Perkhidmatan teksi motosikal tempatan, Dego Ride kembali beroperasi hari ini setelah mendapat kelulusan khas daripada Kabinet.
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, perkhidmatan itu dijangka mampu menawarkan 5,000 peluang pekerjaan kepada golongan belia yang memiliki motosikal, khususnya kalangan berpendapatan rendah (B40) dengan pendapatan bulanan sekitar RM1,500 hingga RM3,500.
"Walaupun ini bukan pekerjaan jangka masa panjang, segelintir mungkin, tetapi setidak-tidaknya ia dapat dijadikan sebagai batu loncatan (untuk mencari rezeki) jika hendak dibandingkan sebelum ini kerana kita nak pastikan nasib anak muda sentiasa terbela," katanya selepas merasmikan pejabat urusan Dego Ride di sini, hari ini.
Dego Ride yang buat masa kini terhad perkhidmatannya di Lembah Klang, boleh diakses melalui aplikasi telefon pintar dan menawarkan perkhidmatan pengangkutan, penghantaran makanan dan dokumen.
Pekhidmatan teksi motosikal itu memulakan perkhidmatan pada November 2016 dengan kadar tambang serendah RM2.50 dan terhad kepada perjalanan sejauh tiga kilometer di sekitar Lembah Klang.
Bagaimanapun, pada Januari 2017, perkhidmatan itu mendapat bantahan daripada kerajaan terdahulu dan diharamkan atas alasan keselamatan selain dilaporkan bersalahan dengan lesen kenderaan persendirian, serta melanggar Akta Pengangkutan Jalan Raya (APJ) 1987.
Sementara itu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Dego Ride, Nabil Feisal Bamadhaj berkata, sehingga kini terdapat hampir 4,000 orang yang telah berdaftar sebagai 'rider' dan sebagai permulaan hanya 700 permohonan yang diluluskan.
"Syarat-syarat untuk menjadi rider adalah berumur 18 tahun ke atas, mempunyai lesen penuh B2, perlindungan insurans dan sekiranya berminat boleh mengemukakan permohonan secara dalam talian," katanya yang berhasrat untuk perluaskan perkhidmatan itu ke negeri lain dalam masa terdekat.
Menurut Nabil, semua jenis motosikal berkapasiti 150cc dibenarkan kecuali motosikal yang telah diubah suai bagi memastikan keselamatan penumpang. - BERNAMA
Bernama
Wed Jan 01 2020
![Teksi motosikal Dego Ride kembali beroperasi hari ini Teksi motosikal Dego Ride kembali beroperasi hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/71577868048_DegoRide.jpg)
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (dua, kanan) membonceng motosikal bagi mencuba perkhidmatan Dego semasa hadir bagi merasmikan Pejabat Urusan Dego Ride pada Rabu. - Gambar BERNAMA
![LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719994976_TBAMIRHAMZAHjpg.jpg)
LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah
LHDN telah mengutip RM512.6 juta daripada keseluruhan taksiran cukai berjumlah RM1.29 billion sepanjang tempoh PKPS 2.0.
Positif COVID-19 tidak perlu kemaskini MySejahtera
Jika didapati positif Covid-19, para pesakit tidak lagi perlu untuk mengemaskini status kesihatan terkini di aplikasi Mysejahtera, kerana covid seharusnya dirawat sama seperti jangkitan saluran penafasan yang lain.
Kandungan video promosi Georgetown Festival diturunkan
Pasukan George Town Festival 2024 telah menurunkan semua siaran berkaitan video promosi sambutan 'George Town Festival 2024' atas dakwaan menyinggung perasaan budaya Melayu di Pulau Pinang yang seperti dilupai.
Ia berikutan tular penyiaran video promosi sambutan 'George Town Festival 2024' yang didakwa hanya mempromosikan kebudayaan kaum Cina dan India.
Ia berikutan tular penyiaran video promosi sambutan 'George Town Festival 2024' yang didakwa hanya mempromosikan kebudayaan kaum Cina dan India.
![KPM akan teliti sukarelawan dari Singapura, alu-alukan pesara guru Bahasa Inggeris di Malaysia KPM akan teliti sukarelawan dari Singapura, alu-alukan pesara guru Bahasa Inggeris di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717914416_TBfadhlinasidek.jpg)
KPM akan teliti sukarelawan dari Singapura, alu-alukan pesara guru Bahasa Inggeris di Malaysia
KPM sentiasa terbuka dan mengalu-alukan pesara guru bahasa Inggeris dalam negara untuk terlibat dalam PdP bagi meningkatkan penguasaan bahasa tersebut.
Pengajar Bahasa Inggeris dari Singapura, antara tumpuan
Penglibatan tenaga pengajar dari Singapura antara yang menjadi tumpuan di Dewan Rakyat pada Isnin.
Negara kekurangan tekong, beri kesan kekurangan ikan
Malaysia berhadapan kekurangan tekong tempatan berpengalaman yang ketara untuk kapal nelayan tempatan, terutama bagi perikanan laut dalam.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata lebih ramai tekong tempatan perlu dilahirkan, kerana pada ketika ini orang luar terpaksa digunakan dan diberi peluang untuk berkhidmat sebagai tekong kapal nelayan tempatan di negara ini.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata lebih ramai tekong tempatan perlu dilahirkan, kerana pada ketika ini orang luar terpaksa digunakan dan diberi peluang untuk berkhidmat sebagai tekong kapal nelayan tempatan di negara ini.
Jenayah: Polis sahkan suspek teman lelaki Nur Farah Kartini
Lelaki yang ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, adalah teman lelakinya.
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Seorang penjawat awam yang dikaitkan dengan penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes tersebut.
[TERKINI] Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Tidak ada maklumat lanjut berkaitan sidang media berkenaan walaupun desas desus mengatakan ia melibatkan kepimpinan tertinggi FAM atau barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya?
Bukan masa sesuai untuk perkenalkan semula GST - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata bukan masa sesuai untuk perkenal semula GST. Katanya, kerajaan hanya akan perkenalkan cukai yang tidak memberi kesan kepada golongan rentan.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
![Operasi perkhidmatan teksi motosikal Dego Ride dihentikan sementara Operasi perkhidmatan teksi motosikal Dego Ride dihentikan sementara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/71486998556_DEGO.jpg)
Operasi perkhidmatan teksi motosikal Dego Ride dihentikan sementara
Penyedia perkhidmatan teksi motosikal Dego Ride memberhentikan operasinya menghantar penumpang sejak petang tadi susulan amaran daripada Kementerian Pengangkutan.
![Isu teksi motosikal: Kementerian Pengangkutan sedia berjumpa Dego Ride Isu teksi motosikal: Kementerian Pengangkutan sedia berjumpa Dego Ride](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/81487047210_LiowTiongLai.jpg)
Isu teksi motosikal: Kementerian Pengangkutan sedia berjumpa Dego Ride
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Dego Ride diberi masa seminggu untuk tampil mengadakan pertemuan bersama pihaknya di Kementerian Pengangkutan.