Syarikat telekomunikasi (telco) seperti Celcom Axiata Bhd, Digi Telecommunications Sdn Bhd, Maxis Bhd, U Mobile Sdn Bhd dan Telekom Malaysia Bhd (TM) kini meningkatkan lagi sokongan kesalinghubungan untuk rakyat bagi keperluan kerja serta pendidikan dengan memanjangkan akses penawaran Internet Produktiviti 1GB percuma kepada 24 jam.
Sebelum ini, akses harian secara percuma kepada data berjumlah 1GB itu hanya disediakan dari 8 pagi hingga 6 petang.
Dalam satu kenyataan bersama, telco-telco tersebut berkata sokongan ini akan berkuat kuasa mulai hari ini sehingga 31 Dis 2020, atau pelanggan boleh merujuk kepada penyedia perkhidmatan mereka untuk tarikh permulaan.
"Semua pelanggan pascabayar dan prabayar yang aktif di bawah telco masing-masing boleh menikmati internet percuma harian sebanyak 1GB untuk pembelajaran dan sebagai alat produktiviti, serta bagi keperluan melayari internet kecuali media sosial, penstriman video, permainan dan penstriman muzik," kata kenyataan itu
Internet percuma 1Gb yang disediakan setiap hari melebihi peruntukan data bulanan pelanggan dari rancangan mereka yang sedia ada, bermaksud pelanggan dapat menebus sehingga 30Gb data sebulan secara percuma.
"Pelanggan dinasihatkan supaya merujuk kepada telco mereka untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara menebus tawaran internet percuma harian dan senarai perkhidmatan yang disertakan," katanya.
Inisiatif bersama internet percuma 1GB setiap hari ini, merupakan sebahagian daripada Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek seperti yang diumumkan sebelum ini oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Sebagai tambahan kepada internet percuma harian 1GB setiap hari, telco akan terus menawarkan akses percuma dan tanpa had kepada pelbagai aplikasi termasuk perkhidmatan yang berkaitan dengan maklumat untuk memastikan rakyat Malaysia terus mendapat maklumat terkini mengenai COVID-19," kata kenyataan itu.
Senarai tersebut merangkumi aplikasi Mysejahtera dan Mytrace termasuk laman web kesihatan serta talian penting seperti Hotline CPRC, Kementerian Kesihatan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia serta banyak lagi.
"Sebagai sokongan kepada pengguna dan perniagaan Malaysia, pihakl telco juga telah menyampaikan pelbagai tawaran prabayar dan pascabayar yang berpatutan sejak beberapa bulan kebelakangan ini," katanya, sambil menambah pelanggan digalakkan untuk meneroka pelan-pelan ini dengan penyedia perkhidmatan mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 01 2020
Syarikat telekomunikasi (telco) kini meningkatkan lagi sokongan kesalinghubungan untuk rakyat bagi keperluan kerja serta pendidikan dengan memanjangkan akses penawaran Internet Produktiviti 1GB percuma kepada 24 jam. - Gambar fail
Penyamar pelbagai profesion tipu tawaran kerja juruterbang
Seorang lelaki yang dikatakan pernah menyamar sebagai timbalan pendakwa raya, juruterbang, jurutera Petronas dan pelbagai profesion lain mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ipoh atas tuduhan menipu menyebabkan kerugian RM24,000 antara 2016 hingga 2018.
Selesaikan saman tertunggak untuk mohon Program Khas Peralihan Lesen Memandu
Orang ramai dinasihat menyemak dan menyelesaikan saman tertunggak terlebih dahulu bagi melayakkan menyertai Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia.
microLEAP sedia solusi pembiayaan digital patuh syariah buat PMKS tempatan
microLEAP, sebuah platform pembiayaan Peer-to-Peer (P2P) patuh Syariah dan konvensional, muncul sebagai penyelesaian alternatif kepada perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS) di Malaysia.
Polis terima lima laporan 'pelancong' China bekerja di Semporna
Polis menerima lima laporan berkaitan ketidakpuasan hati mengenai warga China yang menyalahgunakan pas lawatan untuk bekerja di Semporna.
Banjir besar landa utara Thailand
Paras air banjir dilaporkan menembusi beg pasir yang menjadi penghadang ketika hujan lebat kembali melanda utara Thailand pada Khamis.
Sembilan individu berkait GISB disambung reman
Mahkamah benarkan lanjutan reman selama satu dan dua hari terhadap sembilan individu termasuk isteri-isteri kepada pemimpin kanan GISB.
Taksub pemimpin, seleweng akidah antara punca GISB akan difatwa sesat di Selangor
Khutbah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini menekankan tentang kesesatan akidah dibawa GISB yang menyimpang daripada ajaran Islam.
AWANI Ringkas: GISB: Penjaga rumah amal didakwa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mulyo, Jonassen antara calon ketua jurulatih perseorangan lelaki - Rexy
Katanya, sesiapa pun jurulatih terpilih akan menandatangani kontrak hingga Sukan Olimpik 2028.
Baling dilanda banjir kilat, tujuh PPS dibuka
Hujan lebat berterusan semalaman menyebabkan tiga daerah di Baling dilanda banjir kilat sekali gus seramai 199 mangsa terpaksa dipindahkan untuk ditempatkan di tujuh PPS
Belanjawan negara fokus reformasi struktur, pelaburan untuk kesejahteraan rakyat - MKII
Belanjawan negara bukanlah sekadar alat untuk menggembirakan rakyat atau menarik pelabur, tetapi sebagai mekanisme penting untuk mengutamakan keperluan ekonomi negara.
Zakat, wakaf berperanan besar pastikan pembangunan ekonomi mampan - TPM Fadillah
Kerajaan melihat sektor ketiga dalam kewangan Islam seperti institusi zakat, wakaf dan infak berperanan besar dalam memastikan pembangunan ekonomi yang mampan dan saksama di negara ini.
Ringgit terus kukuh dipacu pertumbuhan ekonomi - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II berkata permintaan ringgit yang tinggi akan membantu mengukuhkan mata wang tempatan itu dengan lebih baik.
Pemimpin negara perlu faham teknologi, dengar nasihat - Tun Dr. Mahathir
Dr Mahathir mendakwa, pemimpin negara yang ada ketika ini tidak fokus pada agenda memajukan negara.
Hasrat Malaysia sertai BRICS satu langkah strategik ekonomi - Duta Brazil
Duta Brazil ke Malaysia, Ary Quintella menangani kebimbangan pemerhati Barat di Malaysia mengenai hasrat negara ini untuk menyertai BRICS.
DBKL akan suburkan industri kreatif bernilai ekonomi dengan bakat tempatan - Datuk Bandar
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memberi tumpuan khusus untuk membangunkan platform yang boleh dimanfaatkan oleh artis dan penggiat industri kreatif tempatan.
China kekal sebagai pusat perdagangan Asia - S&P Global Ratings
China dalam pasaran maju tetapi meningkat kepada pasaran sedang pesat membangun.
Kabinet baharu Thailand janji terus reformasi ekonomi, penambahbaikan kesihatan
Paetongtarn Shinawatra berkata kerajaan baharunya akan memberi tumpuan kepada merangsang ekonomi dan memperbaiki penjagaan kesihatan.
Inflasi Malaysia pada Julai meningkat 2.0 peratus, kekal sejak Mei 2024
Peningkatan inflasi pada Julai 2024 telah didorong oleh peningkatan bagi kumpulan utama restoran da perkhidmatan penginapan (3.4%); penjagaan diri, perlindungan sosial & pelbagai barangan & perkhidmat
Jawatan dalam sektor ekonomi meningkat 1.5 peratus suku kedua 2024
Statistik itu diterbitkan berdasarkan Survei Guna Tenaga yang dilaksanakan ke atas perniagaan berdaftar dalam sektor swasta.