PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju mengekalkan tarif bekalan air bagi kategori domestik (premis kediaman) di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan berikutan peningkatan kos sara hidup yang dihadapi rakyat pada waktu ini, demikian menurut Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA).
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 22 Jun lepas yang bersetuju dengan perkara itu, turut bersetuju dengan pelaksanaan pelarasan tarif bekalan air bagi kategori bukan domestik serta kategori khas di Semenanjung Malaysia dan Labuan berkuat kuasa 1 Ogos (2022), melibatkan kenaikan purata sebanyak 25 sen bagi setiap meter padu.
Ia berikutan persetujuan mesyuarat Jemaah Menteri itu dengan penggunaan instrumen Mekanisme Penetapan Tarif (TSM) dalam menyusun semula pengurusan bekalan air negara.
"Kenaikan ini sebenarnya masih rendah dan tidak dapat menampung kos sebenar penyediaan perkhidmatan bekalan air sebanyak RM1.68 bagi setiap meter padu," menurut KASA dalam satu kenyataan hari ini.
KASA memaklumkan terdapat beberapa negeri yang kadar tarif tidak pernah disemak untuk tempoh sangat panjang seperti Pahang selama 39 tahun dan Perlis 26 tahun.
TSM yang dibangunkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sejak 2016 merupakan mekanisme penetapan tarif air yang sistematik, adil dan telus bagi memandu industri perkhidmatan air negara mencapai kemapanan jangka masa panjang.
"Pembangunan, perancangan dan implementasi TSM dilakukan secara inklusif dengan penglibatan secara menyeluruh daripada semua pihak berkepentingan," jelas KASA.
KASA dalam pada itu memberitahu selaras dengan keprihatinan kerajaan terhadap suasana ekonomi rakyat, operator bekalan air negeri disaran untuk meneruskan inisiatif sedia ada iaitu memberikan bantuan kepada pengguna domestik secara bersasar seperti pemberian rebat kepada golongan B40.
KASA juga mengajak pengguna untuk bersama-sama mengamalkan penggunaan air secara berhemat dengan mengamalkan beberapa langkah seperti menggunakan produk cekap air di bawah Skim Pelabelan Produk Cekap Air oleh SPAN.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 26 2022
Faktor peningkatan kos sara hidup yang dihadapi rakyat pada waktu ini turut mendapat perhatian Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA). - Gambar hiasan
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Kadar air domestik Pulau Pinang rasional- PBAPP
PBAPP menjelaskan bahawa kadar air domestik di negeri ini masih rasional dan munasabah meskipun tarif telah dinaikkan bermula tahun ini.
Kelantan tetap laksana pelarasan tarif air - Mohd Nassuruddin
Kerajaan Kelantan tetap melaksanakan pelarasan tarif air di negeri itu yang akan memberikan kebaikan kepada rakyat.
Pelarasan tarif air baharu bagi pengguna domestik, bukan domestik di Terengganu berkuat kuasa 1 Feb
Pelarasan tarif air baharu bagi kategori pengguna domestik dan bukan domestik di Terengganu akan berkuat kuasa pada 1 Feb depan.
Melaka umum tarif baharu air Rabu ini - Ab Rauf
Kerajaan Melaka akan mengumumkan tarif baharu air pada Rabu ini dengan mengutamakan kepentingan pengguna dan pemegang taruh terlibat.
Tarif air: MCA mahu PM campur tangan, audit operator dan rombak SPAN
Naib Presiden MCA, Datuk Seri Wee Jeck Seng berkata, bekalan air bersih dan berterusan kepada rakyat bukan suatu perniagaan, tetapi tanggungjawab dan misi kerajaan.
Tarif air baharu di Johor bermula 1 Feb
Syarikat pengendali air di negeri ini, Ranhill SAJ akan melaksanakan pelarasan tarif air baharu bagi kategori domestik bermula 1 Feb ini sepertimana yang diputuskan kerajaan Persekutuan baru-baru ini.
Persetujuan pelarasan tarif air berdasarkan permintaan kerajaan negeri - PM
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ada negeri yang tidak pernah melakukan pelarasan tarif arif melebihi 40 tahun.
Rungutan masalah air di Kelantan berkurang - Nassuruddin
Rungutan berkaitan masalah air di Kelantan semakin berkurangan berikutan usaha kerajaan menaik taraf keperluan itu.
Pelarasan kadar tarif air jamin perkhidmatan lebih baik - AWER
Pengumuman pelarasan tarif air yang diumumkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) adalah suatu usaha yang mampu menjamin perkhidmatan air yang lebih baik di negara ini.
Bermula 1 Februari, tarif air naik purata 22 sen setiap meter padu
SPAN umum tarif air pengguna domestik di Semenanjung dan Labuan diselaras berkuat kuasa 1 Februari.