Berbaki lebih kurang dua minggu lagi untuk umat Islam menyambut Aidilfitri, orang ramai sudah mula meninggalkan ibu kota untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.
Tinjauan Sinar Harian di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Bandar Tasik Selatan di sini semalam mendapati suasana terminal tersebut mulai sesak bagaimanapun masih terkawal dan urusan pembelian tiket berjalan lancar.
Kesempatan cuti sekolah pertengahan tahun selama 16 hari dan cuti semester institusi pengajian tinggi (IPT) dua minggu dimanfaatkan orang ramai sebaik mungkin untuk pulang ke kampung halaman lebih awal bagi berpuasa dan menyambut persiapan hari raya bersama keluarga.
Siti Hahwani Sapri, 37 tahun, dari Bandar Tun Razak Pahang bersama tiga anaknya memanfaatkan cuti sekolah yang panjang kali ini untuk pulang awal ke kampung di Beruas, Perak.
“Saya bawa anak-anak pulang lebih awal untuk berjumpa datuk dan nenek mereka kerana sekarang ini cuti sekolah, dapatlah meluangkan masa lebih lama di sana. Tiket bas ini saya beli dah lama menerusi penjualan atas talian sebab takut habis,”
“Kami dari Bandar Tun Razak sampai di TBS awal tengahari tadi (semalam). Sekarang ini sedang tunggu untuk bas seterusnya menuju Beruas yang dijangka 6.30 petang ini (semalam)," katanya yang teruja untuk pulang kampung.
Anuar Ismail, 21 tahun, yang merupakan siswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam berkata, cuti semester dua minggu kali lebih menyenangkan perjalanannya untuk pulang ke kampung halamannya di Melaka kerana tidak sesak seperti tahun-tahun sebelum ini.
“Saya lega kali ini cuti semester sebelum raya jadi kami tidak kelam-kabut. Lepas saja selesai peperiksaan terus balik kampung,” katanya.
Sementara itu, tinjauan rambang di kaunter-kaunter tiket mendapati tiket ke Pantai Timur terutamanya ke Kelantan paling laris. Malah, jadual perjalanan awal Jun juga dikatakan sangat terhad.
Bagaimanapun, petugas di kaunter tiket memberitahu, perjalanan ke utara tanah air masih banyak dan boleh dibeli sama ada di kaunter mahupun atas talian.
Daripada aspek keselamatan pula, polis bantuan di TBS memaklumkan, ia dikawal rapi dan kesesakan yang dijangka lebih kritikal minggu depan akan ditangani dengan baik.
Berdasarkan pemerhatian, TBS menyediakan puluhan kaunter tiket dan juga beberapa mesin tiket layan diri bagi memudahkan orang ramai dan langkah berkesan untuk mengurangkan kesesakan terutamanya menjelang hari raya.
Sinar Harian
Sun May 26 2019
![TBS sesak, orang ramai mula balik kampung TBS sesak, orang ramai mula balik kampung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/41558832291_TBS.jpg)
Suasana terminal tersebut mulai sesak bagaimanapun masih terkawal dan urusan pembelian tiket berjalan lancar. - Foto BERNAMA
Sumbangan PMX: lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan PM
Seorang lelaki yang tular menjual daging salai bagi mengumpul dana untuk membiayai kos pembedahan memasang implan tempurung kepala, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyalurkan sumbangan RM15,000 kepadanya.
![Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41726966332_YusriCheLah.jpg)
Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan
Bagaimanapun, Yusri berkata, ia bukan tugas mudah lebih-lebih lagi JDT baru sahaja mengecap kejayaan mara ke pusingan 16 ACLE.
Wajib dapatkan permit langkah tepat jamin keselamatan ruang udara negara
Tindakan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang mewajibkan semua pengendali dron di negara ini untuk mendapatkan permit sebelum menerbangkan dron mereka merupakan tindakan tepat dalam memastikan keselamatan ruang udara negara terjamin.
MAVCOM: Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sekali lagi menegaskan bahawa penumpang syarikat penerbangan mempunyai pilihan untuk mendapatkan kembali bayaran tiket mereka sekiranya penerbangan mereka terlewat lebih lima jam.
Pendigitalan kesihatan: KKM cadang perluas EMR ke 16 hospital, 300 klinik kesihatan tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperluaskan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) ke 16 hospital dan 300 klinik kesihatan tahun ini.
![Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51706180860_AbdulKarimRahmanH.jpg)
Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak
Harga tanah berhampiran lokasi itu berpotensi melonjak daripada 20 hingga 30 peratus.
Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.
![Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740004505_TBlemas.jpg)
Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.
![TBS sesak, orang ramai mula balik kampung TBS sesak, orang ramai mula balik kampung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/41558832291_TBS.jpg)
TBS sesak, orang ramai mula balik kampung
Orang ramai sudah mula meninggalkan ibu kota untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.
![Zahir dikatakan dilihat di Bandar Tasik Selatan - Ibu Zahir dikatakan dilihat di Bandar Tasik Selatan - Ibu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/81555392569_NurAlert.jpg)
Zahir dikatakan dilihat di Bandar Tasik Selatan - Ibu
Muhammad Zahiruddin Putra Mohd Fauzi, kanak-kanak lapan tahun yang dilapor hilang Isnin lepas, setelah keluar dari rumahnya di Bandar Seri Putra, Bangi, didakwa dilihat di Bandar Tasik Selatan.
![209 PATI ditahan dalam Ops Ikrar di Bandar Tasik Selatan 209 PATI ditahan dalam Ops Ikrar di Bandar Tasik Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-05/41494386741_pendatangasing.jpg)
209 PATI ditahan dalam Ops Ikrar di Bandar Tasik Selatan
Kedua-dua serbuan ini dilakukan hasil maklumat awam dan risikan dilakukan pasukan Imigresen.
![Warga kota mula banjiri terminal bas beli tiket raya Warga kota mula banjiri terminal bas beli tiket raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/71465704427_TBS.jpg)
Warga kota mula banjiri terminal bas beli tiket raya
Golongan muda terutamanya pelajar universiti dan kolej dilihat sebagai majoriti pembeli yang memenuhi ruangan kaunter pembelian tiket.
![ERL: Lelaki maut digilis adalah penceroboh, bukan penumpang ERL: Lelaki maut digilis adalah penceroboh, bukan penumpang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-05/41433066709_295x200.jpg)
ERL: Lelaki maut digilis adalah penceroboh, bukan penumpang
Lelaki yang dijumpai mati dekat Stesen Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) Bandar Tasik Selatan pagisemalam ialah seorang penceroboh dan bukan penumpang.