KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengumumkan pelarasan kadar tarif air di bawah Mekanisme Penetapan Tarif bagi pengguna kategori domestik di seluruh Semenanjung dan Labuan yang akan berkuat kuasa mulai 1 Februari ini.
Pelarasan tarif air domestik itu melibatkan kenaikan purata sebanyak 22 sen bagi setiap meter padu.
Pelaksanaan pelarasan tarif air ini adalah berdasarkan keperluan dan permintaan kerajaan negeri,
namun, kerajaan Persekutuan melalui SPAN akan memantau secara dekat bagi memastikan
penambahbaikan perkhidmatan air dilaksanakan selaras dengan kenaikan tarif berkenaan.
Menurut SPAN, struktur dan komponen tarif akan diseragamkan untuk negeri-negeri di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan, manakala tarif air akan dikaji semula setiap tiga tahun untuk memastikan keselarasan dalam penentuan bayaran.
"Kenaikan ini masih rendah dan tidak dapat menampung kos sebenar penyediaan perkhidmatan bekalan air sebanyak RM1.75 bagi setiap meter padu berdasarkan rekod sebenar 2022," kata SPAN dalam kenyataan yang diedarkan.
SPAN berkata, pelarasan tarif air dilaksanakan susulan operator air di negeri-negeri menghadapi beberapa kekangan dan cabaran dalam menyampaikan perkhidmatan pembekalkan air berkualiti kepada pengguna.
“Antaranya kualiti air tidak terawat tidak memuaskan, kadar air tidak berhasil (NRW) tinggi, lambakan paip usang melebihi 30 tahun, Loji Rawatan Air (LRA) melebihi kapasiti, hutang tertunggak tinggi dan pendapatan yang tidak dapat menampung kos operasi,” ujar SPAN.
Justeru, SPAN menyatakan, pelarasan tarif air yang mencerminkan kos bekalan air sangat penting bagi membolehkan operator air meningkatkan tahap perkhidmatan dalam membekalkan air yang berkualiti secara berterusan.
"Melalui semakan tarif ini, operator air lebih bersedia untuk membuat pelaburan berterusan bagi membangunkan infrastruktur sistem bekalan air seperti membina atau menaik taraf loji rawatan air, membuat penggantian paip usang, melaksanakan penyenggaraan secara berkala dan menangani aduan dengan lebih cekap demi menjamin kelangsungan perkhidmatan bekalan air dan sekali gus memenuhi ekspektasi pengguna," jelas SPAN.
SPAN turut memaklumkan, pelarasan tarif air bagi kategori domestik tidak lagi boleh ditangguhkan agar tidak menjejaskan kemapanan industri perkhidmatan air dalam jangka masa panjang sekali gus memberi impak kepada kualiti perkhidmatan bekalan air yang dinikmati oleh rakyat.
“Justeru, pengguna domestik akan mengalami kenaikan bil air dalam julat RM1.60 sen hingga RM8.00 sebulan atau 5 sen hingga 27 sen sehari bagi penggunaan isi rumah sebanyak 20 meter padu sebulan.
“Pada masa yang sama, pengguna kategori bukan domestik akan mengalami kenaikan bil dalam julat RM0.40 hingga RM2.00 sebulan atau 1 sen hingga 7 sen sehari bagi penggunaan bulanan sebanyak 20 meter padu hasil daripada pengenaan caj elektrik.
“Caj elektrik yang dikenakan adalah pada kadar yang sama untuk semua kategori pengguna di mana kadar tersebut adalah berbeza-beza mengikut negeri iaitu dalam julat 2 sen hingga 10 sen bagi setiap meter padu,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.
Bagaimanapun, SPAN berkata, bagi meminimumkan impak kenaikan ke atas bil air bulanan rakyat, operator bekalan air di negeri masing-masing disaran untuk meneruskan inisiatif sedia ada iaitu memberikan bantuan kepada pengguna domestik secara bersasar seperti pemberian rebat kepada golongan B40.
Sehubungan itu, SPAN menyeru semua pengguna untuk bersama-sama mengamalkan penggunaan air secara berhemat.
"Antara langkah-langkah yang boleh diamalkan termasuk menggunakan produk cekap air di bawah Skim Pelabelan Produk Cekap Air oleh SPAN, memeriksa dan membaiki sebarang kebocoran paip dan pili air di premis masing-masing dan memasang sistem penuaian air hujan dan penggunaan air kitar semula sebagai sumber air alternatif untuk kegunaan bukan minuman,” kata SPAN lagi.
Afiezy Azaman
Wed Jan 17 2024
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengumumkan pelarasan kadar tarif air di bawah Mekanisme Penetapan Tarif bagi pengguna kategori domestik di seluruh semenanjung dan Labuan yang akan berkuatkuasa mulai 1 Februari ini.
[TERKINI] Ucapan sulung Trump di pentas WEF 2025
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyampaikan ucapan sulung di pentas Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang berlangsung di Davois, Switzerland secara dalam talian.
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
1 pekerja maut, 2 di ICU selepas terhidu gas beracun di loji rawatan air Singapura
Siasatan awal menunjukkan pekerja asing tersebut telah terhidu hidrogen sulfida, gas yang dihasilkan daripada enap cemar, iaitu sisa daripada proses rawatan air.
Kemarau di Papar: Armizan harap dua loji rawatan air beroperasi semula bulan depan
Cuaca panas dan kemarau telah melanda Papar hampir dua bulan ditambah pula dengan fenomena El-Nino.
RMK12: Kajian pembangunan loji rawatan air sisa industri berpusat sedang dilaksana
Kajian mengenai pembangunan loji rawatan air sisa industri berpusat sedang dijalankan bagi menguruskan efluen daripada industri untuk menangani pencemaran air.
Paras air lima LRA di Johor kritikal jika El Nino berterusan hingga Julai
Paras air di lima Loji Rawatan Air (LRA) di negeri ini berisiko merosot ke tahap kritikal sekiranya fenomena El-Nino berterusan hingga Julai depan.
Paras beberapa loji rawatan air di Kelantan merosot
Kemerosotan paras air itu menyebabkan bekalan air terawat di beberapa kawasan di negeri itu terjejas.
RM1.215 bilion diperuntukkan tangani masalah bekalan air Pahang - PM
Peruntukan itu turut melibatkan pembinaan dua loji rawatan air baharu.
UMS bangunkan loji mini rawatan air menerusi kaedah AI, IOT di Pitas
Para penduduk di Pitas kini boleh menikmati air bersih terawat sekitar 60,000 liter setiap hari menerusi pembangunan tiga mini loji rawatan air di daerah itu.
RM295 juta diperuntuk bina LRA Sungai Ngoi-Ngoi fasa 2 di N. Sembilan - MB
LRA itu akan dapat menampung pertambahan permintaan bekalan air secara berterusan bagi penduduk di beberapa kawasan.
Gangguan bekalan air di beberapa daerah di N. Sembilan susulan banjir
Susulan penutupan dan penurunan pengeluaran bekalan air di beberapa LRA SAINS kerana muka sauk ditenggelami banjir selain sumber air mentah kekeruhan yang tinggi.
Op Sumber Air berjaya, henti tugas loji rawatan air hanya dua kali tahun ini
Jumlah penguatkuasaan bagi menangani masalah sungai tercemar telah ditingkatkan hampir dua kali ganda iaitu sejumlah 2,009 pada tahun lepas.