Status Tasik Kenyir sebagai zon bebas cukai tidak akan menghalang kerajaan Terengganu untuk terus mempromosikan kawasan itu sebagai destinasi pelancongan patuh syariah.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata keputusan sedemikian mungkin dianggap 'tidak popular' namun perlu dipertahankan demi menjaga sensiviti rakyat dan agama.
"Keghairahan menarik kedatangan pelancong tidak bermaksud kita boleh melanggar syariat Islam dengan mempromosikan aktiviti yang tidak sepatutnya di Tasik Kenyir," katanya kepada Bernama di sini.
Beliau berhasrat menjadikan Tasik Kenyir lokasi pelancongan pilihan orang Islam seluruh dunia dan beliau mahu aktiviti pelancongan yang dirangka mengekalkan ciri warisan Terengganu.
Mengakui hasrat itu tidak mudah namun beliau yakin ia akan dapat dicapai jika semua pihak berganding bahu bekerjasama meletakkan Tasik Kenyir ini dalam peta pelancongan dunia.
"Penemuan Batu Bersurat di Kuala Berang membuktikan ketamadunan awal Islam di Hulu Terengganu dan Tasik Kenyir adalah sebahagian daripadanya. Loghat daerah dalam pertuturan harian penduduknya juga berdasarkan hukum dalam bacaan (qiraat) al Quran.
"Ini antara keistimewaan Tasik Kenyir yang boleh kita promosikan untuk menarik kedatangan pelancong Islam," kata Ahmad Razif.
Tasik Kenyir diisytiharkan sebagai zon bebas cukai pada 14 Dis 2015 melalui kelulusan bersyarat oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) telah dilantik sebagai Pihak Berkuasa Zon (PBZ).
Pewartaan rasmi Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir dibuat pada 27 Jan 2017 melibatkan kawasan seluas 65,650 hektar merangkumi kawasan air (tasik), 339 pulau dan Pengkalan Gawi.
"Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir ini akan saling melengkapi tarikan pelancongan sedia ada seperti menjelajah Tasik Kenyir , Santuari Kelah, Kampung Konservasi Gajah Kenyir dan kerajaan negeri fokus untuk terus menjadikan Tasik Kenyir destinasi premium dan 'destinasi wajib lawat' di Terengganu," katanya.
Kerajaan negeri menyasarkan seramai 750,000 pelancong sebelum akhir tahun ini dan mengikut rekod jumlah pengunjung pada Januari hingga Jun 2017 adalah 269,512 orang berbanding 247,089 untuk tempoh sama pada 2016 iaitu peningkatan sebanyak 8.32 peratus.
Sementara itu bagi Pengerusi Persatuan Pelancongan Tasik Kenyir, Mohammad Raffee Abdul Wahab pula, mereka masih menunggu kata putus daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia mengenai pelaksanaan atau kriteria untuk pelancong yang menginap di rumah bot.
"Sebelum Tasik Kenyir diumumkan sebagai Zon Jualan Bebas Cukai pun tempahan untuk rumah bot memang menggalakkan apatah lagi selepas kewujudannya...kami sangat optimis bahawa tempahan pada masa akan datang akan terus meningkat kerana kehadiran pelancong bukan disebabkan membeli belah semata-mata.
"Sudah pasti mereka juga ingin merasai pengalaman 'bermesra' dengan kelah dan gajah serta berkunjung ke Taman Herba atau Taman Orkid ketika berada di sini...sudah pasti kami akan terus menawarkan perkhidmatan terbaik kepada pelancong agar mereka pula membantu mempromosikan kawasan ini," katanya.
Sementara itu, pemilik Rumah Bot Ratu Kenyir, Salfuan Sani Abdullah, 38, berkata beliau menjangka peningkatan sebanyak 30 peratus tempahan menggunakan perkhidmatan itu hingga akhir tahun ini.
"Kami jangka pelancong akan menghabiskan masa setengah hari untuk membeli belah dan baki percutian mereka, mungkin satu atau dua malam akan digunakan untuk menikmati keindahan Tasik Kenyir dengan menaiki rumah bot.
"Kami sangat gembira dengan kejayaan kerajaan melaksanakan Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir ini kerana ia akan meningkatkan jualan penginapan pengusaha rumah bot di kawasan ini," katanya yang yakin lebih ramai pelancong akan datang menjelang cuti persekolahan tidak lama lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 04 2017
![Tasik Kenyir kekal sebagai pusat pelancongan patuh syariah Tasik Kenyir kekal sebagai pusat pelancongan patuh syariah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-09/41504500175_TasikKenyir.jpg)
Pewartaan rasmi Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir dibuat pada 27 Jan 2017 melibatkan kawasan seluas 65,650 hektar merangkumi kawasan air (tasik), 339 pulau dan Pengkalan Gawi. - Wikipedia
![Pelajar tukar kod QR curi duit tabung derma Pelajar tukar kod QR curi duit tabung derma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723704365_QRCode.jpg)
Pelajar tukar kod QR curi duit tabung derma
Tindakan seorang pelajar jurusan undang-undang menukar kod QR peribadi pada tabung derma sebuah kuil akhirnya terbongkar apabila dia berjaya ditangkap polis baru-baru ini.
![Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723715377_TBJapan.jpg)
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Jepun pada Khamis menamatkan nasihat risiko gempa bumi dengan magnitud yang lebih tinggi daripada biasa, seminggu selepas gegaran kuat di dasar laut Palung Nankai.
Fahmi nafi arah Google nyahaktif ciri graf penukar ringgit
Menjawab tuduhan seorang pengguna X, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menerusi platform sama menegaskan beliau tidak pernah mengarahkan penyedia perkhidmatan itu berbuat demikian.
![Tular rakaman CCTV, suspek pecah rumah di Sentul ditahan Tular rakaman CCTV, suspek pecah rumah di Sentul ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723715171_TBIPDSentul.jpg)
Tular rakaman CCTV, suspek pecah rumah di Sentul ditahan
Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam sembilan kes pecah rumah di Residensi Sky Awani 1 dan 2 di Sentul.
!['Stringer' raih banyak faedah sekiranya mencarum dengan Perkeso 'Stringer' raih banyak faedah sekiranya mencarum dengan Perkeso](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723710107_TBFAhmi.jpg)
'Stringer' raih banyak faedah sekiranya mencarum dengan Perkeso
Pengamal media sambilan yang mencarum dengan Perkeso akan dilindungi dan menerima banyak faedah sekiranya berlaku kemalangan ketika menjalankan tugas.
![Jemaah umrah terkandas di lapangan terbang Jeddah mahu penjelasan MAS Jemaah umrah terkandas di lapangan terbang Jeddah mahu penjelasan MAS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723715159_jeddahkandasawani.jpg)
Jemaah umrah terkandas di lapangan terbang Jeddah mahu penjelasan MAS
Beberapa penumpang menunggu lebih 24 jam untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada pengurusan MAB namun terus hampa.
![Kerajaan Persekutuan, negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur - PM Anwar Kerajaan Persekutuan, negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723712785_AnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu meningkatkan kepantasan dalam memberi kelulusanbagi menjadikan Malaysia tumpuan pelabur.
![Pemandu maut lori terbalik, kesesakan 2 jam di Lebuhraya PLUS Ipoh-Kuala Kangsar Pemandu maut lori terbalik, kesesakan 2 jam di Lebuhraya PLUS Ipoh-Kuala Kangsar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723712690_kemalangantrelerP.jpg)
Pemandu maut lori terbalik, kesesakan 2 jam di Lebuhraya PLUS Ipoh-Kuala Kangsar
Seorang pemandu lori maut manakala kelindan cedera selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas lalu terbalik di Kilometer 257 Lebuhraya PLUS arah utara, dekat sini, petang ini.
RADIO 360: Integrasi teknologi kumpul maklumat pendengar, data lebih komprehensif
RADIO 360 Malaysia merentasi 11 stesen radio Astro yang boleh diakses di aplikasi SYOK termasuk Era, Sinar, Gegar, Hitz, Mix, My dan Raaga.
![Tindakan Faisal Halim undang rasa sebak penyokong bola sepak Tindakan Faisal Halim undang rasa sebak penyokong bola sepak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723706908_TBFaisalHalim.jpg)
Tindakan Faisal Halim undang rasa sebak penyokong bola sepak
Tindakan bintang Selangor FC, Faisal Halim yang bertemu pemain Sabah FC ketika perlawanan Liga Super minggu ke-9 mengundang rasa sebak.
![Agihan kerusi PH-BN Terengganu selesai - Ahmad Agihan kerusi PH-BN Terengganu selesai - Ahmad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71686000844_AhmadSaid.jpg)
Agihan kerusi PH-BN Terengganu selesai - Ahmad
Proses agihan selesai dalam tempoh sebulan selepas tiga kali perbincangan dan keputusan telah diserahkan kepada Presiden UMNO.
![PRN: Pas jangan terlalu yakin dapat tawan semua kerusi DUN Terengganu - Ahmad Razif PRN: Pas jangan terlalu yakin dapat tawan semua kerusi DUN Terengganu - Ahmad Razif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-03/41520543231_AhmadRazifAbdulRa.jpg)
PRN: Pas jangan terlalu yakin dapat tawan semua kerusi DUN Terengganu - Ahmad Razif
Bekas Menteri Besar Terengganu itu yakin rakyat akan membuat keputusan yang terbaik pada PRN nanti.
![PRU15: Bertanding atau tidak, terserah kepada parti - Ahmad Razif PRU15: Bertanding atau tidak, terserah kepada parti - Ahmad Razif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81665195307_AhmadRazifAbdulRa.jpg)
PRU15: Bertanding atau tidak, terserah kepada parti - Ahmad Razif
Beliau menyerahkan kepada pimpinan parti bagi memutuskan sama ada akan kekal bertanding di kerusi DUN atau sebaliknya.
![Bekas MB Terengganu nafi sedia lepas kerusi DUN Seberang Takir Bekas MB Terengganu nafi sedia lepas kerusi DUN Seberang Takir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-07/41499952748_MenteriBesarAhmad.jpg)
Bekas MB Terengganu nafi sedia lepas kerusi DUN Seberang Takir
Ahmad Razif berkata beliau tidak pernah membuat kenyataan tersebut dan terkejut apabila ramai yang bertanyakan soalan mengenainya sejak malam tadi.
![Hormati keputusan Jailani letak jawatan, kekalkan perpaduan - Ahmad Razif Hormati keputusan Jailani letak jawatan, kekalkan perpaduan - Ahmad Razif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/41520543231_AhmadRazifAbdulRa.jpg)
Hormati keputusan Jailani letak jawatan, kekalkan perpaduan - Ahmad Razif
Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata keputusan itu adalah hak peribadi Jailani tanpa sebarang paksaan.
![Jailani lepas jawatan dalam parti Jailani lepas jawatan dalam parti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/61526699450_JailaniJohari.jpg)
Jailani lepas jawatan dalam parti
Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Hulu Terengganu (2013-2018) lepaskan semua jawatan dalam parti termasuk sebagai Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu yang digalasnya sejak Oktober 2013.
![Samsuri akui Ahmad Razif pemimpin berjiwa besar, akan bekerjasama Samsuri akui Ahmad Razif pemimpin berjiwa besar, akan bekerjasama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/61526379275_RazifSamsuri.jpg)
Samsuri akui Ahmad Razif pemimpin berjiwa besar, akan bekerjasama
Kedua-dua mereka dilihat berbual santai hampir 15 minit sebelum upacara menandatangani dokumen penyerahan tugas.
![Pemuda BN hadiah replika helikopter untuk MB Terengganu Pemuda BN hadiah replika helikopter untuk MB Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/61525754603_BarisanNasional.jpg)
Pemuda BN hadiah replika helikopter untuk MB Terengganu
Ia dihasilkan khas untuk menteri besar sebagai tanda sokongan anak muda kepada kepimpinan BN.
![Alaa...gaduh 'adik-beradik', tak ke mana Alaa...gaduh 'adik-beradik', tak ke mana](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/41520543231_AhmadRazifAbdulRa.jpg)
Alaa...gaduh 'adik-beradik', tak ke mana
Selain itu, khabar angin mengatakan wujudnya kumpulan yang akan membuat bantahan terhadap individu bertanding pada hari penamaan calon itu juga meleset sama sekali.
![Saya setia pada parti, tak jadi hal jika ada MB baharu - Ahmad Razif Saya setia pada parti, tak jadi hal jika ada MB baharu - Ahmad Razif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/71524962896_AhmadRazifAbdulRa.jpg)
Saya setia pada parti, tak jadi hal jika ada MB baharu - Ahmad Razif
Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir itu berkata, sekiraya itu terjadi, sokongan penuh akan diberikan kepada menteri besar yang baharu.