PUTRAJAYA : Individu yang akan mengisi kekosongan ditinggalkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mulai Khamis ini, masih menjadi teka-teki.
Ketika ini, terdapat tiga Timbalan Ketua Pengarah (TKP) yang berada di peringkat tertinggi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Mereka ialah Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr Asmayani Khalib; Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Norhayati Rusli dan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan Dan Sokongan Teknikal), Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.
Dr Norhayati merupakan satu-satunya pegawai kanan tertinggi yang masih bersama Dr Noor Hisham sehingga sekarang sewaktu negara dilanda COVID-19 awal tahun 2020.
Ketika itu Dr Norhayati merupakan Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit sebelum dilantik ke jawatan terkini pada 15 Julai 2022.
Turut dilantik pada tarikh sama adalah Dr Muhammad Radzi.
Sementara, Dr Asmayani yang sebelum ini berkhidmat sebagai Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang dilantik sebagai TKP pada 17 Ogos 2021.
Sementara itu, Sinar Harian difahamkan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali masih belum menandatangani surat pelantikan tersebut.
Dr Noor Hisham yang juga dikenali sebagai Panglima Perang Covid-19 akan menamatkan khidmat bakti selama 35 tahun dalam bidang kesihatan negara pada 21 April ini. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Apr 17 2023
Individu yang akan mengisi kekosongan ditinggalkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mulai Khamis ini, masih menjadi teka-teki. - Gambar fail BERNAMA
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
Teka-teki pengganti Dr Noor Hisham
Dr Norhayati Rusli merupakan satu-satunya pegawai kanan tertinggi yang masih bersama Dr Noor Hisham sehingga sekarang sewaktu negara dilanda COVID-19 awal tahun 2020.