Berikut merupakan ucapan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah di majlis makan malam amal "Teach For The Needs" yang berlangsung di Hotel Istana, Kuala Lumpur malam tadi.
Bismiillahi rahmanir Rahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh dan salam sejahtera kepada para hadirin
sekelian.
Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmatNya dapat hadir bersama di majlis makan malam dengan tujuan mulianya untuk mengumpul dana bagi kumpulan Teach For The Needs (TFTN). Saya berterima kasih kepada para penganjur di atas undangan mereka untuk saya berucap di majlis ini. Izinkan saya, bagi pihak penganjur, menzahirkan penghargaan kami kepada sokongan badan- badan korporat serta orang perseorangan yang menyokong kerja kerja murni TFTN ini. Syabas diucapkan kepada para sukarelawan dan aktivis TFTN yang tidak kenal penat lelah demi membantu mendidik murid murid lemah di bidang pelajaran yang kebanyakan terdiri daripada anak anak yatim dan keluarga miskin. Ingin saya mengajak para hadirin sekelian mengiktiraf pencapaian oleh TFTN dalam membantu kumpulan sasaran mereka sejak setahun lalu dengan memberi tepukan penghargaan. Terima kasih.
2. Sesungguhnya TFTN harus dipuji atas pendekatan mereka dalam menangani isu murid lemah dengan menerima hakikat bahawa masalah ini bukan hanya masalah para guru dan pihak Jabatan serta Kementerian Pelajaran sahaja. Ia merupakan tanggungjawab sosial yang melibatkan keseluruhan masyarakat. Setiap murid di dalam sesebuah komuniti, tanpa mengira kedudukan sosio-ekonomi keluarganya, seharusnya mempunyai peluang yang sama untuk mendapat pendidikan bermutu seperti yang didapati oleh mana mana murid lainnya.
3. Pada pandangan saya, inilah anggapan teras atau pun core belief yang dijunjungi TFTN dan saya difahamkan badan ini telah menyediakan sebuah manual yang boleh dijadikan garis panduan oleh masyarakat mengenai cara ia harus berfungsi demi memastikan cara mana pendidikan tambahan dapat diberi dengan berkesan kepada golongan yang memerlukannya. Saya ucapkan tahniah di atas kejayaan menyediakan manual ini yang saya anggap sebagai sebuah standard operating procedure yang amat diperlukan.
4. Saya amat tertarik di atas ikhtiar atau inisiatif TFTN menggunakan sukarelawan muda yang terdiri daripada guru pelatih, mahasiswa dan guru muda dalam usaha menangani masalah pendidikan golongan anak-anak yatim dan keluarga miskin. Tidak dapat dinafikan mereka ini berhati mulia. Saya berkata demikian kerana mereka ini daripada Generasi Y; dan kumpulan ini juga merupakan the wired generation. Mereka dapat mengisikan masa lapang dengan melayari internet dengan segala macam kegiatan seperti melaksanakan ruang Facebook atau Twitter. Sebaliknya mereka memilih untuk menjadi sukarelawan TFTN dan menghabiskan masa lapang membantu anak-anak yang daif di bidang pendidikan. Walaupun nampak kecil di mata kasar, pengorbanan mereka ini amat bermakna kerana beraktif di ruang cyber merupakan pilihan popular di kalangan Generasi Y ini. Maka itu, masyarakat seharusnya menyanjungi budi murni mereka dalam membantu mengajar anak-anak yang lemah dalam pendidikan mereka, sekaligus menolong masyarakat menjauhi kepincangan.
5. Kemajuan yang dicapai oleh TFTN sejak ia ditubuhkan pada bulan Mac 2012 amat memberangsangkan. Sukarelawan yang berdaftar kini mencecah 600 orang di seluruh pelusuk dan murid-murid yang menikmati kemudahan ini dianggar sekitar 300 orang. Usaha yang dipelopori sukarelawaan muda ini sememangnya menggalakkan dan seharusnya dicontohi di bidang-bidang lain. Di antara program yang mereka laksanakan sepanjang tahun termasuklah kelas membaca intensif khas, kelas bacaan sebelum tidur, kelas tambahan mingguan dan bengkel serta lawatan berbentuk pendidikan mengenai sastera dan seni. Pastilah anak anak yatim dan miskin yang kebanyakannya berada di kelas corot akan mendapat banyak manfaat daripada program yang disediakan itu.
6. Para hadirin sekelian, marilah kita renung seketika akan sistem pendidikan kebangsaan yang sedang beroperasi. Terdapat perubahan pesat dalam sistem ini demi memastikan pendidikan dapat bersaing rapat dengan perubahan dunia yang berterusan. Bagaimanapun, perubahan yang terdapat dalam sistem pendidikan kita lebih mementing dan menekankan persaingan dan sikap perseorangan. Dalam usaha memastikan terdapatnya perseimbangan pendidikan, saya difahamkan pihak TFTN ada cadangan yang dipanggil Pedagogi Pendidikan Cinta. Cadangan ini bertujuan untuk menambahbaik atau improve falsafah pendidikan kebangsaan. Ia melibatkan anjakan dan perubahan orientasi daripada sistem berasaskan persaingan kepada pendidikan yang menonjolkan perhubungan saling melengkapi antara orang perseorangan dengan masyarakat. Dengan terlaksananya cadangan ini adalah diharapkan tiada lagi murid-murid tercicir disebabkan desakan ekonomi.
7. Cadangan ini baik sekali dan seharusnya mendapat sokongan ramai. Sejauh mana ia berjaya bergantung kepada sistem pendidikan yang digunapakai. Malangnya sistem sekarang ini masih memberi terlalu banyak penekanan kepada peperiksaan sebagai ukuran kejayaan seseorang murid di alam pembelajaran. Di samping itu, keputusan peperiksaan juga menjadi salah satu petunjuk prestasi penting atau pun KPI seseorang guru besar atau pengetua sekolah. Maka itu sistem pendidikan kita masih terjebak di bawah paradigma sediakala di mana segala gerakerja persekolahan dan pendidikan berkisar di sekitar peperiksaan. Dengan sendirinya ini akan menonjolkan kembali suasana persaingan berlebihan yang kita hendak hapuskan atau, setidak tidaknya, kurangkan.
8. Di sini, kita dapat membuat anggapan bahawa sistem yang terlalu menitik beratkan peperiksaan akan menghasilkan pembelajaran yang kaku. Keadaan ini tidak membantu dalam usaha pendidik membentuk keyakinan serta kemahiran murid dan pelajar. Lebih mendukacitakan, pendidikan kita dilihat sebagai satu sistem yang menggalakkan pembelajaran pasif pada peringkat permukaan sahaja. Sedangkan apa yang kita ingini ialah satu sistem di mana pembelajarannya berlaku secara mendalam serta aktif. Kedua dua unsur ini penting untuk melahirkan suasana pembelajaran bermutu. Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika pelajar kita tidak menguasai ilmu, tidak mempunyai kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis, dan kurang bersedia untuk pengajian tinggi atau alam pekerjaan.
9. Barang diingat bahawa penekanan berlebihan kepada peperiksaan juga menyebabkan berlakunya beban kerja sekolah yang banyak kepada pelajar. Lambat laun, keadaan ini akan menjadi penghalang kepada pelajar untuk lebih berdaya kreatif. Malahan, keadaan begini boleh menyebabkan mereka kehilangan masa untuk membangunkan daya fikir.
10. Mungkin ada di antara kita yang menafikan bahawa sistem pendidikan nasional terlalu berorientasikan peperiksaan; bahawa penghayatan dan kefahaman dalam erti kata sebenarnya memang diutamakan. Mereka yang berpendapat begini harus sedar betapa kaedah latih tubi (drilling ) digunakan dengan berlebihan di bilik darjah. Kaedah ini membolehkan pelajar kita menghafal tanpa menguasai konsep dan bahan yang mereka pelajari. Dengan tidak terlalu berfikir, mereka masih boleh menghasilkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Namun, tanpa penghayatan sebenar sesuatu ilmu, mereka akan buntu, hilang punca dan menjadi tidak yakin apabila berhadapan dengan keadaan
yang berbeza sedikit.
11. Sebaliknya, jikalau pelajar didedahkan kepada kaedah dan strategi penyelesaian masalah yang lain daripada apa yang terdapat di dalam kurikulum atau sukatan pelajaran, kemungkinannya ialah mereka akan lebih berjaya tanpa perlu memberi penekanan kepada bentuk soalan peperiksaan dan latih tubi. Menghafal -- kecuali dalam keadaan khusus atau keadaan terpencil – bukanlah suatu pendekatan yang baik untuk diberi penekanan.
12. Sistem berorientasikan peperiksaan juga membawa kepada isu pengkelasan atau penarafan (ranking) pelajar. Yang lemah, berdasarkan keputusan peperiksaan, akan kekal dilihat sebagai pelajar lemah atau pelajar gagal. Lebih menyedihkan ialah mereka lazimnya dikelompokkan sesama sendiri. Guru yang ditugas membimbing mereka kadang kadang terdiri daripada kalangan kurang cemerlang. Akibatnya, nasib pelajar lemah ini semakin mendukacitakan. Ini adalah suatu hakikat. Sistem kita seolah-olah tidak mengiktiraf terdapatnya perbezaan perkembangan intelek di kalangan pelajar. Oleh itu, kemungkinannya ialah pelajar yang terdiri daripada kalangan late bloomers akan menjadi mangsa.
13. Para hadirin sekelian, satu lagi isu pendidikan yang sering diperkatakan oleh umum ialah pelaksanaan dan penyampaian dalam pengajaran dan pembelajaran (implementation and delivery in teaching and learning ). Isu ini penting untuk kejayaan sistem pendidikan kita. Ia dapat dilihat dalam pengendalian tadbir-urus pada satu peringkat dan di peringkat lain, ia dapat diperhatikan dalam konteks penyampaian yang berlaku di sekolah. Tanggapan umum mengenai apa yang berlaku di sekolah adalah tidak menggalakkan. Umpamanya, terdapat anggapan bahawa golongan pendidik yang berdedikasi adalah kumpulan minoriti sahaja. Golongan majoritinya adalah terdiri daripada pendidik yang tidak menghayati nilai dan pengertian sebenar peranan guru.
14. Keadaan begini menyebabkan terdapatnya seorang murid Tingkatan IV, yang menurut satu pengakuan seorang guru, “tidak boleh membaca”. Di samping itu terdapat juga mereka yang tidak tahu apa yang perlu dibaca dalam menghadapi sesuatu keadaan. Tiada sebab kenapa guru tersebut hendak menceritakan perkara yang tidak benar.Sesungguhnya contoh ini merupakan suatu titik malang dalam perkembangan pendidikankita. Persoalannya, kenapakah perkara sebegini rupa berlaku? Salah satu sebab ialahsikap sambil lewa yang terdapat di kalangan sesetengah pendidik. Di samping itu, keguruan sudah kehilangan aura nya dan tidak lagi dianggap kerjaya mulia atau the noble profession. Maka itu pendidikan tidak lagi menjadi pilihan utama bagi mereka yang berkelulusan cemerlang. Tidak kurang juga yang menganggap profesyen guru sebagai mudah. Keadaan ini perlu ditangani dan diatasi segera dan ia seharusnya merangkumi semua aspek, termasuklah pemilihan dan pembangunan guru serta pembaharuan sistem pendidikan. Pembaharuan ini hendaklah merangkumi semua aspek, termasuklah imbuhan dan syarat-syarat perkhidmatan yang lebih menarik hinggalah kepada peningkatan kemahiran profesional kaum guru demi menjamin dan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan mereka.
15. Apa yang berlaku di Kementerian dan Jabatan Pelajaran juga mempengaruhi sistem pendidikan kita. Sebagai contoh, marilah kita perhatikan ketetapan untuk memberi anugerah kepada Pengetua berdasarkan keputusan peperiksaan cemerlang sekolah mereka. Pada hemat saya, penghayatan dan pelaksanaan niat baik ini boleh membawa kesan negatif. Kita tidak dapat menafikan kemungkinan terdapatnya Pengetua yang terlalu ghairah untuk menang dan ini boleh mengakibatkan perkembangan yang tidak sihat. Sebagai contoh yang ekstrim, adalah tidak mustahil bagi seseorang pelajar lemah tidak
diterima masuk ke sesebuah sekolah demi memastikan prestasi akademiknya tidak terjejas.
16. Para hadirin sekelian, kelompok isu terakhir yang akan saya bahas adalah mengenai penanda arasan antarabangsa ataupun “benchmarking”. Kita ikut serta dalam dua proses penilaian pencapaian antarabangsa dan hasilnya, juga mendukacitakan.
17. Dalam penilaian Programme for International Students Assessment (PISA) 2009, Malaysia diletakkan pada tangga yang ke 55 daripada 74 negara yang ikut serta. Ini adalah dalam aspek membaca, manakala dalam pencapaian matematik, kita berada ditangga ke 57 dan dalam sains, kita di tangga ke 52. Daripada penilaian ini juga, sebahagian besar pelajar kita yang berumur 15 tahun gagal memenuhi kelayakan minimum. Lebih spesifik, 60% tidak memenuhi keperluan minimum untuk matematik, 44%
dalam membaca dan 43% dalam sains. Trends in International Mathematics dan Science Study (TIMSS) 2007, juga menghasilkan keputusan yang hampir sama. Secara purata, 20% pelajar kita tidak menepati keperluan minimum dalam matematik dan sains. Dapatan pada tahun 2007 ini juga menunjukkan penurunan daripada dapatan 2003 dan trend ini pasti mengkhuatirkan. Anehnya, dapatan ini tidak selaras dengan pencapaian cemerlang peringkat nasional yang hampir setiap tahun di hebahkan secara besar-besaran. Apakah sistem penilaian kita rendah, tidak menepati “standard” dan tidak tepat sehingga kita cemerlang menurutnya tapi gagal berprestasi apabila berdepan dengan penilaian
antarabangsa yang lebih konklusif?
18. Persoalannya, bagaimanakah sistem pendidikan ini dapat kita perbaiki? Saya syorkan kita bermula dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Negara 2013 – 2025. Antara lainnya, pelan ini menggariskan 11 aspek utama yang memerlukan anjakan signifikan untuk menjamin kejayaan sistem pendidikan kita. Saya berharap pelan ini tidak dianggap sebagai mutlak atau muktamad kerana kita harus ingat bahawa penggubalan pelan ini dilaksanakan oleh orang-orang yang dihasilkan oleh sistem yang sama. Oleh itu besar kemungkinannya apa jua kelemahan yang cuba diatasi, dilihat dan difikirkan daripada satu sudut pandang sahaja. Barang diingat bahawa pendekatan begini tidak mungkin menghasilkan penyelesaian yang menyeluruh. Seperkara lagi, dasar tanpa pelaksanaan yang betul dan konsisten tidak mungkin berjaya. Oleh itu, tumpuan khusus harus diberi untuk memantau dan memastikan pelaksanaannya. Kita juga harus menerima sebarang ide untuk pembaikan pelan ini dan ia hendaklah diterap dan dilaksanakan bersama pelan tersebut.
19. Para hadirin sekelian, perkara selanjutnya yang akan saya sentuh adalah mengenai penguasaan bahasa dan kemahiran berkomunikasi. Untuk ini, saya merayu semua pihak untuk berkongsi dengan pemikiran yang jernih, tanpa emosi dan sentimen.
20. Para hadirin sekelian, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan tidak perlu kita ragu dan kita bahas. Titik.
21. Untuk urusan komunikasi dan bahasa ini, kita harus melihat dengan kacamata yang lebih besar berdasarkan realiti yang menyelubungi kita. Menguasai bahasa untuk komunikasi yang cekap dan berkesan tidak boleh dipertikaikan. Bahasa apa pun, hatta tanpa bunyi atau kata-kata sekalipun, seandainya cekap dan efektif dan memenuhi keperluan, perlu kita terapkan kepada pelajar kita. Kita harus ingat, individu yang menguasai banyak bahasa akan lebih berjaya daripada yang tidak, dengan catatan semua atribut lain pada tahap yang sama.
22. Para hadirin sekelian, ada satu perspektif yang menyatakan dengan berani bahawa sistem persekolahan harus berfungsi untuk tujuan berikut:
(1) tempat seseorang individu memahami kewujudan mereka dan belajar mendapatkan pengetahuan untuk membuat keputusan berkaitan dengan kehidupan sehari-harian mereka;
(2) penyepaduan budaya dimana anggota masyarakat yang berbilang kaum dan bangsa dapat menghargai adat resam yang berbeza;
(3) tempat untuk memperkaya dan memperdalam ilmu (dari semua aspek) untuk menghasilkan sesuatu bagi kesejahteraan hidup; dan
(4) tempat untuk menimba ilmu dan kemahiran untuk mendapatkan pekerjaan dan bermanfaat untuk masyarakat.
23. Para hadirin sekelian, renungkanlah apa yang berlaku sekarang. Perspektif mana pun yang kita pilih, seandainya kita jujur, akan meletakkan kita berada jauh daripada yang kita inginkan. Daripada keempat-empat tujuan seperti yang saya sebutkan tadi, kita masih gagal dalam tiga daripada empat aspek. Ini pun kerana ukuran pertama adalah terlalu subjektif dan susah untuk dikuantifikasikan. Kita gagal dalam urusan penyepaduan, kita gagal dalam memperkaya dan memperdalam ilmu kerana hari ini kita masih tergolong sebagai bangsa yang lebih kepada memanfaatkan teknologi daripada mencipta teknologi.
Akhir sekali, kita juga gagal dalam mempersiapkan tenaga kerja mahir dan berketrampilan. Kurang lebih 20% graduan kita menganggur dan majikan, terutama dari kalangan syarikat swasta dan MNC lebih cenderung untuk memilih graduan yang dari luar sistem kita.
24. Dengan hakikat ini, tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa sistem kita sekarang gagal dan kita tidak boleh mempertahankannya lagi. Satu tindakan yang ikhlas, berani dan radikal diperlukan. Saya sedar urusan perubahan ini memerlukan masa yang lama, tetapi kita boleh mempercepatkan proses ini dengan belajar dan melihat kepada model yang sudah berjaya dan terbukti seperti yang berlaku di China, Korea Selatan dan Finland.
25. Para hadirin sekelian, Falsafah Pendidikan Negara telah menggariskan secara komprehensif attribut yang sepatutnya ada pada individu yang telah melalui sistem pendidikan kita. Idealnya apabila lulusan kita mempunyai pengetahuan yang cukup dalam disiplin masing-masing, mempunyai keyakinan diri, berintegriti, mempunyai kemahiran insaniah yang mantap dan kompeten. Oleh yang demikian, apapun yang kita lakukan, kita harus senantiasa meletakkan matlamat ini sebagai hujungnya. Ada baiknya juga kalau kita sentiasa mempertanyakan setiap perbuatan kita; samada kita menyumbang atau tidak kepada pencapaian matlamat ini.
26. Satu isu yang sering diperkatakan ialah peranan pendidikan dalam pembentukan perpaduan kebangsaan, dan dalam menghasilkan budaya nasional yang menjadi perekat utama dalam usaha kita membentuk dan membina sebuah negara majmuk. Persoalan ini boleh merangsangkan perasaan dan berkait rapat dengan politik berteraskan ras. Saya anggap majlis malam ini bukanlah pentas sesuai untuk membicarakannya dan saya tidak bercadang untuk berbuat demikian.
27. Para hadirin sekelian, ketika diundang memberi ucapan di majlis makan malam ini, pihak tuan rumah telah meminta saya lancarkan buku bertajuk “Kami Ada Mimpi” yang merupakan himpunan penulisan oleh mereka yang berkait rapat dengan TFTN. Bagi maksud ini izinkan saya membaca serangkap puisi yang dipetik daripadanya:
kami ingin bermimpi, kawan
menyusun perca kehidupan yang berkecai
mencantum mimpi yang pudar warnanya
menerbangkan cita ke puncak harapan
menghapuskan derita dari dalam perasaan.
28. Dengan melafazkan Bismillahi rahmanir rahim, saya dengan segala sukacitanya melancarkan buku “Kami Ada Mimpi”. Selamat menjamu selera.
Wabillahitaufiq walhidayah; Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.
Astro Awani
Sat Jul 06 2013
Polis kesan orang hilang dari hospital
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan seseorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak 18 november lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Sulizmie Affendy Sulaiman dalam satu kenyataan, beliau tersebut kali terakhir dilihat keluar dari Wad Kecemasan & Trauma Hospital Kuala Lumpur pada jam 5:03 pagi.
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Sulizmie Affendy Sulaiman dalam satu kenyataan, beliau tersebut kali terakhir dilihat keluar dari Wad Kecemasan & Trauma Hospital Kuala Lumpur pada jam 5:03 pagi.
"Ada banyak perkara kita perlu belajar dari Palestin" - Son Heung-min
Kapten Korea Selatan, Son Heung-min menyatakan rasa kagum dengan corak permainan ditampilkan pasukan bola sepak Palestin sehingga mampu mengikat pasukannya.
Kes buli UPNM: Suspek mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai but spike
Pelajar senior yang dipercayai terlibat dalam kes buli penuntut tahun dua Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sehingga mangsa mengalami keretakan tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak, pada bulan lalu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
AWANI Ringkas: JPS beri amaran paras sungai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Empat lelaki didakwa culik dua warga asing
Empat lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan menculik dua lelaki warga asing dalam kejadian di tapak pembinaan di Telok Air Tawar, Butterworth pada 13 November lepas.
Perlu penyasaran FDI untuk pembangunan ekonomi yang berkesan - Pakar
Penganalisis Ekonomi, Prof Emeritus Datuk Dr. Zakariah Abdul Rashid, berkata, penekanan kepada nilai tambah domestik, pembangunan lestari, dan kesejahteraan rakyat adalah kunci kejayaan FDI.
Inflasi meningkat 1.9 peratus pada Oktober 2024
Inflasi Malaysia meningkat 1.9 peratus pada Oktober 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.4 berbanding 130.9 pada bulan
yang sama tahun sebelumnya.
yang sama tahun sebelumnya.
WhatsApp perkenal butang nyah langgan henti mesej spam promosi perniagaan
Ciri baharu ini membenarkan anda tekan satu butang untuk terus berhenti menerima sebarang mesej.
Marang dan Setiu kembali terjejas banjir
Jumlah mangsa banjir di Terengganu menunjukkan sedikit peningkatan hari ini, susulan dua daerah iaitu Marang dan Setiu kembali dinaiki air.
Dakwaan rasuah: Adani Group hilang projek lapangan terbang, tenaga di Kenya
Adani Group dari India kehilangan projek pembesaran lapangan terbang dan tenaga di Kenya selepas pengasasnya, Gautam Adani didakwa di Amerika Syarikat.
PRK Nenggiri: Ku Li seru pengundi keluar beramai-ramai esok
Pengundi Pilihan Raya Kecil(PRK) Dewan Undangan Negeri(DUN) Nenggiri tanpa mengira parti digalakkan untuk turun beramai-ramai menunaikan tangggungjawab masing-masing pada hari mengundi esok.
PRK Nenggiri: Ku Li janji Awie akan jadi wakil rakyat terbaik
Calon BN bagi PRK Nenggiri Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani mempunyai pengalaman luas dalam hal ehwal menjaga kebajikan penduduk.
BN akan terus perjuang isu hak milik tanah rakyat Kelantan Selatan - Ku Li
BN akan terus memperjuangkan isu hak milik tanah rakyat Kelantan Selatan yang telah berlarutan puluhan tahun.
‘Mereka sudah pindah kiblat, wajar kosongkan kerusi’ - Ku Li
Ahli Parlimen atau ADUN yang menyatakan sokongan kepada parti lain disifatkan sudah berpindah pendirian dalam perjuangan politik.
PRN: Lantik Ku Li pengarah pilihan raya, Amanah serah pada BN
Amanah berkata pihaknya tidak memaksa BN untuk menerima keputusan tersebut.
Ku Li dilantik Penasihat UMNO - Laporan
Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah dilantik sebagai penasihat kepada parti berkenaan, menurut sumber.
Haramkan penerimaan dana politik dari luar, cadang Tengku Razaleigh
Ku Li mendakwa, politik wang terus menular dalam negara disebabkan penguatkuasaan undang-undang yang longgar dan lemah.
Pemilihan UMNO: Tengku Razaleigh pertahan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang sejak 1962
Ku Li berjaya meraih 453 undi berbanding dua pencabarnya Che Mohd Izani Che Musa dengan 46 undi dan Datuk Saari Lembut yang hanya memperoleh lima undi.
Wakil Ku Li gagal batalkan keputusan PRU15 Parlimen Gua Musang
Petisyen ini didapati difailkan dengan tidak mematuhi undang-undang kerana melepasi had masa 28 hari.
Ku Li seru pengundi muda tidak boikot PRU15, rebut peluang mengundi
Pemilih berusia 18 tahun yang bakal mengundi buat kali pertama pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diseru keluar beramai-ramai menunaikan tanggungjawab mereka.