SHAH ALAM: Kawalan sempadan melibatkan Malaysia-Thailand khususnya di Perlis dipertingkatkan bagi mengelakkan suspek insiden tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melarikan diri ke negara jiran.
Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata, pemantauan dipertingkatkan dengan koordinasi bersama pihak Bukit Aman serta Pasukan Gerakan Am (PGA).
"Susulan kejadian itu kita telah menggerakkan serta menambahkan keanggotaan bagi memantau beberapa kawasan terutamanya berdekatan sempadan di negeri ini.
"Selain itu, beberapa sekatan jalan raya (SJR) turut dijalankan di kawasan berkaitan, selain kerjasama dengan pihak PGA bagi memastikan suspek tidak bolos," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Menurutnya, pemantauan yang dijalankan setakat ini tidak mengesan sebarang individu mencurigakan.
Sebelum ini, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek yang merupakan lelaki warga tempatan itu dipercayai melarikan diri ke utara tanah air.
Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memberi amaran kepada suspek, Hafizul Zarawi, 38, agar bekerjasama dan menyerahkan diri di mana-mana balai polis.
Jelas beliau, semua Ketua Jabatan Siasatan Jenayah kontinjen negeri terdekat dan bersempadan dengan negara jiran telah digerakkan bagi mengesan suspek.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.15 pagi itu, suspek bertindak melepaskan tembakan ke arah isterinya sebelum mengenai seorang lelaki dipercayai pengawal peribadi dalam kejadian di Balai Ketibaan KLIA di sini.
Mangsa yang dilaporkan ditembak di bahagian perut itu kini sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Apr 14 2024
![Tembakan di KLIA: Polis Perlis laksana SJR, elak suspek lolos Tembakan di KLIA: Polis Perlis laksana SJR, elak suspek lolos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713080535_TBSJRKLIA.jpg)
Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata, pemantauan dipertingkatkan dengan koordinasi bersama pihak Bukit Aman serta Pasukan Gerakan Am (PGA). - Foto Sinar Harian
![PM India tiba di AS untuk perbincangan dengan Trump PM India tiba di AS untuk perbincangan dengan Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739418265_NarendraModi.jpg)
PM India tiba di AS untuk perbincangan dengan Trump
Modi yang merupakan pemimpin asing keempat melawat Trump sejak beliau mengangkat sumpah sebagai Presiden, turut dijadual bertemu usahawan teknologi Elon Musk.
![PM arah siasatan polis terhadap peserta himpunan mahasiswa, SOSMA dihentikan PM arah siasatan polis terhadap peserta himpunan mahasiswa, SOSMA dihentikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737158266_AnwarIbrahim.jpg)
PM arah siasatan polis terhadap peserta himpunan mahasiswa, SOSMA dihentikan
Kerajaan mengarahkan siasatan polis terhadap mahasiswa yang terbabit dalam Himpunan Rakyat Bebas Rasuah pada 25 Januari lalu dihentikan serta-merta.
![Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705634447_TBBursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.43 mata kepada 1,602.62.
"Saya faham kenapa Polis menjalankan kerja secara profesional" - PM Anwar
Perdana Menteri menjelaskan pemberitahuan kepada polis sebelum 5 hari sebagai jaminan penganjur mengikuti syarat dan membersihkan kawasan selepas perhimpunan
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
![Kerajaan Kelantan sedia ambil alih pembinaan KB Sentral Kerajaan Kelantan sedia ambil alih pembinaan KB Sentral](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739416894_KBSentral.jpg)
Kerajaan Kelantan sedia ambil alih pembinaan KB Sentral
Kerajaan negeri sedia mengambil alih pembinaan KB Sentral sekiranya rundingan dengan Perak Transit gagal mencapai kata putus.
"Ini yang terbaik dari Kerajaan MADANI"- PM Anwar
Perdana Menteri menjelaskan pemberitahuan 5 hari sebelum perhimpunan adalah untuk pihak polis mengambil maklum menjaga keselamatan dan lalu lintas.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
![Beruntung Ayu, Zaquan, empat orang anak syurga sudah menanti di sana - Che Ta Beruntung Ayu, Zaquan, empat orang anak syurga sudah menanti di sana - Che Ta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739415707_CheTa.jpg)
"Beruntung Ayu, Zaquan, empat orang anak syurga sudah menanti di sana" - Che Ta
"Kehilangan anak kecil membuatkan kita rasa sedih dan hiba di atas dunia, namun membawa khabar gembira di alam akhirat, Insya-Allah," kata Che Ta.
“Tindakan tidak akan diambil” - PM Anwar
Perdana Menteri Anwar memberitahu siasatan terhadap perhimpunan anti rasuah yang melibatkan mahasiswa dan perhimpunan mogok lapar oleh SOSMA dihentikan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
The Economy: Memastikan pertumbuhan saksama antara Wilayah
Pengarah Bahagian Pembangunan Wilayah di Kementerian Ekonomi, Dr. Mohammed Shaharin Umar, berbincang mengenai langkah-langkah yang diambil untuk mencapai keseimbangan pembangunan. Diskusi mendalam tentang strategi dan inisiatif untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang saksama antara wilayah di Malaysia.
![Kerajaan setuju Akta Perhimpunan Aman dipinda - PM Anwar Kerajaan setuju Akta Perhimpunan Aman dipinda - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738640192_TBAnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan setuju Akta Perhimpunan Aman dipinda - PM Anwar
Dengan pindaan itu, penganjur hanya perlu menghantar notis pemberitahuan atau pemakluman kepada polis lima hari sebelum perhimpunan itu diadakan.
![Insiden tembakan KLIA: Anak-anak tidak sabar jumpa bapa - Isteri Insiden tembakan KLIA: Anak-anak tidak sabar jumpa bapa - Isteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713055821_tembakandiklia.jpg)
Insiden tembakan KLIA: Anak-anak tidak sabar jumpa bapa - Isteri
Dua anak kepada pengawal peribadi yang cedera parah akibat terkena tembakan dalam insiden di KLIA, sudah tidak sabar untuk bertemu bapa mereka.
![Tembakan di KLIA: Suami sudah sedar, tanya mengenai keluarga Tembakan di KLIA: Suami sudah sedar, tanya mengenai keluarga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713055821_tembakandiklia.jpg)
Tembakan di KLIA: Suami sudah sedar, tanya mengenai keluarga
Pengawal peribadi yang ditembak di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, baru-baru ini sudah sedarkan diri.
![Kes tembakan KLIA: JIM Kedah bantu kesan suspek, kawalan ICQS dipertingkat Kes tembakan KLIA: JIM Kedah bantu kesan suspek, kawalan ICQS dipertingkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713164282_JabatanImigresenKe.jpg)
Kes tembakan KLIA: JIM Kedah bantu kesan suspek, kawalan ICQS dipertingkat
Jabatan Imigresen Kedah mempertingkatkan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand bagi mengesan lelaki melepaskan tembakan di Balai Ketibaan KLIA.
![Tembakan di KLIA: Polis Perlis laksana SJR, elak suspek lolos Tembakan di KLIA: Polis Perlis laksana SJR, elak suspek lolos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713080535_TBSJRKLIA.jpg)
Tembakan di KLIA: Polis Perlis laksana SJR, elak suspek lolos
Kawalan sempadan Malaysia-Thailand khususnya di Perlis dipertingkat bagi mengelakkan suspek insiden tembakan di KLIA melarikan diri ke negara jiran.