KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) sedang meneliti tatacara terbaharu kemasukan ke negeri itu dari luar negara bagi mereka yang telah menjalani tempoh kuarantin wajib ketika transit di Semenanjung Malaysia.
JPBN dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia berikutan beberapa pindaan yang dibuat Kementerian Kesihatan (KKM) serta perubahan tatacara berkaitan kuarantin dan ujian saringan COVID-19 bagi pengembara dan krew anak kapal yang tiba melalui pintu masuk antarabangsa Malaysia.
Mengikut tatacara terkini KKM itu, semua pengembara dari luar negara yang tiba ke Malaysia diwajibkan menjalani ujian RT-PCR COVID-19 dan kuarantin wajib selama 14 hari (21 hari jika pulang dari India, Nepal, Pakistan, Sri Lanka dan Bangladesh) sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan ke negeri lain serta mematuhi tatacara kemasukan yang ditetapkan negeri terbabit.
Kenyataan itu menyebut sehingga keputusan lanjut dibuat, semua pengembara dari luar negara yang ingin memasuki Sarawak harus mematuhi arahan terkini yang ditetapkan oleh KKM.
"Bagi yang telah melengkapkan tempoh kuarantin wajib serta ujian calitan pada hari ke-10 adalah negatif, mereka perlu memasuki Sarawak dalam tempoh 24 jam dan seterusnya akan dikuarantin sehingga ujian calitan ulangan di Sarawak adalah negatif," menurut kenyataan itu.
Sementara itu dalam kenyataan sama JKNS mengisytiharkan dua kluster baharu di Kuching iaitu Kluster Kampung Sungai Agas dan Kluster Jalan Sungai Tapang.
Kluster Kampung Sungai Agas merupakan satu kluster komuniti yang dikesan melibatkan beberapa keluarga di sebuah penempatan di Jalan Matang dekat sini, berpunca daripada pergerakan rentas daerah dan kontak rapat setelah menghadiri upacara pengebumian saudara terdekat di Sri Aman, kira-kira 200 kilometer dari Kuching.
"Sejumlah 30 individu telah disaring dan 16 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks, lapan kes didapati negatif dan enam kes masih menunggu keputusan makmal," menurut JKNS.
Kluster Jalan Sungai Tapang pula merupakan satu kluster di tempat kerja yang dikesan melibatkan sebuah syarikat pembersihan swasta di Jalan Stapang dekat sini, berpunca daripada pergerakan sosial dan kontak rapat dalam kalangan pekerja dan ahli keluarga kes.
Menurut kenyataan itu, sejumlah 236 individu telah disaring dengan 31 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks, 199 kes didapati negatif dan enam kes masih menunggu keputusan makmal.
Sarawak hari ini mencatatkan 536 jangkitan baharu COVID-19 yang menjadikan keseluruhannya 58,570 kes setakat ini sementara kes kematian meningkat kepada 373 setelah tujuh kematian baharu dilaporkan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 18 2021
JBPN dan JKNS sedang meneliti tatacara terbaharu kemasukan ke negeri itu dari luar negara bagi mereka yang telah menjalani tempoh kuarantin wajib ketika transit di Semenanjung Malaysia.
Kekejaman zionis: OIC sambut baik waran tangkap ICC terhadap pegawai Israel
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).
Korea Utara langgar sekatan PBB, import minyak Rusia
Korea Utara telah melanggar sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dipercayai menerima lebih 1 juta tong minyak dari Rusia sepanjang lapan bulan pertama tahun ini.
Laporan ini berdasarkan analisis imejan satelit yang diterbitkan oleh Pusat Sumber Terbuka yang berpangkalan di Britain bersama BBC pada Jumaat.
Laporan ini berdasarkan analisis imejan satelit yang diterbitkan oleh Pusat Sumber Terbuka yang berpangkalan di Britain bersama BBC pada Jumaat.
PM Mauritius pegang jawatan Menteri Kewangan
Perdana Menteri Mauritius, Navin Ramgoolam, yang mengangkat sumpah bulan ini selepas kemenangan besar pilihan raya, mengumumkan beliau akan memegang jawatan Menteri Kewangan.
Beliau berkata langkah ini bertujuan memastikan kawalan rapi terhadap ekonomi negara.
Beliau berkata langkah ini bertujuan memastikan kawalan rapi terhadap ekonomi negara.
Kim Jong Un tuduh AS provokasi, amaran perang nuklear
Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, menuduh Amerika Syarikat mencetuskan ketegangan dan provokasi di Semenanjung Korea.
Beliau menyatakan wilayah tersebut kini menghadapi risiko tertinggi perang nuklear.
Beliau menyatakan wilayah tersebut kini menghadapi risiko tertinggi perang nuklear.
Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
Ikon Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan melahirkan keterujaannya untuk kembali ke Malaysia selepas sekian lama.
Pelakon tersohor itu hadir sebagai tetamu istimewa di ibu negara pada Jumaat, mengujakan tetamu yang menghadiri majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd.
Pelakon tersohor itu hadir sebagai tetamu istimewa di ibu negara pada Jumaat, mengujakan tetamu yang menghadiri majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd.
Pembedahan kardiotorasik komponen penting dalam penjagaan kardiovaskular - Dr Dzulkefly
Melatih lebih ramai pakar bedah ialah keutamaan untuk capai objektif bawa penjagaan pembedahan kardiotorasik lebih dekat dengan rakyat.
Imigresen tumpaskan sindiket penyeludupan orang di Kelantan
Enam warga Thailand, termasuk dalang utama rangkaian sindiket penyeludupan manusia di Kelantan ditahan dalam operasi khas yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia di sekitar Rantau Panjang pada Rabu lepas.
Jenayah: Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Tindakan dua lelaki mencuri kabel pencawang elektrik milik syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) membawa padah apabila terkena renjatan elektrik dalam kejadian di Seksyen 6 di Shah Alam, pada Jumaat.
Bencana Banjir: Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
Mangsa banjir di seluruh negara meningkat kepada 809 orang daripada 205 keluarga di enam negeri setakat jam 6 pagi, pada Sabtu.
ASEAN: Mesyuarat Menteri Pengangkutan terima inisiatif kukuh kerjasama
Mesyuarat Menteri-Menteri Pengangkutan ASEAN (ATM) ke-30 yang menutup tirai pada Jumaat, menerima pakai inisiatif penting untuk meningkatkan keterhubungan, kemampanan dan inovasi dalam sektor pengangkutan ASEAN, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.
Lapangan terbang di Sarawak daftar hampir lapan juta penumpang pada suku ketiga 2024
Lapangan terbang serta lapangan terbang berlepas dan mendarat jarak pendek (STOLports) di Sarawak mencatatkan 95,441 pergerakan pesawat yang membawa 7.56 juta penumpang setakat suku ketiga tahun ini.
Penglibatan sebagai penganjur Sukan SEA 2027 mampu naikkan imej Sarawak
Belanja besar itu berbaloi kerana Kerajaan Persekutuan yakin dengan kemampuan Sarawak selepas kejayaan menganjurkan SUKMA dan Para SUKMA.
Pusat Kecerdasan Buatan Sarawak ditubuhkan tahun depan - Abang Johari
Kerajaan Sarawak akan menubuhkan Pusat Kecerdasan Buatan Negeri (SAIC) pada tahun depan.
Tambahan kerusi Parlimen Sabah, Sarawak dilaksana selepas PRU16 - Fadillah
Pelaksanaan bagi pertambahan kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak hanya dimuktamadkan selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) diadakan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
LPA di bawah MoT selepas Pelabuhan Bintulu diserah kepada Sarawak
Lembaga Pelabuhan Labuan (LPA), yang kini diselia oleh Lembaga Pelabuhan Bintulu (LPB) tidak lama lagi akan beroperasi secara langsung di bawah Kementerian Pengangkutan (MoT).
DBP nafi dakwaan berkaitan buku dibakar
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) hari ini menafikan kenyataan bertajuk 'Iban's literature and book were burned by Dewan Bahasa dan Pustaka' menerusi hantaran dalam Facebook Sarawak Public Feedback.
Kapal Maritim Malaysia terbakar ketika berlabuh di Kuala Baram
Sebuah kapal peronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang berlabuh di Kuala Baram, Miri di Sarawak terbakar lewat malam tadi.
Penganjur bersama Sukan SEA 2027 satu pelaburan buat Sarawak - Abang Johari
Kerajaan Negeri Sarawak melihat peranannya selaku penganjur bersama temasya Sukan SEA 2027 sebagai satu pelaburan yang boleh meningkatkan profil negeri itu di seluruh Asia Tenggara.
Sarawak kaji kemungkinan jana tenaga di laut guna teknologi OTEC - Abang Johari
Ini adalah satu lagi usaha berterusan kerajaan Sarawak untuk mencari sumber tenaga yang boleh diperbaharui selain gas, hidroelektrik dan solar.
HMS Spey UK berada di Sarawak untuk kunjungan pertama
Lawatan kapal peronda luar pesisir Tentera Laut Diraja British, HMS Spey mencerminkan komitmen United Kingdom untuk mengukuhkan hubungan dengan Sarawak.