KUALA LUMPUR: Tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang Ahad, 1 Mei bersamaan 29 Ramadan 1443 Hijrah di 29 lokasi terpilih di seluruh negara.
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataan hari ini memaklumkan, Majlis Raja-Raja juga bersetuju bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.
Tarikh Aidilfitri akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada malam itu juga melalui radio dan televisyen.
Sebanyak 29 lokasi dikenal pasti untuk melihat anak bulan Syawal iaitu Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi Tanjung Bidara, Melaka; Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Bukit Jugra, Balai Cerap Selangor Sabak Bernam di Selangor; Pantai Pasir Panjang Manjong di Perak; dan Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang.
Lokasi lain yang turut terpilih ialah Kampung Pulau Sayak Kuala Muda, Pemandangan Indah Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar di Kedah; Bukit Besar Kuala Terengganu, Bukit Geliga Kemaman, Pulau Perhentian Besut dan Balai Cerap KUSZA di Terengganu.
Lokasi melihat anak bulan di Kelantan pula ialah Bukit Peraksi Pasir Puteh; Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai, dan Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu; manakala di Sarawak ialah Pusat Falak, Miri, Teluk Bandung, Kuching; dan Tanjung Batu, Bintulu.
Di Sabah ialah Balai Cerap Al-Biruni, Putatan dan Menara Universiti Malaysia Sabah; Kampus Antarabangsa Labuan; manakala di Pahang ialah Bukit Tanjong Batu Nenasi, Gunung Berincang dan Bukit Pelindong.
Tiga lagi lokasi ialah Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis. - BERNAMA
Bernama
Fri Apr 22 2022

Tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang Ahad, 1 Mei bersamaan 29 Ramadan 1443 Hijrah di 29 lokasi terpilih di seluruh negara. - Gambar fail BERNAMA

Polis kesan tujuh individu bantu siasatan kes jenayah di Tanah Merah
Polis sedang giat mengesan tujuh individu bagi membantu siasatan kes jenayah kekerasan dan jenayah harta benda di Tanah Merah.
Ancaman Siber 2024: Penipuan kekal risiko utama sektor kewangan
Kes penipuan terus menjadi ancaman utama dalam sektor kewangan Malaysia pada 2024. Bagaimana teknologi seperti AI dan blockchain membantu menangani ancaman ini? Presiden MCCA, Mohamad Sirajuddin Jalil, mengulas isu keselamatan siber, pencerobohan digital, dan langkah-langkah mitigasi risiko.
Prestasi S&P 500: Sehingga 21 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
Pasaran saham AS ditutup sedikit rendah di tengah kebimbangan tarif
Pasaran saham AS ditutup sedikit rendah pada Khamis selepas turun naik antara keuntungan dan kerugian. Pelabur menilai data ekonomi terkini dan kenyataan dasar Rizab Persekutuan di tengah kebimbangan tarif.
Pasaran: The Fed kekal kadar dana, impak kepada dunia
Keputusan Federal Reserve (Fed) mengekalkan Fed Funds Rate pada 4.25%-4.50% menjadi perhatian ramai. Bagaimana keputusan ini akan mempengaruhi ekonomi Amerika Syarikat dan perdagangan global? Ulasan bersama Pakar Ekonomi Abdul Mui’zz Morhalim dari MIDF Research.
AWANI Pagi: Misi impak tinggi bina masjid di Comoros, Afrika
Diskusi #AWANIPagi bersama dua sukarelawan, Bazli Zhafri Azmil, Pengurus Projek Pertubuhan Kemanusiaan Antarabangsa A.M. dan Ibrahim Adham, Pengurus Projek Pertubuhan Kebajikan FL berkongsi mengenai misi kemanusian mereka dalam membina masjid di Comoros, Afrika pada minggu ini.
#AWANInews
#AWANInews

Rakyat Turkiye turun bantah penahanan Datuk Bandar Istanbul
Para penunjuk perasaan berkumpul di ibu pejabat majlis perbandaran dan balai polis di Istanbul serta di universiti dan dataran awam.

Trump tandatangani perintah eksekutif kurangkan peranan Jabatan Pendidikan
Trump berkata perintah itu akan "mula menghapuskan" jabatan tersebut dalam satu majlis menandatangani perjanjian di White House.
Pegawai farmasi disyaki hina Nabi Muhammad di laman sosial ditahan
Seorang pegawai farmasi yang disyaki memuat naik komen menghina Nabi Muhammad SAW di laman sosial baru-baru ini ditahan polis. #AWANInews

TNB tutup bekalan elektrik di beberapa lokasi banjir
Antara senarai pencawang elektrik yang ditutup dan masih terjejas akibat banjir membabitkan daerah Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Tarikh lihat anak bulan Syawal 30 Mac ini
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja berkata, ia perintah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selepas diperkenankan Raja-Raja.

Tarikh lihat anak bulan Syawal 20 April
Tarikh lihat anak bulan Syawal ialah pada hari Khamis 20 April 2023.

Tarikh lihat anak bulan Syawal 1 Mei
Majlis Raja-Raja bersetuju bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Tarikh lihat anak bulan Syawal pada 22 Mei
Tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang Jumaat, 22 Mei bersamaan 29 Ramadan 1441 Hijrah di 15 lokasi terpilih di seluruh negara.