Namun, sekiranya taska itu berada dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), ia sama sekali tidak dibenarkan beroperasi.
Berikut merupakan garis panduan yang harus dipatuhi pemilik dan pihak pengurusan taska:
Waktu Operasi:
Operasi biasa -
7 pagi hingga 6 petang
Operasi bersyif -
7 pagi hingga 3 petang
3 petang hingga 11 malam
11 pagi - 7 petang
Waktu kehadiran pelanggan -
8 jam
Kapasiti pekerja -
100 peratus
Langkah Pencegahan Penularan COVID-19 (sebelum membuka operasi)
- Pengusaha, guru dan kakitangan perlu bebas daripada wabak COVID-19
- Premis taska mesti dibersihkan dan dinyahkuman
- Guru dan kakitangan taska perlu diberi latihan langkah-langkah kebersihan dan keselamatan, serta pelaksanaan aktiviti
- Ibu bapa/penjaga, guru, kakitangan, dan kanak-kanak perlu mengisi Borang Pengisytiharan Kesihatan sebelum taska mula beroperasi
Langkah Pencegahan Penularan COVID-19 (semasa operasi)
- Kakitangan atau kanak-kanak yang menunjukkan gejala dilarang daripada berada di taska dan perlu diasingkan untuk dirujuk bagi nasihat perubatan.
- Kakitangan/ kanak-kanak yang pernah menjadi kontak rapat dengan orang disahkan positif COVID-19 atau baru pulang dari luar negara tidak dibenarkan hadir ke taska dalam tempoh 14 hari.
- Melaksanakan saringan sebelum masuk/ semasa berada/ sebelum balik setiap hari bagi mengesan gejala berkaitan Covid-19 seperti demam, batuk, sakit tekak atau sesak nafas.
- Kakitangan atau kanak-kanak yang mempunyai suhu badan 37.5° Celsius ke atas dilarang berada di taska.
- Menjalankan proses sanitasi dan pembasmian kuman di taska setiap hari sekurang-kurangnya dua (2) kali sehari.
- Pengusaha hendaklah menyediakan hand sanitizer
- Meletakkan label penjarakan sosial seperti tanda jarak satu meter di lantai khususnya di ruang makan, ruang tidur dan ruang membasuh tangan.
- Penggunaan face mask dalam kalangan kakitangan sepanjang masa berada di taska.
- Melatih kanak-kanak taska kepentingan menjaga kebersihan dengan kerap membasuh tangan dan menjaga jarak sosial
Langkah Pencegahan Penularan COVID-19 (selepas operasi)
- Menjalankan proses sanitasi dan pembasmian kuman di taska
- Memaklumkan kepada ibu bapa/ penjaga untuk memandikan kanak-kanak terlebih dahulu dan mengelakkan kontak terus dengan warga emas di rumah setelah balik dari taska
Langkah yang perlu dilakukan sekiranya terdapat warga dalam Taska disahkan positif COVID-19
- Menutup taska serta-merta
- Berhubung dengan Pejabat Kesihatan berdekatan untuk mendapatkan khidmat nasihat
- Melakukan disinfeksi mengikut panduan yang ditetapkan oleh KKM