Ujian Teknologi Generasi Kelima (5G) yang dilancarkan di Putrajaya dan Cyberjaya pada April lalu akan diperluaskan ke seluruh negara menerusi projek demonstrasi 5G bermula Oktober ini.
Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo dengan komitmen awal Malaysia, ia akan meletakkan negara ini sebagai salah satu peneraju pengguna 5G di dunia.
Gobind berkata kementeriannya juga sedang mempertingkatkan kebersediaan dan akses kepada infrastruktur digital yang menjadi asas kepada Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP).
“Kementerian saya sedang mempertingkatkan kebersediaan dan akses kepada infrastruktur digital dan ini telah menjadi asas kepada NFCP, yang telah dilancarkan baru-baru ini.
“Kos pelaksanaan NFCP ini dianggarkan berjumlah RM21.6 bilion untuk tempoh 5 tahun bermula tahun ini dan kerajaan menganggarkan inisiatif ini boleh mewujudkan sebanyak 20,000 peluang pekerjaan termasuk kepada mereka yang berada di luar bandar.
“Peluang pekerjaan ini merangkumi aktiviti pembinaan, operasi serta penyelenggaraan infrastruktur digital,” katanya ketika memberikan ucapan pada Persidangan GSMA Mobile 360 Digital Societies di Hotel JW Marriot pada Selasa.
Katanya lagi, pelbagai inisiatif yang diambil dapat membantu mengurangkan jurang digital dan sekali gus menaik taraf kehidupan rakyat Malaysia.
Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan bahawa kementeriannya melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menjalankan kajian berkenaan ID Digital Nasional bagi memastikan rakyat Malaysia yakin berhadapan dengan aktiviti ekonomi digital serta memantapkan lagi keselamatan Internet.
"Kajian tersebut akan mengenal pasti rangka kerja yang sesuai untuk melaksanakan ID Digital Nasional.
“Kerajaan berharap pelaksanaan inisiatif baharu ini dapat melindungi data peribadi pengguna menerusi perkhidmatan dalam talian pada bila-bila masa," tambahnya.
Inisiatif ini diambil bagi meningkatkan kepercayaan rakyat untuk melaksanakan transaksi menerusi perkhidmatan dalam talian dengan kaedah pengesahan yang terkini, selamat dan melindungi privasi.
Isabelle Leong
Tue Sep 24 2019
![Teknologi 5G: Ujian diperluas ke seluruh negara Oktober ini - Gobind Teknologi 5G: Ujian diperluas ke seluruh negara Oktober ini - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/81569311430_TBGOBIND.jpg)
Gobind berkata kementeriannya juga sedang mempertingkatkan kebersediaan dan akses kepada infrastruktur digital yang menjadi asas kepada Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP). - BERNAMA
![Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739744866_AliaSazana.jpg)
Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita
Alia Sazana membidik 44 hit daripada keseluruhan 50 target, memadam rekod 41 hit dicipta penembak Korea Selatan, Yang Jiin, pada 2024.
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739744657_JohariTunOpeng.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Liputan 5G di Sarawak capai 63.8 peratus kawasan berpenduduk - Pengurus Besar SMA Liputan 5G di Sarawak capai 63.8 peratus kawasan berpenduduk - Pengurus Besar SMA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51681888525_malaysia.jpg)
Liputan 5G di Sarawak capai 63.8 peratus kawasan berpenduduk - Pengurus Besar SMA
Tahun lepas juga menyaksikan SMA memperkukuh keselamatan siber untuk agensi kerajaan negeri menerusi Program CyberSarawak.
![Syarat tambahan MCMC kepada U Mobile untuk pastikan keseimbangan, persaingan sihat - Fahmi Syarat tambahan MCMC kepada U Mobile untuk pastikan keseimbangan, persaingan sihat - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731134198_FahmiFadzil.jpg)
Syarat tambahan MCMC kepada U Mobile untuk pastikan keseimbangan, persaingan sihat - Fahmi
MCMC berhak mengenakan syarat tambahan kepada syarikat U Mobile Sdn Bhd sebelum memberikan spektrum untuk menjadi pelaksana rangkaian 5G kedua negara, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
![Malaysia hasrat pelajari kejayaan China dalam pelaksanaan 5G Malaysia hasrat pelajari kejayaan China dalam pelaksanaan 5G](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51727406394_FahmiFadzilmenter.jpg)
Malaysia hasrat pelajari kejayaan China dalam pelaksanaan 5G
Perkara itu antara yang dibincangkan Fahmi dalam mesyurat dua hala bersama Menteri Industri dan Teknologi Maklumat China Jin Zhuanglong.
![Kerajaan MADANI komited pastikan rakyat nikmati Internet berkelajuan tinggi 5G - Fahmi Kerajaan MADANI komited pastikan rakyat nikmati Internet berkelajuan tinggi 5G - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726529496_tbFahmiFadzilPemu.jpg)
Kerajaan MADANI komited pastikan rakyat nikmati Internet berkelajuan tinggi 5G - Fahmi
Setakat ini, 7,191 tapak 5G telah siap dibangunkan di seluruh negara dengan 564 di Sabah dan 551 di Sarawak.
![Transisi kepada penggunaan 5G di Malaysia dijangka matang dalam 10 hingga 15 tahun Transisi kepada penggunaan 5G di Malaysia dijangka matang dalam 10 hingga 15 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721795140_GROLLOUT.jpg)
Transisi kepada penggunaan 5G di Malaysia dijangka matang dalam 10 hingga 15 tahun
Proses transisi kepada penggunaan teknologi 5G di Malaysia dijangka matang sepenuhnya dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang.
![Maxis rai semangat 'Jiwa Merdeka', fokus perkasa kesalinghubungan Maxis rai semangat 'Jiwa Merdeka', fokus perkasa kesalinghubungan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51725079576_MAXISMERDEKA.jpg)
Maxis rai semangat 'Jiwa Merdeka', fokus perkasa kesalinghubungan
Penyedia telekomunikasi terkemuka negara, Maxis turut terlibat dengan perarakan kontinjen dan filem inspirasi yang mengetengahkan 'Jiwa Merdeka' dengan menampilkan kontinjen serba hijau dan belon unik
![TM komited sokong ekosistem 5G walaupun perjanjian ekuiti DNB dibatalkan TM komited sokong ekosistem 5G walaupun perjanjian ekuiti DNB dibatalkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71724683712_MenaraTM.jpg)
TM komited sokong ekosistem 5G walaupun perjanjian ekuiti DNB dibatalkan
Telekom Malaysia Bhd (TM) masih berminat untuk memainkan peranan penting dalam pembangunan ekosistem 5G di Malaysia.
![Vietnam sasar capai 100 peratus liputan jalur lebar di lebuh raya, landasan kereta api menjelang 2025 Vietnam sasar capai 100 peratus liputan jalur lebar di lebuh raya, landasan kereta api menjelang 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721207496_vietnamlebuhraya.jpg)
Vietnam sasar capai 100 peratus liputan jalur lebar di lebuh raya, landasan kereta api menjelang 2025
Sasaran ini adalah berikutan rancangan Kementerian Penerangan dan Komunikasi untuk meningkatkan kualiti rangkaian telekomunikasi mudah alih.
![Kolaborasi DNB-Shopee promosi manfaat 5G, digitalisasi dalam sektor PMKS Kolaborasi DNB-Shopee promosi manfaat 5G, digitalisasi dalam sektor PMKS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714047834_GobindSinghDeo.jpg)
Kolaborasi DNB-Shopee promosi manfaat 5G, digitalisasi dalam sektor PMKS
Perusahaan runcit negara perlu berdaya saing dengan memanfaatkan kelebihan 5G dan digitalisasi.
![Malaysia sasar tampil sekurang-kurangnya 40 kes penggunaan rangkaian persendirian 5G Malaysia sasar tampil sekurang-kurangnya 40 kes penggunaan rangkaian persendirian 5G](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51681888525_malaysia.jpg)
Malaysia sasar tampil sekurang-kurangnya 40 kes penggunaan rangkaian persendirian 5G
Perkembangan rangkaian 5G Malaysia cukup pantas, mencapai sehingga lebih 80 peratus liputan kawasan berpenduduk dalam tempoh dua tahun.