Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada Sabtu memperkenalkan teknologi 'Fibre Mastic Asphalt' (FMA) yang mampu mengurangkan antara 15 dan 20 peratus kos menaik taraf jalan raya di negara ini.
Timbalan Menterinya Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah berkata teknologi diperkenalkan melalui agensi di bawah kementeriannya, Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC), itu juga mampu meningkatkan ketahanan jalan raya antara tujuh dan 10 tahun berbanding turapan biasa.
Beliau berkata menaik taraf jalan raya dengan teknologi itu mampu menampung bebanan tinggi dan seterusnya dapat mengatasi masalah kerosakan jalan raya kerana mempunyai kapasiti untuk menampung kenderaan muatan berat.
"Dengan kos menaik taraf dikurangkan, dan ketahanan bertambah ini merupakan satu penjimatan yang sangat baik untuk negara," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Projek Inovasi Sosial MOSTI (MSI) Menaik Taraf Jalan Kampung di Jalan Wakaf Bertam Ulu di sini semalam.
Pembangunan teknologi itu di bawah program MSI dilaksanakan di negara ini dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Novapave Sdn Bhd.
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif MTDC Datuk Norhalim Yunus dan Ketua Eksekutif Novapave Sdn Bhd Fareez Fahmi.
Mengulas lanjut, Abu Bakar berkata teknologi itu telah diguna pakai di Korea Selatan serta India, dan MOSTI berharap ia dapat diterima serta dikomersialkan syarikat yang terlibat dalam industri penurapan jalan raya di negara ini.
"Program ini merupakan projek MSI yang ke-13 bagi Melaka dan sehingga kini MOSTI telah membelanjakan kira-kira RM3.8 juta menerusi projek MSI sepanjang tahun lepas," katanya.
Sementara itu, Norhalim berkata teknologi berkenaan menggunakan 'fibre selulos' sebagai bahan pembinaan dan merupakan gentian yang dihasilkan daripada bahan buangan domestik kelapa sawit atau dikenali sebagai Novacel.
Beliau berkata melalui penyelidikan yang dijalankan, Novacel yang dihasilkan dalam bentuk gentian selulos dipertingkatkan kualiti dan sifatnya bagi menstabilkan campuran asphalt.
MTDC ditubuhkan pada 1992 berperanan sebagai agen pemacu pembangunan syarikat berasaskan teknologi, menggalakkan pemindahan hasil penyelidikan dan pembangunan tempatan serta pemangkin kepada pertumbuhan industri modal teroka di negara ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 04 2017

Abu Bakar berkata teknologi FMA telah diguna pakai di Korea Selatan serta India, dan MOSTI berharap ia dapat diterima serta dikomersialkan syarikat yang terlibat dalam industri penurapan jalan raya di negara ini. - Gambar fail
Pengeluaran akaun fleksibel cecah RM12.07 bilion
Jumlah pengeluaran Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencecah RM12.07 bilion setakat 31 Disember 2024, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. Katanya, pengeluaran itu melibatkan sebanyak 4.11 juta ahli yang berumur bawah 55 tahun.
Pertumbuhan KDNK di rantau Asia-Pasifik diunjur perlahan kepada 3.7 peratus tahun ini
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seluruh rantau Asia-Pasifik (APAC) diunjurkan perlahan kepada 3.7 peratus pada 2025 daripada jangkaan 3.9 peratus pada 2024 disebabkan ketegangan perdagangan, perubahan dasar, dan pemulihan tidak seimbang.

ACLE: Ini semua untuk 'Bangsa Johor' - Jordi Amat
Kapten JDT dedikasi kejayaan pasukan itu ke ACLE buat semua 'Bangsa Johor.'

Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri
Muhammad Sufi Abdul Aziz, 36, menerima sumbangan itu daripada wakil Perdana Menteri, Pengarah Pejabat ICU Kedah Zaiton Yahya.
Sumbangan PMX: lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan PM
Seorang lelaki yang tular menjual daging salai bagi mengumpul dana untuk membiayai kos pembedahan memasang implan tempurung kepala, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyalurkan sumbangan RM15,000 kepadanya.

Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar
Perkara itu antara dibangkitkan pada kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota dan PM Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
-Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan
-Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
-Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam
-Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan
-Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
-Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam

Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Lee minta Perdana Menteri menyatakan inisiatif kerajaan dalam memperkasakan golongan muda yang berminat dalam pembelajaran berasaskan kemahiran

Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar
Selain usaha pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.

Johor komited bangunkan industri nanas
Kerajaan negeri akan terus memperkasa kegemilangan Johor sebagai pengeluar utama nanas di peringkat nasional dan antarabangsa.

Pertandingan robot tempur platform lahirkan pakar muda dalam bidang inovasi
Penganjuran Pertandingan Robot Tempur Malaysia 2017 mampu melahirkan lebih ramai tenaga pakar dalam kalangan pelajar.

Jumlah pelajar ikuti program sains, teknologi di IPT berkurangan
Jumlah pelajar yang mengikuti program dalam bidang sains dan teknologi di IPT di negara ini berkurangan.

Rakyat Malaysia perlu sokong dan hargai inovasi termpatan - Abu Bakar
Rakyat di negara ini diseru supaya menyokong dan menghargai inovasi anak tempatan bagi membolehkan pertumbuhan bidang itu dapat terus dipacu pada masa akan datang.

Teknologi FMA kurangkan 20 peratus kos naik taraf jalan raya - MOSTI
MOSTI memperkenalkan teknologi 'Fibre Mastic Asphalt' (FMA) yang mampu mengurangkan antara 15 dan 20 peratus kos menaik taraf jalan raya di negara ini.

Mosti nafi dakwaan salah guna dana geran R&D RM1.152 bilion
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) menafikan dakwaan berlaku salahguna dana geran berjumlah RM1.152 bilion.