KUALA LUMPUR: Teknologi kecerdasan buatan (AI) boleh diguna pakai untuk membantu mengurangkan kebergantungan kepada tenaga pakar dalam bidang keselamatan siber buat masa ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
"Apabila kita teliti terutama di institusi pengajian tinggi awam dan swasta, 'cohort' yang menyediakan tenaga pakar dalam keselamatan siber ini masih kecil... teknologi AI boleh digunakan untuk membantu dalam aspek keselamatan siber walaupun kita kekurangan pakar.
"Namun, secara asasnya kita masih memerlukan tenaga pakar, contohnya organisasi perlu mewujudkan jawatan yang dikenali sebagai CISO (Ketua Pegawai Keselamatan Maklumat) dan ini penting untuk mengendali dan menyelaras aspek keselamatan siber dalam organisasi," katanya pada sidang media selepas merasmikan PNB Planet Cyber 2023, anjuran Permodalan Nasional Bhd (PNB), di sini pada Selasa.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Jumaat lepas berkata Malaysia kekurangan pakar keselamatan siber memandangkan negara hanya memiliki 13,000 daripada 25,000 pekerja yang diperlukan dalam bidang itu menjelang 2025.
Menyentuh mengenai kemajuan pelaksanaan teknologi 5G di Malaysia, Fahmi berkata kesemua penyedia perkhidmatan komunikasi (MNO) telah diberikan deraf Perjanjian Langganan Saham semalam dan kini dalam proses memperincikan beberapa perkara berbangkit.
"Sejurus kita mencapai 80 peratus (liputan kawasan berpenduduk) barulah kerajaan akan mengumumkan pembentukan entiti kedua.
"Sama ada MNO mencapai persetujuan bersama, MNO mana yang akan membentuk entiti A dan B, atau MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) akan putuskan," katanya.
Terdahulu dalam ucapan perasmiannya, Fahmi berkata semua pihak perlu memastikan aspek perlindungan data termasuk data peribadi pengguna dijamin susulan banyak berlaku serangan siber.
"Apa sahaja yang disambungkan ke Internet akan terdedah kepada pelbagai risiko dan ancaman siber.
"Oleh itu, Malaysia sentiasa memberikan keutamaan kepada strategi keselamatan siber yang pragmatik bagi memastikan kita mempunyai ruang siber yang terjamin, dipercayai dan berdaya tahan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 28 2023

Fahmi berkata semua pihak perlu memastikan aspek perlindungan data termasuk data peribadi pengguna dijamin susulan banyak berlaku serangan siber. - Foto BERNAMA
Somalia tolak cadangan penempatan semula penduduk Gaza
Somalia dan wilayah pemisahnya, Somaliland, menegaskan bahawa mereka tidak menerima sebarang cadangan daripada Amerika Syarikat atau Israel untuk menempatkan semula rakyat Palestin dari Gaza.

Penasihat agensi pelancongan ditahan cederakan remaja akibat salah faham
Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku akibat perselisihan faham ketika kedua-dua individu berkenaan sedang memandu di kawasan Saujana Impian.
Peguam dakwa Duterte diculik, uzur untuk dibicara di ICC
Bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, didakwa di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan selepas tiba di Belanda pada Rabu lalu.
AS kena sekatan terhadap pegawai Thailand
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Marco Rubio, pada Jumaat mengumumkan sekatan terhadap pegawai kerajaan Thailand atas peranan mereka dalam pengusiran sekurang-kurangnya 40 etnik Uyghur ke China.
Hamas tawar bebas tebusan jika Israel teruskan rundingan
Hamas pada Jumaat menawarkan untuk membebaskan seorang rakyat Amerika-Israel jika Israel bersetuju memulakan fasa seterusnya dalam rundingan gencatan senjata ke arah menamatkan perang secara kekal.

Tiket ETS KTMB sempena Aidilfitri hanya berbaki 20 peratus
Tiket ETS yang dijual sejak 3 Mac lepas kini hanya berbaki 20 peratus daripada lebih 100,000 tiket yang ditawarkan sempena Aidilfitri.

Polis siasat sekumpulan lelaki keluarkan 28 kereta tanpa kebenaran
Polis sedang menyiasat aduan mengenai tindakan sekumpulan lelaki mengeluarkan 28 kereta yang masih menunggu keputusan mahkamah berkaitan tuntutan insurans.

G7 gesa Rusia setuju gencatan senjata dengan Ukraine
G7 menggesa Rusia supaya memberikan respons dengan bersetuju terhadap gencatan senjata secara adil dan melaksanakannya sepenuhnya.

Ketua Parti Liberal Mark Carney angkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-24 Kanada
Katanya, kabinet yang lebih kecil dan berpengalaman untuk bergerak lebih pantas, menjamin ekonomi Kanada dan melindungi masa depan negara itu.

Khazanah Nasional akan peroleh pegangan INCJ dalam Kumpulan EDOTCO
INCJ telah mencapai penghujung mandat pelaburannya dan menghargai usaha sama dengan INCJ, sejak penyertaannya pada 2017.

JSJK guna AI bagi penguatkuasaan, siasatan jenayah komersial
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengaplikasikan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi melancarkan proses penguatkuasaan atau siasatan jenayah komersial.

Umat Islam harus bina kekuatan ekonomi, kuasai AI dan digital - PM Anwar
Dalam menghadapi persaingan dunia yang sengit dan mencabar, umat Islam perlu merangkul usaha untuk membina kekuatan ekonomi serta menguasai kecerdasan buatan (AI) dan teknologi digital.

SPRM adaptasi teknologi AI, perkukuh usaha banteras rasuah - Azam Baki
SPRM akan beradaptasi dengan teknologi baharu termasuk menggunakan kecerdasan buatan (AI) bagi memperkukuh usaha membanteras rasuah di negara ini selaras dengan iltizam kerajaan.

UK bakal mulakan ujian saringan kanser payudara guna AI
Ujian saringan kanser payudara menggunakan AI bertujuan mempercepat diagnosis dan mengurangkan tekanan kepada pakar radiologi.

Usah bimbang terhadap AI - Wartawan veteran
AI perlu dianggap sebagai rakan yang membantu individu dalam industri ini untuk menjadi wartawan, penulis dan penyampai yang lebih baik.

Indonesia rancang peraturan nasional terperinci mengenai AI
Kerajaan Indonesia akan merangka peraturan yang lebih terperinci dan komprehensif mengenai penggunaan dan pengawalan kecerdasan buatan (AI).

APMM pastikan tatakelola di tahap terbaik, lengkapkan pegawai dengan AI
APMM akan memastikan 2025 menjadi tahun pelaksanaan tatakelola yang terbaik agensi itu sama ada dalam pengurusan mahupun penguatkuasaan.

Kilang kelapa sawit disaran guna teknologi AI - Johari
Kilang-kilang kelapa sawit dalam negara disaran menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk memproses buah sawit.

Media Malaysia disaran bangun teknologi baharu guna kaedah AI
Organisasi media di Malaysia disaran membangunkan teknologi baharu bagi menambah baik kualiti kandungan, dengan mengambil kira aspek kecerdasan buatan (AI) yang semakin meluas digunakan ketika ini.

Mindef sokong usaha PBB kaji penggunaan AI untuk pasukan pengaman dalam operasi ketenteraan
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata hal ini kerana teknologi AI semakin banyak diaplikasikan dalam bidang ketenteraan di seluruh dunia.