Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengumumkan perletakan jawatan berkuat kuasa esok.
Menurut Maszlee, beliau berbuat demikian selepas mendapat nasihat daripada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Berikut adalah teks ucapan penuh Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik sebelum mengumumkan perletakan jawatan beliau yang berkuat kuasa esok:
1. Assalamualaikum, Selamat Sejahtera dan Salam Tahun Baru 2020.
2. Terima kasih kepada semua yang hadir terutamanya pihak media dan warga keluarga KPM.
3. Ketika saya masuk ke bangunan ini sebagai Menteri Pendidikan hampir 20 bulan yang lalu, saya sering membayangkan betapa beratnya tanggungjawab memegang 2 kementerian strategik di negara ini.
4. Dari hari pertama, saya membayangkan kontroversi demi kontroversi.
5. Namun, semenjak tahun 2018, KPM telah bersikap telus dengan segala inisiatif dan progres usaha-usaha reformasi pendidikan. KPM telah menjadi kementerian pertama yang membentangkan laporan 100 hari Pakatan Harapan, kemudiannya kad laporan prestasi setahun (Jun 2018 - Jun 2019) dan kad laporan untuk tahun 2019. Trend ini telah diikuti oleh kementerian- kementerian yang lain.
6. Tahun 2019 kemudiannya membuktikan beberapa inisiatif yang kita perkenalkan akhirnya membuahkan hasil. Hampir 90% projek sekolah daif yang kita usahakan, siap lebih awal. Kita paparkan progres sekolah daif ini di laman web. Tidak pernah sebelum ini projek kerajaan begitu transparen dan boleh diakses oleh orang awam. Dasar inklusif yang kita perkenalkan untuk Murid Berkeperluan Khas (MBK), warga B40, anak-anak tiada dokumen serta polisi sifar cicir semuanya memberikan makna baharu kepada ratusan ribu anak murid di seluruh negara. Yang mana sebahagian mereka, berada dalam keadaan bahaya kerana tidak berada di sekolah.
7. Inisiatif lain, yang sebahagian besar adalah untuk mengurangkan beban guru dan seterusnya memberi semula semangat baharu kepada warga sekolah, gerakan Malaysia Membaca serta bacaan semula AUKU di Parlimen juga adalah bukti komitmen Pakatan Harapan melakukan reformasi pendidikan.
BACA: 'Atas nasihat Ayahanda Tun M, saya letak jawatan Menteri Pendidikan' - Maszlee
8. Kita juga mahu meletakkan semula peningkatan kualiti sebagai asas utama pendidikan. Kita harus faham kualiti pendidikan tidak boleh diperbaharui semalaman. Terdapat banyak isu sistemik yang kompleks. Salah satu daripadanya ialah korupsi. Umum mengetahui, banyak pihak yang mendapat kontrak melalui kabel-kabel tertentu sebelum ini, dan KPM bekerja keras untuk membanteras amalan ini. KPM bahkan membawa masuk Tan Sri Ambrin Buang dan jawatankuasanya untuk memastikan terdapatnya semak imbang, dan menunjukkan kepada umum betapa serius KPM terhadap isu ini.
9. Perancangan KPM untuk tahun 2020 lebih besar daripada semua pencapaian 2019 ini. Dengan sebahagian daripada halangan-halangan sistemik ini telah berjaya kita selesaikan, kita akan mampu melaksanakan reformasi sistem yang lebih besar. Misalnya, pendidikan digital hanya dapat dilaksanakan jika semua sekolah mempunyai sistem internet yang pantas dan stabil. Sebelum ini terdapatnya monopoli dan para guru langsung tidak menggunakan platform tersebut kerana ia terlalu perlahan dan mereka tidak mempunyai pilihan. KPM memastikan sistem ini dibuka agar sekolah dapat memilih apakah pembekal internet yang terbaik serta platform yang lebih sesuai untuk anak-anak mereka. Hanya setelah ini, kita boleh fokus kepada IR 4.0 dan pendidikan STEM di sekolah.
10. Selain pelan digital pendidikan, perancangan tahun 2020 KPM juga adalah untuk meningkatkan kualiti sekolah dan universiti dengan memfokuskan guru, pensyarah, pentadbir dan penggubal dasar. Untuk guru, inilah sebabnya mengapa KPM bekerja keras mengurangkan beban kerja yang tidak relevan agar seterusnya kita dapat meningkatkan pedagogi. Malah Akta Pendidikan juga akan disemak semula untuk membolehkan anak-anak kita diwajibkan menghabiskan sekolah menengah.
11. Untuk universiti pula, kita akan memastikan mereka dapat bersaing lebih kompetetif di peringkat dunia. Universiti kita perlu belajar daripada universiti terbaik di dunia. Kerangka kebolehpasaran akan dilancarkan, yang mana lebih banyak program yang relevan dan hubungan industri yang lebih kuat akan menjadi keutamaan. Bacaan semula AUKU akan memberi lebih autonomi kepada universiti dan kebebasan akademik untuk meningkat kualiti. Ini termasuk semua pembaharuan dalam program TVET kita sehingga kebolehpasaran graduan TVET meningkat kepada 96.5%.
12. Walau bagaimanapun, sebagaimana yang selalu saya tekankan dengan pegawai saya sebelum ini, kita semua harus merubah diri kita dahulu sebelum mengubah sekolah dan universiti. KPM harus bergerak menjadi lebih efektif dan proaktif. Setiap program harus berorientasikan ‘outcome based’. Ketika saya mengemudi KPM, saya selalu mengalu-alukan ‘public private pertnership’ kerana saya tahu, kita tidak dapat melaksanakan reformasi sistem ini berseorangan. Sekolah milik komuniti, universiti milik masyarakat. Kejayaan sistem pendidikan adalah bermakna kejayaan masyarakat. Pendidikan adalah tanggungjawab semua.
13. Namun sepertimana saya jelaskan pada awal, saya dilihat menimbulkan banyak krisis kepada kepimpinan terutama melibatkan isu Jawi, internet sekolah dan isu sarapan percuma.
14. Walaubagaimanapun saya percaya saya telah meletakkan asas dan hala tuju yang jelas untuk dituruti warga KPM. Ia terhimpun dan tersemat kemas dalam 3 kalimah keramat, ‘Pendidikan Untuk Semua’. Saya percaya keputusan ini bukanlah pengakhiran, sebaliknya sebuah permulaan yang baharu. Percayalah, reformasi negara tidak akan pernah berjaya tanpa menjadikan kebajikan rakyat sebagai tumpuan paling utama.
15. Saya ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada YAB Tun Mahathir kerana telah memberi peluang selama 20 bulan untuk saya mengemudi KPM. Ia adalah hadiah terbaik kepada saya sebagai pendidik dan aktivis akademia. Saya juga ingin menyatakan pendirian, sokongan dan ketaatan yang tidak berbelah bagi kepada beliau dan parti saya, PPBM.
16. Di atas nasihat YAB Perdana Menteri, dan di atas dasar ketaatan dan disiplin kepada kepimpinan parti dan kerajaan, maka dengan hati yang redha walaupun berat, saya, Maszlee Malik, dengan ini meletakkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia, berkuatkuasa 3 Januari.
Kenyataan Media
Thu Jan 02 2020
![Teks penuh ucapan Menteri Pendidikan, Maszlee Malik sebelum letak jawatan Teks penuh ucapan Menteri Pendidikan, Maszlee Malik sebelum letak jawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/81571800902_TBMASZLEE.jpg)
Menurut Maszlee, beliau berbuat demikian selepas mendapat nasihat daripada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Selain guru, tugas didik pelajar adalah tanggungjawab bersama - PM Anwar Selain guru, tugas didik pelajar adalah tanggungjawab bersama - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720852162_tbAnwarIbrahim.jpg)
Selain guru, tugas didik pelajar adalah tanggungjawab bersama - PM Anwar
Tugas mendidik seseorang pelajar merupakan tanggungjawab bersama dan tidak seharusnya disandarkan sepenuhnya kepada guru, kata Perdana Menteri.
![Keputusan SPM 6A, pelajar hidap angin ahmar ingin jadi guru Keputusan SPM 6A, pelajar hidap angin ahmar ingin jadi guru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716806541_PelajarSekolahMene.jpg)
Keputusan SPM 6A, pelajar hidap angin ahmar ingin jadi guru
Siti Nur Amalin memilih untuk mengulang kaji pelajaran secara bersendirian selain membuat latihan dan sentiasa fokus ketika guru mengajar.
![KPM beri jaminan bebanan tugas, masalah kekurangan guru diatasi apabila satu sesi dilaksanakan KPM beri jaminan bebanan tugas, masalah kekurangan guru diatasi apabila satu sesi dilaksanakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712126565_WongKahWohjpg.jpg)
KPM beri jaminan bebanan tugas, masalah kekurangan guru diatasi apabila satu sesi dilaksanakan
Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan bebanan tugas serta masalah kekurangan guru dapat diatasi apabila sistem satu sesi di semua sekolah di seluruh negara dilaksanakan sepenuhnya.
![Pemangku Raja Perlis seru semua pihak main peranan capai transformasi pendidikan berkualiti Pemangku Raja Perlis seru semua pihak main peranan capai transformasi pendidikan berkualiti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716458975_FaizuddinPutraJama.jpg)
Pemangku Raja Perlis seru semua pihak main peranan capai transformasi pendidikan berkualiti
Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru semua pihak supaya memainkan peranan bagi mencapai transformasi pendidikan berkualiti.
![Polis siasat wanita dakwa diri Imam Mahdi Polis siasat wanita dakwa diri Imam Mahdi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715672549_TBLOGOPDRM.jpg)
Polis siasat wanita dakwa diri Imam Mahdi
Polis sedang menyiasat seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi seperti tular di media sosial sejak semalam.
![Guru dituntut kelola sesi pengajaran ikut suasana pembelajaran masa kini Guru dituntut kelola sesi pengajaran ikut suasana pembelajaran masa kini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710487690_TBTUANKUSYEDFAIZ.jpg)
Guru dituntut kelola sesi pengajaran ikut suasana pembelajaran masa kini
Guru dituntut untuk mengelola sesi pengajaran mengikut kesesuaian pelajar dalam suasana pembelajaran kini yang mementingkan kepantasan dan ketepatan.
![Guru tampar, cekik murid ditempatkan di Pejabat Pendidikan Islam daerah - Exco Guru tampar, cekik murid ditempatkan di Pejabat Pendidikan Islam daerah - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81714985537_TBFAREED.jpg)
Guru tampar, cekik murid ditempatkan di Pejabat Pendidikan Islam daerah - Exco
Guru terbabit juga didakwa memarahi beberapa orang murid yang lain dengan mengeluarkan kata-kata kesat.
![KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714439726_TBMEMjpg.jpg)
KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
Kelas prasekolah akan diperluas di seluruh institusi pendidikan bawah KPM bagi memastikan isu keciciran murid dapat ditangani daripada awal.
![Enam lagi laporan kes liwat pelajar Enam lagi laporan kes liwat pelajar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714298313_DatukMuhamadZakiH.jpg)
Enam lagi laporan kes liwat pelajar
Polis tidak menolak kemungkinan beberapa lagi laporan polis akan dibuat oleh mangsa lain selepas seorang ustaz dicekup dipercayai meliwat tiga pelajar lelaki di sebuah pusat tahfiz di Machang.
![Pedofilia MRSM Tumpat: Polis selesai panggil 14 individu Pedofilia MRSM Tumpat: Polis selesai panggil 14 individu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712575894_DatukMuhamadZakiH.jpg)
Pedofilia MRSM Tumpat: Polis selesai panggil 14 individu
Polis selesai memanggil 14 individu untuk dirakam keterangan berhubung kes pedofilia melibatkan seorang guru di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Tumpat.