bahawa sebanyak 68,000 tempahan penerbangan telah dibatalkan setakat 1 tengah hari.
![Terminal Feri Labuan sibuk, sesak menjelang Krismas Terminal Feri Labuan sibuk, sesak menjelang Krismas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734684037_TerminalFeriAntara.jpg)
Terminal Feri Labuan sibuk, sesak menjelang Krismas
Ratusan kenderaan pelbagai jenis turut dilihat berbaris sepanjang lebih 300 meter menuju ke terminal feri seawal 7 malam.
![Permintaan penumpang global naik 7.1 peratus pada Oktober 2024 - IATA Permintaan penumpang global naik 7.1 peratus pada Oktober 2024 - IATA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41724891210_IATA.jpg)
Permintaan penumpang global naik 7.1 peratus pada Oktober 2024 - IATA
IATA berkata jumlah kapasiti yang berdasarkan tempat duduk disediakan bagi setiap kilometer, menokok 6.1 peratus tahun ke tahun.
![Sektor pengangkutan Indonesia bersedia untuk cuti akhir tahun - Menteri Sektor pengangkutan Indonesia bersedia untuk cuti akhir tahun - Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41642609826_TanahAbangStation.jpg)
Sektor pengangkutan Indonesia bersedia untuk cuti akhir tahun - Menteri
Persediaan untuk menampung 110.67 juta orang yang dijangka melakukan perjalanan semasa tempoh cuti Krismas dan Tahun Baharu.
![Implikasi penumpang kenderaan persendirian turut dilindungi insurans kenderaan dikaji - Loke Implikasi penumpang kenderaan persendirian turut dilindungi insurans kenderaan dikaji - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699876250_AlirantrafikLebuh.jpg)
Implikasi penumpang kenderaan persendirian turut dilindungi insurans kenderaan dikaji - Loke
Anthony Loke berkata kajian menyeluruh juga perlu bagi menilai kesannya terhadap undang-undang sedia ada.
![Lapangan terbang di Sarawak daftar hampir lapan juta penumpang pada suku ketiga 2024 Lapangan terbang di Sarawak daftar hampir lapan juta penumpang pada suku ketiga 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/41591785591_KuchingAirport.jpg)
Lapangan terbang di Sarawak daftar hampir lapan juta penumpang pada suku ketiga 2024
Lapangan terbang serta lapangan terbang berlepas dan mendarat jarak pendek (STOLports) di Sarawak mencatatkan 95,441 pergerakan pesawat yang membawa 7.56 juta penumpang setakat suku ketiga tahun ini.
![Bertumbuk gara-gara lewat daftar masuk penerbangan Bertumbuk gara-gara lewat daftar masuk penerbangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731753288_Bertumbukgaragara.jpg)
Bertumbuk gara-gara lewat daftar masuk penerbangan
Siasatan mendapati kejadian berpunca akibat perselisihan faham petugas syarikat penerbangan dengan seorang penumpang.
![AirAsia X catat peningkatan penumpang 34 peratus kepada 1.08 juta pada suku ketiga 2024 AirAsia X catat peningkatan penumpang 34 peratus kepada 1.08 juta pada suku ketiga 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729815487_tbAirAsiaX.jpg)
AirAsia X catat peningkatan penumpang 34 peratus kepada 1.08 juta pada suku ketiga 2024
Prestasi tersebut dicapai apabila lebih banyak pesawat kembali beroperasi sepanjang tahun lepas.