MELAKA: Sebanyak 10 tempat pelancongan popular di Melaka diserbu ribuan pengunjung sejak awal pagi ini selepas kerajaan negeri memberi tawaran masuk secara percuma sempena cuti umum negeri bagi memperingati Peristiwa Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada hari ini.
Sepuluh lokasi itu ialah Melaka River Cruise, Menara Taming Sari, muzium di bawah Perbadanan Muzium Melaka (Perzim), Zoo Melaka, Balai Cerap Al-Khawarizmi, Melaka Wonderland and Themepark, Taman Laut Negeri Melaka, lima Kelab Golf Negeri Melaka, Muzium Penjara Malaysia Melaka dan Malaysia Heritage Studio.
Tinjauan Bernama di Zoo Melaka di Ayer Keroh setakat 2 petang tadi mendapati hampir 20,000 pengunjung menyerbu zoo kedua terbesar dalam negara itu.
Pengarah Zoo Melaka Zanariah Khamis berkata ada dalam kalangan pengunjung mula berbaris seawal 6 pagi bagi mendapatkan tempat untuk membawa keluarga berjalan-jalan ke pusat konservasi terbabit.
Berikutan itu, beliau berkata pengurusan Zoo Melaka terpaksa memulakan operasi sejam lebih awal iaitu pada 9 pagi berbanding 10 pagi pada hari biasa.
"Sambutan pengunjung ke Zoo Melaka adalah di luar jangkaan dan ada antara mereka telah beratur seawal subuh bagi memastikan menjadi pengunjung terawal walaupun tiada had ditetapkan untuk masuk ke sini.
"Walaupun tiket masuk adalah percuma, pengunjung perlu beratur kerana bagi mendapatkan data kemasukan pengunjung selain memastikan hanya warganegara Malaysia dibenarkan masuk secara percuma manakala pengunjung warg asing perlu membayar harga tiket sebenar," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Zanariah berkata pada mulanya pihaknya hanya membuka empat kaunter tiket pada pagi tadi sebelum menambah dua lagi selain pengurusan Zoo Melaka turut membuka pintu utama serta pintu tambahan bagi melancarkan kemasukan pengunjung.
Beliau berkata 100 staf Zoo Melaka ditugaskan bagi memastikan kelancaran operasi selain dibantu 30 sukarelawan, 20 penguat kuasa Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya dan 10 anggota Polis Diraja Malaysia.
Sementara itu, Pegawai Komunikasi Korporat Malaysia Heritage Studios (MHS) Aqashah Ghazali berkata pengunjung sanggup beratur seawal 7.30 pagi sebelum operasi masuk destinasi pelancongan baharu yang sebelum ini dikenali sebagai Taman Mini Malaysia dan ASEAN, dibuka bermula 10 pagi tadi.
Beliau berkata sebanyak satu kaunter tiket dibuka di pintu masuk MHS, namun kemasukan pengunjung adalah lancar dan terkawal dan setakat 12 tengah hari tadi, lebih 2,000 pengunjung direkodkan.
"Kita sasarkan jumlah pengunjung yang masuk ke MHS melebihi 5,000 orang dan sebanyak dua sesi dibuka kepada pengunjung bagi memberi laluan kepada petugas melakukan kerja-kerja pembersihan dalam tempoh rehat iaitu antara 12.30 tengah hari hingga 2 petang.
"Kita juga menempatkan petugas operasi untuk mengawal kemasukan kenderaan ke MHS bermula di laluan masuk utama agar tidak berlaku kesesakan," katanya.
Tinjauan Bernama juga mendapati aliran trafik sesak lebih empat kilometer dari kedua-dua arah ke dua destinasi pelancongan itu bermula 8.30 pagi tadi.
Kemuncak sambutan memperingati Peristiwa Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu hari ini akan diadakan di hadapan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di Banda Hilir.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 20 2024

Melaka River Cruise adalah antara 10 tempat pelancongan popular di Melaka yang diserbu ribuan pengunjung sejak awal pagi ini selepas kerajaan negeri memberi tawaran masuk secara percuma sempena cuti umum negeri. -Gambar fail/Bernama
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

Hanoi larang lawatan di jalan kereta api
Jabatan Pelancongan Hanoi meminta agensi pelancongan agar tidak menganjurkan lawatan ke jalan kereta api di wad Cua Nam, Hang Bong dan Cua Dong.

Arab Saudi dilapor mungkin melabur pada AirAsia
Langkah ini juga selari dengan peralihan Arab Saudi dalam menarik lebih ramai pelancong ke negara mereka kebelakangan ini.

ANGKASA anjur dialog koperasi ASEAN Mei ini
Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) akan menganjurkan Dialog Koperasi ASEAN pada hujung Mei ini sebagai usaha memperkasa peranan koperasi dalam pembangunan ekonomi serantau.

Thailand terima 7 juta pelancong dua bulan pertama 2025
China kekal sebagai pasaran terbesar Thailand dengan 1.05 juta pelawat, diikuti Malaysia (879,864), dan Rusia (504,449).

Terminal feri Puteri Harbour bakal sedia perjalanan ke Singapura, pacu pertumbuhan di Iskandar Puteri
UEM Sunrise Berhad tidak menolak kemungkinan bersedia bagi menawarkan perjalanan menerusi laluan air ke Singapura dari Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour dalam masa terdekat.

250 acara dalam Kalendar Pelancongan Sarawak - Abdul Karim
Seperti tahun sebelumnya, Sarawak terus kekalkan acara utama seperti Regata Sarawak dan Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia.

IOI Properties rai hubungan Malaysia-China dengan penganjuran majlis budaya
IOIPG dan Visit IOI Resort City rai hubungan unik Malaysia - China dengan penganjuran China dan M'sia - A Celebration of Culture, Tradition and Culinary Excellence

KLTA seru kerjasama industri lebih kukuh menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026
Presiden KLTA Syed Azhar Syed Nadzir berkata kerjasama itu penting dalam mewujudkan ekosistem pelancongan yang mampan.

Sabah catat kunjungan 3.14 juta pelancong tahun lepas
Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 20.4 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Terengganu semak semula garis panduan hiburan, persembahan kebudayaan dan sukan
Kerajaan Terengganu akan menyemak semula Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan dan Sukan negeri.