GEORGE TOWN: Orang ramai tidak perlu bimbang dengan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) kerana ia tidak akan mengambil alih peranan manusia dalam sektor pekerjaan di negara ini.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang berkata teknologi itu sebaliknya akan mewujudkan lebih banyak pekerjaan baharu yang memerlukan kemahiran teknologi tinggi dan terkini.
''Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) tidak melihat teknologi seperti AI akan mengambil alih atau menggantikan manusia dari segi pekerjaan, tetapi pekerjaan yang akan datang atau masa depan perlukan set kemahiran baharu, maka kita perlu ada kapasiti latihan yang baharu.
"Ia juga akan mewujudkan keperluan untuk pekerja berkemahiran tinggi kerana kita memerlukan orang untuk menguruskan sistem penyelenggaraan AI, IoT (Internet Benda) dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian STEM Showcase 2023 di Karnival Minggu Sains Negara 2023 Peringkat Pulau Pinang di sini hari ini.
Chang berkata negara pada masa ini memberi tumpuan kepada sukatan pelajaran yang baharu merangkumi teknologi AI, pengekodan dan robotik dengan MOSTI sedang bekerjsama dengan Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengajian Tinggi serta Kementerian Sumber Manusia untuk menubuhkan satu jawatankuasa bersama bagi mempromosikan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
"Sebab itu MOSTI memberi tumpuan untuk memupuk minat terhadap STEM dalam kalangan pelajar bagi melahirkan generasi akan datang sebagai pekerja berkemahiran tinggi," katanya.
Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan peruntukan RM100,000 kepada Penang Tech Dome untuk meneruskan peranannya dalam mempromosikan bidang Sains, Teknologi dan Inovasi (STI).
Terdahulu, dalam ucapannya, Chang berkata MOSTI menyasarkan seramai 1.7 juta pengunjung terutama pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi menghadiri dan menyertai Karnival Minggu Sains Negara 2023 yang dilaksanakan sepanjang tahun ini di seluruh negara.
Beliau berkata pihaknya optimis sasaran itu mampu dicapai kerana setiap aktiviti yang diadakan menggunakan kaedah praktikal yang melibatkan pengamal serta pakar sains dan teknologi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 25 2023
![Teknologi AI tidak ambil alih pekerjaan manusia - Chang Teknologi AI tidak ambil alih pekerjaan manusia - Chang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41686242457_TBChangLihKang.jpg)
Chang Lih Kang berkata teknologi itu sebaliknya mewujudkan lebih banyak pekerjaan baharu yang memerlukan kemahiran teknologi tinggi dan terkini. - Gambar fail
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![SPRM adaptasi teknologi AI, perkukuh usaha banteras rasuah - Azam Baki SPRM adaptasi teknologi AI, perkukuh usaha banteras rasuah - Azam Baki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739463987_AzamBaki.jpg)
SPRM adaptasi teknologi AI, perkukuh usaha banteras rasuah - Azam Baki
SPRM akan beradaptasi dengan teknologi baharu termasuk menggunakan kecerdasan buatan (AI) bagi memperkukuh usaha membanteras rasuah di negara ini selaras dengan iltizam kerajaan.
![UK bakal mulakan ujian saringan kanser payudara guna AI UK bakal mulakan ujian saringan kanser payudara guna AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738669464_kanserpayudara.jpg)
UK bakal mulakan ujian saringan kanser payudara guna AI
Ujian saringan kanser payudara menggunakan AI bertujuan mempercepat diagnosis dan mengurangkan tekanan kepada pakar radiologi.
![Usah bimbang terhadap AI - Wartawan veteran Usah bimbang terhadap AI - Wartawan veteran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736350888_DatukYongSooHeong.jpg)
Usah bimbang terhadap AI - Wartawan veteran
AI perlu dianggap sebagai rakan yang membantu individu dalam industri ini untuk menjadi wartawan, penulis dan penyampai yang lebih baik.
![Indonesia rancang peraturan nasional terperinci mengenai AI Indonesia rancang peraturan nasional terperinci mengenai AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51725854695_ArtificialIntellige.jpg)
Indonesia rancang peraturan nasional terperinci mengenai AI
Kerajaan Indonesia akan merangka peraturan yang lebih terperinci dan komprehensif mengenai penggunaan dan pengawalan kecerdasan buatan (AI).
![APMM pastikan tatakelola di tahap terbaik, lengkapkan pegawai dengan AI APMM pastikan tatakelola di tahap terbaik, lengkapkan pegawai dengan AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729691433_TBAPMM.jpg)
APMM pastikan tatakelola di tahap terbaik, lengkapkan pegawai dengan AI
APMM akan memastikan 2025 menjadi tahun pelaksanaan tatakelola yang terbaik agensi itu sama ada dalam pengurusan mahupun penguatkuasaan.
![Kilang kelapa sawit disaran guna teknologi AI - Johari Kilang kelapa sawit disaran guna teknologi AI - Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732005339_JohariAbdulGhani.jpg)
Kilang kelapa sawit disaran guna teknologi AI - Johari
Kilang-kilang kelapa sawit dalam negara disaran menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk memproses buah sawit.
![Media Malaysia disaran bangun teknologi baharu guna kaedah AI Media Malaysia disaran bangun teknologi baharu guna kaedah AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71727440543_FahmiFadzil.jpg)
Media Malaysia disaran bangun teknologi baharu guna kaedah AI
Organisasi media di Malaysia disaran membangunkan teknologi baharu bagi menambah baik kualiti kandungan, dengan mengambil kira aspek kecerdasan buatan (AI) yang semakin meluas digunakan ketika ini.
![Mindef sokong usaha PBB kaji penggunaan AI untuk pasukan pengaman dalam operasi ketenteraan Mindef sokong usaha PBB kaji penggunaan AI untuk pasukan pengaman dalam operasi ketenteraan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61725887689_TBREAIM.jpg)
Mindef sokong usaha PBB kaji penggunaan AI untuk pasukan pengaman dalam operasi ketenteraan
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata hal ini kerana teknologi AI semakin banyak diaplikasikan dalam bidang ketenteraan di seluruh dunia.
![Malaysia pertimbang, kaji penggunaan teknologi AI dalam sektor pertahanan negara Malaysia pertimbang, kaji penggunaan teknologi AI dalam sektor pertahanan negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41725887593_TBREAIM.jpg)
Malaysia pertimbang, kaji penggunaan teknologi AI dalam sektor pertahanan negara
Kementerian Pertahanan sedang mempertimbangkan untuk meningkatkan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam sektor ketenteraan bagi menguatkan lagi keupayaan pertahanan Malaysia.
![Fahmi saran organisasi media manfaat sepenuhnya teknologi AI Fahmi saran organisasi media manfaat sepenuhnya teknologi AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41722497579_FahmiFadzil.jpg)
Fahmi saran organisasi media manfaat sepenuhnya teknologi AI
Fahmi berkata ketika ini, banyak hasil AI terutama AI Generatif (GenAI) dapat disiarkan dalam format audio visual.