Platform media sosial sekali lagi menjadi tumpuan pengguna berjenaka susulan dua akaun media sosial rasmi Polis Diraja Malaysia digodam pada petang Isnin.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar turut mengesahkan kedua akaun tersebut telah digodam pada jam 2.20 petang Isnin.

Pengodam yang dikenali sebagai #‎AnonGHost‬ telah menukar cover photo dan gambar utama profil Facebook PDRM selain memuat naik gambar militan IS.

Susulan pengodaman itu, pengguna Twitter merasakan insiden itu sebagai sesuatu perkara yang melucukan lantas telah mewujudkan satu hashtag #TekaPasswordPolis.

Topik itu dimulakan oleh seorang pemilik nama akaun, @hawayou.


Berikut adalah antara tweet yang menarik perhatian dan melucukan.









PDRM berjaya memperoleh semula akses kepada laman Facebook dan Twitternya sekitar jam 4.38 petang.

Minggu lalu, hashtag #1MDBMovies menjadi bentuk gurauan para netizen terhadap skandal melibatkan 1MDB. Pengguna Twitter dilihat menggunakan tajuk filem-filem popular lalu mengaitkannya dengan individu-individu yang terlibat dalam isu 1MDB.

Dalam tempoh kurang satu jam, topik #TekaPasswordPolis menjadi topik trending paling popular di Malaysia.